Friday 17 July 2009

Isu Teoh Beng Hock : Khairy, cadangkan tubuh Suruhanjaya Diraja














Tragedi kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor merupakan satu insiden yang mengejut dan memilukan seluruh rakyat Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang Teoh.
Disebabkan konteks di mana kejadian ini berlaku, saya mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat insiden ini secara menyeluruh dan objektif bagi mencari kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada mendiang Teoh. Objektiviti ini juga penting bagi mengelak daripada syak wasangka terhadap SPRM, sekaligus mempertahankan reputasi institusi tersebut.
Tanpa mengira apa pun pegangan politik beliau, kejadian yang menimpa mendiang Teoh wajar dilihat sebagai kehilangan nyawa seorang manusia, dan bukan isu politik. Maka saya menyeru agar semua pihak berfikiran rasional dan tidak cuba menambah kepada spekulasi mengenai isu ini, apatah lagi menunding jari menuduh mana-mana pihak terbabit dalam kematian mendiang Teoh.
sumber prokhairy
Pemuda UMNO sokong tubuh suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 20 Julai - Suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock perlu ditubuhkan segera bagi mengelakkan kes itu terus dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan suruhanjaya itu juga perlu supaya tidak timbul pertikaian yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara.
"Ia (penubuhan suruhanjaya) perlu dilaksanakan segera agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
"Kita bimbang jika pelaksanaannya tidak disegerakan akan timbul masalah yang lebih buruk dan tidak terkawal," katanya kepada pemberita ketika sesi memanas badan pasukan ragbi Pemuda UMNO di Padang Merbok di sini hari ini.
Selain itu, Razali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut juga dilihat dapat mengelakkan salah faham rakyat terhadap sistem undang-undang negara.
"Dengan ini siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan tanpa sebarang penipuan," jelas beliau.
Beliau menyelar tindakan pihak pakatan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan dan disifatkannya memperalatkan keluarga Beng Hock
sumber utusan malaysia
Jangan jadikan komoditi politik
KUALA LUMPUR 20 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk keras tindakan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang menjadikan kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebagai satu 'komoditi politik.'
Presidennya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kematian Beng Hock adalah sesuatu yang menyedihkan dan pada masa yang sama memerlukan jawapan terhadap apa sebenarnya yang berlaku.
Namun, katanya, tindakan mempolitikkan kematian beliau adalah satu tindakan yang amat jijik dan harus dihentikan segera.
"Tuduhan tidak berasas oleh pihak-pihak tertentu diibaratkan sebagai menangguk di air keruh di mana isu-isu sensitif berbaur perkauman yang tidak relevan dibangkitkan untuk mengaburi mata rakyat.
"GPMS melihat ini sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh mewujudkan situasi unrest di kalangan rakyat dan mengancam ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
sumber utusan malaysia

