Monday 27 July 2009

Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan

Sabtu ini, penyokong Pro dan anti ISA , masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro ISA dan penyokong anti ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada hilang kawalan , maka akan tercetuslah satu keganasan.
Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik , peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukan nya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat lazat.
Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ke tidak matangan mereka dalam mencari penyelesaian.Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandar Raya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggung jawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.
Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Jika ini dilakukan setiap minggu . Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa , kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.
Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetap kan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.
Nota : Tahniah kepada saudara Parpukari yang begitu hebat mengutuk saranan Khairy Jamaluddin kerana menghalang Pemuda untuk berdemonstrasi. Untuk pengetahuan saudara Parpukari. Jika anda merasakan bahawa anda hero kerana menjadi dalang kepada perarakan ini , kami hanya mengucapkan syabas kerana menggunakan jalanan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang kekalutan. Saya berharap dapat melihat gambar Parpukari tidur di bawah tayar Truck FRU seperti yang dilakukan oleh Tian Chua sebelum ini. Tapi biasa mamak ni penakut sikit , berani masa ramai saja.
kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Kelang)

sumber prokhairy

Pemuda Umno dilarang sertai demo ISA

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan ahli pergerakan itu supaya tidak menyertai demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini.
Katanya, pergerakan itu ada menerima jemputan untuk menyertai demonstrasi berkenaan, namun memilih untuk mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan semua ahlinya berbuat perkara yang sama.
Menurutnya, pendirian itu diambil kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, lapor Bernama.
Justeru itu, kata ahli parlimen Rembau itu, tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokongnya.
"Sebagai ketua, saya arahkan berkecuali. Janganlah kita mendahului proses (kajian semula) itu, tidak perlu ada demonstrasi," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pemuda Umno Kedah di Alor Star.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang memohon untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dii Istana Negara.
Selain itu, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pula dijangka mengadakan demonstrasi bagi menyokong akta itu, yang dijadual berlangsung pada tarikh dan di kawasan yang sama (lihat peta di bawah).
Kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke Istana Negara.
Sementara itu, Khairy juga mengingatkan Pemuda Umno peringkat bahagian supaya peka tentang cadangan pindaan perlembagaan parti dan segera memberi maklum balas mengenai perkara itu sebelum Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober ini.
Beliau juga menggesa ahlinya bergerak lebih aktif untuk menarik lebih ramai golongan berpengaruh seperti guru, ulama, cendekiawan dan penulis untuk menyertai pergerakan itu bagi menguatkan lagi barisan Pemuda Umno yang kini mempunyai kira-kira 750,000 ahli.

