Sunday 26 July 2009

Berbicara Soal Bangsa DIkatakan Rasic...apa sudah jadi dengan Malaysia




KAKI DALAM KASUT
By
Dr. Mahathir Mohamad on July 20, 2009 5:58 PM Comments (579) TrackBacks (0)
var addthis_pub="chedet2";


1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.
4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

sumber tun mahathir



Mereka juga rasis, kata Dr M
Jul 27, 09 2:29pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau sudah lama dicap sebagai pemimpin yang rasis."Sebelum saya menjadi perdana menteri, ada yang melihat saya sebagai 'the Malay ultra'. Tetapi semasa saya jadi perdana menteri, saya dapati kaum-kaum lain tidak mengadu."Sewaktu saya perdana menteri mereka dapat hak mereka. Apa juga pandangan yang saya beri dalam blog adalah berdasarkan fakta. Kalau ada fakta yang saya maksudkan tak betul, buktikan," katanya kepada pemberita Malaysia di Munyonyo, Uganda.Dr Mahathir berada di sana untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort, selama tiga hari, mula semalam, lapor Bernama.Dr Mahathir berkata terdapat fakta jelas tentang wujudnya ketidakseimbangan dari segi kekayaan mengikut kaum di Malaysia."Kalau perlu, perkara ini boleh diaudit (untuk menentukan kebenaran). Misalnya dalam Dasar Ekonomi Baru, kita berjaya hasilkan lebih ramai doktor daripada kalangan kaum Melayu bagi mewujudkan keseimbangan, apa salahnya? Kalau mereka katakan saya rasis, sebenarnya mereka juga layak dipanggil rasis," katanya.Sebelum ini, banyak pihak bukan Melayu, terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.Tulisan terbaru beliau dalam blognya Che Det bertajuk 'Kaki Dalam Kasut', mengundang pelbagai reaksi.Majoriti Melayu memberikan respons positif dan menyokong apa yang Dr Mahathir luahkan. Bagaimanapun banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina kurang senang dan menuduh beliau rasis.


sumber malaysia kini












Berikut adalah sumber dari Utusan Malaysia, 9 April 2008. Perhatikan berapa peratus pendapatan isi rumah Bumiputera berbanding Cina dan India. Apakah racist untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu yang masih lagi ketinggalan di tanah sendiri?Namun ada pihak yang mengecam artikel "Kaki Dalam Kasut" tulisan Tun Mahathir sebagai racist. Jika racist, pastinya pendapatan isi rumah bumiputera yang lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Jika racist juga, pastinya Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1970 hany akan menguntungkan bumiputera sahaja, tidak pada kaum-kaum lain. Baca apa kata mereka yang sebenarnya racist ini, (baca sini)."Pada 1970, iaitu ketika bermulanya DEB, kadar kemiskinan luar bandar berlegar sekitar 59 peratus dan menurun secara berperingkat kepada 15 peratus pada 2002 dan seterusnya 12 peratus pada 2004, sehingga menjadi 7.1 peratus pada dua tahun lepas. (baca sini). Kalau kemiskinan luar bandar diatasi, bukankah ianya meliputi semua kaum? Bukannya hanya untuk orang Melayu sahaja, tetapi untuk kaum-kaum lain juga. Hanya orang tidak tidak tahu berterima kasih sahaja suka mengatakan orang lain sebagai racist.Pada tahun 1970 terdapat 387 akauntan Cina, India 47 dan Melayu 40 orang dan kini jumlah ini meningkat sebanyak 17,836 bagi orang Cina, 1,247 bagi orang India dan 6,265 bagi orang Melayu. Oleh itu, semua kaum ini telah mendapat faedah yang begitu banyak dalam aspek pembangunan negara melalui DEB. (Mingguan Malaysia, 5 Julai 2009). Ini bermakna dasar DEB tidak hanya untuk orang Melayu sahaja, tetapi kaum-kaum lain turut mendapat faedah yang besar dari DEB. Kat mana yang racist?Penguasan ekonomi Melayu sekarang ini masih lagi 19.4% sedangkan peratusan Melayu adalah 56% daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Oleh itu, apakah racist untuk memberikan hak yang adil pada tempatnya kepada mereka yang sepatutnya berhak? Mereka yang sengaja mempertikaikan, meminta yang berlebih-lebihan dan dalam masa yang sama mahu mengambil bahagian yang lebih dari kaum lain, itulah yang sebenarnya racist. 21 buah negara lain mahu mempelajar kaedah Malaysia menanggani kemiskinan, tetapi ada rakyat Malaysia sendiri tidak tahu erti menghargainya.


sumber angin perubahan

1 comment:

  1. saya setuju dengan pendapat tun.walaupun dalam isu lain saya tidak banyak bersetuju dengan tun tetapi dalam isu ini saya benar bersetuju dengan artikel yang tun keluarkan.sajarah perlu bagi setiap insan bagi mengenal diri masing2.sebab itu perlu setiap kaum mengetahui sejarah betapa besar pengorbanan kaum melayu dalam menerima kaum lain dalam negara malaysia.

    ReplyDelete