Kematian Teo - PAKATAN bakal peralatkan SPRM
TIDAK ada seorang yang waras pun akan mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak Teo Beng Hock, pembantu EXCO Selangor, YB Ean Yong Hian Wah dari tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor.
Namun beberapa wakil rakyat Pakatan DAP-PAS dan PKR dengan cepat mendakwa SPRM bertanggungjawab. Malah malam tadi kira-kira 500 orang hadir di hadapan Plaza ini bagi "memaki hamun" pemimpin Negara dan SPRM. Terdapat juga banting yang menuduh Teo dibunuh oleh SPRM.Malahan penulis terdengar teori seorang wanita berbangsa Cina yang jikalau tidak silap ialah pegawai penyelidik di Pejabat MB Selangor.
Beliau membuat andaian kononnya Pegawai SPRM terlepas pegangan sewaktu cuba menakutkan Teo ketika siasatan sedang berjalan. Pegawai SPRM mungkin menjalankan siasatan secara kekerasan dengan cuba menakutkan Teo untuk menolak beliau jatuh dari bangunan tersebut. Bagaiamanapun kerana terseilap langkah ia terlepas dan menyebabkan Teo terkorban.
Andaian-andaian sedemikian akan muncul dan dijadikan alat untuk menyebarkan kebencian kepada SPRM.Jika benar andaian ini berlaku pada pukul 3- 6 pagi, adalah mustahil tida sesiapa pun nampak kejadian tersebut memandangkan wujud beberapa kedai makan 24 jam sekitar Plaza Masalam
.Adalah mustahil Teo langsung tidak menjerit ketika ditakutkan di tingkap mahu pun ketika dijatuhkan. Jika beliau menjerit pasti pelanggan atau sekurang-kurangnya pekerja di kedai makan berdekatan dapat mendengar jeritan tersebut. Ini memandangkan ketika waktu pagi tiada bunyi bising yang boleh menghalang suara Teo memecah kesunyian pagi.
Teori yang terbaik ialah Teo membunuh diri kerana malu dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh SPRM. Bekas wartawan Sin Che Jit Poh ini dikenali di akhbar tersebut sebagai seorang yang sangat membenci Kerajaan, UMNO dan orang Melayu. Sikap perkaumannya amat jelas sekali ketika itu.Teo selalu membuat kenyataan bahawa Kerajan BN sebagai kerajaan korup dan pemimpin Melayu merupakan pemimpin yang korup. Bagi orang sebegini sudah tentu beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa SPRM mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan pemimpin DAP termasuk "boss"nya lebih korup.Malah dipercayai Teo juga terbabit dengan penyalahgunaan dana peruntukan wakil rakyat.
Apabila SPRM meminta dokumen-dokumen yang tertentu supaya dibawa pada hari ini, Teo tentu sedar bahawa hanya masa akan menentukan bila SPRM akan mula melengkapkan kes yang akan memalukan beliau dan bossnya.Inilah yang merungsingkan akal fikirnya lalu mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri. Beliau berharap dengan membunuh diri di dalam kawasan bangunan SPRM, maka imej dan maruah beliau, bossnya dan keluarga mereka akan terselamat.
Beliau tahu perhatian akan beralih kepada SPRM apabila beliau dijumpai mati di dalam bangunan SPRM. Malahan beliau juga berharap dokumen-dokumen yang beliau miliki yang dapat membuktikan kesalahanya dan Ean tidak akan terdedah lagi dengan kematiannya. Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu menjilat ludah sendiri. Tiada lagi maruah dan harga diri jika beliau atau bossnya didapati bersalah.
Teori yang tidak mustahil juga ialah pembunuhan ini dirancang oleh kumpulan "underworld" yang dikatakan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong sebagai menguasai Ronnie Liu dan Kerajaan Negeri.Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kerajaan DAP Selangor.
Mungkinkah Teo ada menghubungi seseorang memberitahu beliau telah bebas dari siasatan dan ingin tidur sebentar di sofa pejabat tersebut? Bagaimana jika ada kumpulan gangster yang telah sedia berada sekitar kawasan tersebut menunggu Teo keluar telah mendapat maklumat Teo telah bebas tetapi tidur hadapan pejabat SPRM. Apakah tidak mustahil mereka yang mencampakkan Teo ke bawah untuk menyelamatkan "rakan kongsi" mereka dalam kerajaan negeri?
Tentulah kita rasa hairan dan mustahil bahawa tiada seorang pun rakan Teo, termasuk Ean mahu pun peguamnya Monaharan tunggu di luar pejabat SPRM sehingga habis soal siasat. SPRM hanya tidak membenarkan peguam masuk ke dalam bilik memberi keterangan namun ia tentu tidak menghalang sama sekali untuk peguam mahu pun boss Teo berada di lobi pejabat.Mengapa mereka meninggalkannya seorang diri? Apakah telah wujud perancangan membunuh Teo bagi menyalahkan SPRM dan menutup lubang-lubang penyelewengan mereka?
Kematian Teo akan dipergunakan sepenuhnya oleh Pakatan untuk menekan SPRM agar tidak terus menyiasat penyelewengan mereka. SPRM harus kuat dan tabah menjalankan tugas. Jangan peduli tekanan Pakatan ini.
sumber malaysia hari ini