sumber prokhairy


Tuesday, July 28, 2009

ISA Perlukan Pembaharuan Bukan Pemansuhan
1. Dalam keadaan ekonomi yang masih "nazak", pelaburan asing yang lembab dan perniagaan yang perlahan, masih ada golongan yang hanya memikirkan keuntungan politik dengan cara memusnahkan kestabilan dan keamanan negara.2. Kumpulan ini akan "bertempur" pada 1 Ogos 2009 nanti tanpa mempedulikan natijah dan kesan kepada majoriti rakyat Malaysia terutamanya peniaga dan orang ramai di Kuala Lumpur. Apa yang saya maksudkan ialah cubaan mengadakan demontrasi jalanan oleh pihak yang mahukan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)- Gerakan mansuh ISA (GMI) dan kumpulan yang mahukan ISA dikekalkan - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).3. Saya tidak faham mengapa GMI mahu mengadakan demontrasi kecuali atas motif politik. Ini kerana kerajaan telah pun mengumumkan proses penilaian semula ke atas ISA. Pengumuman ini sahaja sudah cukup membuktikan kesediaan kerajaan melakukan pembaharuan. 4. Apakah GMI tidak boleh menghantar pandangan atau meminta tempat untuk turut sama berada dalam jawatankuasa penilaian ini? Jika dilihat tingkah laku sebahagian penggerak GMI mereka tidak menampakkan hasrat mahu menjaga keamanan dan kestabilan negara. Sebaliknya mereka hanya mahu menghasut orang ramai membenci pemerintah dan agensi-agensi yang terbabit dengan keselamatan negara.5. Dengan mewujudkan kebencian dan persepsi yang buruk terhadap pemerintah dan pihak berkuasa ia akan menimbulkan unsur-unsur anarki. Unsur-unsur anarki ini akhirnya akan membawa keadaan tidak terkawal dan api kebencian yang meluap-luap seterusnya memberi lebih banyak undi kepada parti yang yang menjadi antagonis kepada parti pemerintah hari ini.6. Taktik yang sama digunakan pada 1969, 1978, 1986, 1998 dan 2008. Menimbulkan kebencian dan "huru-hara" merupakan strategi utama untuk mendapat lebih banyak kerusi dan undi dalam pilihan raya. 7. Pedulikanlah masalah ekonomi negara. Lagi ramai orang yang susah, jatuh miskin, muflis dan hilang punca pendapatan maka makin ramai yang akan benci dan marah kepada kerajaan8. Manakala di pihak Perkasa saya percaya tujuan kumpulan ini ialah untuk memberi mesej jelas bahawa bukan semua orang anti ISA dan tidak memahami keperluan ISA. Malahan perjuangan kumpulan ini sangat relevan kerana ia dianggotai oleh bekas tahanan ISA sendiri, YB Datuk Ibrahim Ali.9. Sungguhpun saya tidak percaya ISA telah disalahgunakan namun persepsi dan pandangan sebahagian masyarakat telah dihasut untuk mempercayai bahawa ISA merupakan alat politik parti pemerintah bagi menekan parti lawan. Pelaksanaannya juga pasti ada kelemahan dan kekurangannya.10. ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki. Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.11. Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah. Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah. Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.12. Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunai dan Singapura. Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri. 13. Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu. Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?14. Saya percaya jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah "underworld" atau kongsi gelap.15. Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi "menyejukkan keadaan".16. Jika kita lihat dalam operasi Lalang 1997, pemimpin politik di kedua-dua belah pihak - kerajaan dan pembangkang - ditangkap di bawah ISA kerana keadaan ketegangan kaum sudah memuncak dan bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. Demikian juga tangkapan-tangkapan ke atas ahli politik selalunya berlaku apabila ada usaha untuk membawa perjuangan politik ke arah huru-hara seperti demontrasi jalanan yang tidak terkawal.17. Pada hemat saya, ISA perlu kekal tetapi dengan pengubahsuaian dan pembaharuan agar ia tidak dianggap sebagai alat politik pihak pemerintah. 18. Mungkin pembaharuan atau reform yang perlu dipertimbangkan ialah :a. Mewujudkan satu majlis timbang tara yang dianggotai oleh Hakim dan pemimpin masyarakat sebelum satu tahanan selama dua tahun dikeluarkan oleh Menteri Dalam negeri.b. Memperbaiki Akta Hasutan termasuk mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan kes-kes berupa hasutan dan seruan subeversif yang boleh dibicarakan secepat mungkin.c. Menteri dalam Negeri sendiri hendaklah sedaya upaya mengelak daripada melaksanakan tahanan selama dua tahun ke atas pemimpin politik kecuali yang terbabit dengan jenayah kongsi gelap atau membabitkan keselamatan negara yang lebih serius.19. Saya juga berharap perjuangan GMI bukanlah dibiayai oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam jenayah seperti kongsi gelap dan pengganas, yang mahukan ISA dihapuskan bagi memanjangkan langkah kejahatan mereka.20. Jangan dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan. Jangan juga sampai ayam terlepas, tangan terpalit najis.
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Tuesday, July 28, 2009
Labels:

sumber bekas menteri besar selangor dato khir toyo

1 comment:

  1. perlu di adakan perhimpunan mansuhkan atau pertahankan ISA jika kerajaan tidak mehu memperbaiki kelemahan yang terdapat jika ISA di gunakan tetapi kerajaan telah menyatakan akan melakukan penambah baikkan sekiranya ISA digunakan di masa akan datang.sama ada kerajaan akan mengkaji atau memansuhkan ISA.kita perlu memberikan peluang kepada kerajaan terlebih dahulu.ramai yang kecewa apabila ISA di gunakan untuk kepentingan politik.dengan tidak mempunyai alasan yang kukuh seperti penangkapan wartawan dengan alasan tangkapan di buat untuk menjaga keselamatan wartawan menyebabkan rakyat merasakan ISA perlu di kaji semula agar ia tidak di salah gunakan.sebab itu saya menyokong saranan ketua pemuda malaysia supaya tidak perlu di adakan pehimpunan ISA kerana kerajaan sedang mengkaji samaada perlu atau tidak ISA di kekalkan.

    ReplyDelete