Tidak ada seorang yang waras pun akan mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak Teo Beng Hock, pembantu EXCO Selangor, YB Ean Yong Hian Wah dari tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor.Namun beberapa wakil rakyat Pakatan DAP-PAS dan PKR dengan cepat mendakwa SPRM bertanggungjawab. Malah malam tadi kira-kira 500 orang hadir di hadapan Plaza ini bagi "memaki hamun" pemimpin Negara dan SPRM. Terdapat juga banting yang menuduh Teo dibunuh oleh SPRM.Malahan penulis terdengar teori seorang wanita berbangsa Cina yang jikalau tidak silap ialah pegawai penyelidik di Pejabat MB Selangor.Beliau membuat andaian kononnya Pegawai SPRM terlepas pegangan sewaktu cuba menakutkan Teo ketika siasatan sedang berjalan. Pegawai SPRM mungkin menjalankan siasatan secara kekerasan dengan cuba menakutkan Teo untuk menolak beliau jatuh dari bangunan tersebut. Bagaiamanapun kerana terseilap langkah ia terlepas dan menyebabkan Teo terkorban.Andaian-andaian sedemikian akan muncul dan dijadikan alat untuk menyebarkan kebencian kepada SPRM.Jika benar andaian ini berlaku pada pukul 3- 6 pagi, adalah mustahil tida sesiapa pun nampak kejadian tersebut memandangkan wujud beberapa kedai makan 24 jam sekitar Plaza Masalam.Adalah mustahil Teo langsung tidak menjerit ketika ditakutkan di tingkap mahu pun ketika dijatuhkan. Jika beliau menjerit pasti pelanggan atau sekurang-kurangnya pekerja di kedai makan berdekatan dapat mendengar jeritan tersebut. Ini memandangkan ketika waktu pagi tiada bunyi bising yang boleh menghalang suara Teo memecah kesunyian pagi.Teori yang terbaik ialah Teo membunuh diri kerana malu dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh SPRM. Bekas wartawan Sin Che Jit Poh ini dikenali di akhbar tersebut sebagai seorang yang sangat membenci Kerajaan, UMNO dan orang Melayu. Sikap perkaumannya amat jelas sekali ketika itu.Teo selalu membuat kenyataan bahawa Kerajan BN sebagai kerajaan korup dan pemimpin Melayu merupakan pemimpin yang korup. Bagi orang sebegini sudah tentu beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa SPRM mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan pemimpin DAP termasuk "boss"nya lebih korup.Malah dipercayai Teo juga terbabit dengan penyalahgunaan dana peruntukan wakil rakyat.Apabila SPRM meminta dokumen-dokumen yang tertentu supaya dibawa pada hari ini, Teo tentu sedar bahawa hanya masa akan menentukan bila SPRM akan mula melengkapkan kes yang akan memalukan beliau dan bossnya.Inilah yang merungsingkan akal fikirnya lalu mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri. Beliau berharap dengan membunuh diri di dalam kawasan bangunan SPRM, maka imej dan maruah beliau, bossnya dan keluarga mereka akan terselamat.Beliau tahu perhatian akan beralih kepada SPRM apabila beliau dijumpai mati di dalam bangunan SPRM. Malahan beliau juga berharap dokumen-dokumen yang beliau miliki yang dapat membuktikan kesalahanya dan Ean tidak akan terdedah lagi dengan kematiannya.Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu menjilat ludah sendiri. Tiada lagi maruah dan harga diri jika beliau atau bossnya didapati bersalah.Teori yang tidak mustahil juga ialah pembunuhan ini dirancang oleh kumpulan "underworld" yang dikatakan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong sebagai menguasai Ronnie Liu dan Kerajaan Negeri.Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kerajaan DAP Selangor.Mungkinkah Teo ada menghubungi seseorang memberitahu beliau telah bebas dari siasatan dan ingin tidur sebentar di sofa pejabat tersebut?Bagaimana jika ada kumpulan gangster yang telah sedia berada sekitar kawasan tersebut menunggu Teo keluar telah mendapat maklumat Teo telah bebas tetapi tidur hadapan pejabat SPRM. Apakah tidak mustahil mereka yang mencampakkan Teo ke bawah untuk menyelamatkan "rakan kongsi" mereka dalam kerajaan negeri?Tentulah kita rasa hairan dan mustahil bahawa tiada seorang punrakan Teo, termasuk Ean mahu pun peguamnya Monaharan tunggu di luar pejabat SPRM sehingga habis soal siasat. SPRM hanya tidak membenarkan peguam masuk ke dalam bilik memberi keterangan namun ia tentu tidak menghalang sama sekali untuk peguam mahu pun boss Teo berada di lobi pejabat.Mengapa mereka meninggalkannya seorang diri? Apakah telah wujud perancangan membunuh Teo bagi menyalahkan SPRM dan menutup lubang-lubang penyelewengan mereka?Kematian Teo akan dipergunakan sepenuhnya oleh Pakatan untuk menekan SPRM agar tidak terus menyiasat penyelewengan mereka.SPRM harus kuat dan tabah menjalankan tugas. Jangan peduli tekanan Pakatan ini.
Sumber : mykmu.net
'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:"kemungkinan besar."Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapawakil rakyat.
sumber malaysia kini
Bos Teoh, peguam akan disiasat polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kota Alam Shah M Manoharan bagi membantu siasatan kematian Teoh Beng Hock.Tambahnya, setiausaha politik Ean didapati berhubung dengan ketuanya itu, seorang exco kerajaan Selangor, dan Manoharan, yang juga seorang peguam, sebelum disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Rabu lalu.Menurutnya lagi, seperti dilaporkan Bernama, polis juga akan merakamkan percakapan anggota keluarga mendiang pada waktu yang sesuai nanti.Polis juga ingin merakam percakapan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah kerana beliau membuat laporan polis di Shah Alam terhadap SPRM pada Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya dirakamkan."Saya menasihatkan dia supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk beri percakapan atas laporan yang dia buat, kalau tidak kita terpaksa isu notis mengikut (Seksyen) 111, Kanun Acara Jenayah untuk perintah dia beri keterangan di balai," Khalid dipetik berkata.Jika Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya atas dakwaan membuat laporan palsu, katanya sidang media di ibu pejabat polis Selangor hari ini.Selain itu, tambah Khalid, polis juga akan memanggil dua orang yangbersama-sama Tan dan Teoh yang disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama.Polis setakat ini merakam 33 percakapan termasuk 25 pegawai SPRM.Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu selepas disoal siasat oleh SPRM).suruhanjaya tersebut Mendiang antara saksi yang dipanggil untuk membantu siasatanberhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu
sumber malaysiakini
Kesayuan selubungi pengkebumian Teoh
Lebih kurang 2,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.
Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.
Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.
Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.
Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok mewakili DAP membaca ucapan takziah dari parti tersebut.Antara yang hadir ialah wakil daripada beberapa persatuan dan pertubuhan Cina, dan anggota Pakatan Rakyat.
Perarakan pengkebumian tersebut bermula jam 10.45 pagi. Orang ramai mengiringi kenderaan yang membawa keranda mendiang yang dihiasi ikatan kain merah sebagai tanda kematiannya secara mengejut.Anggota keluarga dan pemimpin Pakatan dan para penyokongnya berjalan kali mengiringi keranda tersebut sejauh kira-kira 1km.Poster berwarna hitam putih dan foto Teoh dibawa oleh orang ramai, dengan tulisan 'jangan biarkan Beng Hock mati sia-sia'.satu kain rentang besar dari PKR, dibawa di hadapan kenderaan yang membawa keranda Teoh, bertulis "Keadilan untuk Beng Hock".kain rentang yang lain dalam tulisan Cina berbunyi 'kehadilan untuk Beng Hock' dan 'Rakyat mahu jawapan'.
Pada jam 11.05 pagi, perarakan itu berakhir dan ramai yang menaiki kenderaan untuk meneruskan perjalanan ke taman peringatan Nirvana di Semenyeh, tempat Teoh disemadikan.Konvoi tersebut tiba di pekan Semenyeh pada jam 12.50 tenghari, di mana orang ramai menunggu sambil membawa kain rentang dan bunga..
sumber malaysia kini
Kes Teoh: Nazri minta Kit Siang tutup mulut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta orang ramai khususnya pembangkang, supaya menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.Katanya, pemimpin pakatan pembangkang khususnya tokoh veteran DAP Lim Kit Siang, sepatutnya membiarkan polis menyiasat insiden itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan."Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun."Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya, saya fikir beliau yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Biar polis siasat," katanya, lapor Bernama.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ucaptama di forum mengenai Integriti dan Pematuhan: AgendaMalaysia anjuran Siemens hari ini.Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.'Saya pun pernah disiasat BPR'Mohamed Nazri berkata SPRM juga tidak boleh diarah menghentikan siasatannya.Ketika ditanya mengenai status pegawai SPRM yang terbabit menyoal siasat Teoh iaitu sama ada mereka akan digantung kerja atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana ketika ini, kes itu masih dalam siasatan polis. Mengenai tindakan orang ramai yang mempertikaikan kaedah SPRM menjalankan soal siasat, Mohamed Nazri berkata cara sedemikian telah digunakan sejak berpuluh tahun lalu."Saudara pun jangan lupa, saya juga pernah disiasat oleh BPR atau SPRM pada tahun 2003, dan itu kaedah mereka menyiasat... kadangkala ada permintaan supaya penyiasatan itu tidak dilakukan pada waktu kerja kerana ada setengah orang bimbang dan takut kalau dia pergi waktu kerja, ramai orang akan tahu dan tidak akan rasa selesa kerana dia absent (tidak hadir) waktu ofis, jadi ada yang minta supaya disiasat luar masa kerja... itu perkara biasa," katanya.Katanya, proses yang sama juga perlu dilalui exco kerajaan negeri BN yang disoal siasat SPRM."Jadi kita jangan buat kesimpulan kalau kita merasakan menyiasat di luar waktu kerja itu menyusahkan...ini juga menyusahkan kepada pegawai terbabit, kalau nak ikut, baik pegawai itu buat pada waktu kerja," katanya.Isu Kpg Buah PalaMohamed Nazri juga berkata ketidakhadiran peguam ketika seseorang individu itu disoal siasat SPRM bukanlah satu masalah besar."Lim Guan Eng pun jumpa dengan penduduk Kg Buah Pala tanpa kehadiran peguam. Dalam kes ini, sebenarnya peguam hadir tetapi dia berada di luar...saya juga ketika kena siasat pada 2003 tak panggil peguam kerana apa yang kita takutkan... nak pula kita hanya sebagai seorang saksi sahaja bukan yang dituduh, jadi saya kira, kalau peguam hadir sekalipun, kalau dia terpaksa menjawab, jadi dia terpaksa jawab juga."Katanya, beliau percaya pegawai-pegawai SPRM adalah profesional dan akan melakukan siasatan tanpa mengira kaum.Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membidas pihak yang sanggup bermain kotor dengan memutarbelitkan dan mempolitikkan kes kematian Teoh.Menyifatkannya tindakan itu sebagai satu "pembohongan untuk kepentingan diri", Ong berkata pihak-pihak tertentu itu sanggup berbuat demikian bagi mendapatkan "pengaruh politik".Katanya beliau telah menerima satu laporan semalam mengenai satu laporan dalam talian yang menyalahgunakan nama ketua biro komunikasi MCA Lee Wei Kiat dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan daripadanya yang disiarkan terdahulu.Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Lee sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh kematian Teoh."Tetapi malangnya kenyataannya telah diputar-belit yang kononnya Lee menyarankan kematian Teoh adalah pilihan peribadinya dan ia sesuatu yang bukan sahaja terkejut tetapi tidak dapat diterima sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani persefahaman di antara Bernama Radio24, Sunlight Radio Taxi Sdn Bhd dan Persatuan Pengguna IslamMalaysia (PPIM) di Wisma Bernama.
sumber malaysia kini


'Tubuh badan bebas bersihkan aib SPRM'


KUALA LUMPUR: Aib Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ketika disoal siasat agensi itu hanya boleh dibersihkan menerusi inkuiri awam atau siasatan Suruhanjaya Diraja.

Presiden Tranparency International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low, dalam satu kenyataan semalam, berkata kepercayaan rakyat terhadap kecekapan SPRM selepas bertukar daripada badan Pencegah Rasuah (BPR) kini semakin terhakis berikutan kejadian terbaru itu.

"Kejadian ini harus disiasat sebuah badan bebas, malah prosedur operasi SPRM juga perlu dikaji semula. Sepatutnya, lima panel penasihat SPRM turut bertanggungjawab dalam hal ini kerana gagal mengawal selia urus tadbir suruhanjaya ini.



"Walaupun pihak polis dan SPRM masing-masing sudah menjalankan siasatan, apa saja hasilnya nanti tetap dipertikaikan rakyat. Justeru, lebih baik isu ini disiasat pihak bebas yang dapat meraih keyakinan masyarakat umum.

"Kebebasan, kesaksamaan dan keadilan tidak wajar menjadi penyedap mulut SPRM saja tetapi sebaliknya harus dipastikan dilaksana sebaik mungkin," katanya.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ir Wong Foon Meng, berkata MCA akan membawa saranan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu kepada kerajaan dan kepimpinan tertinggi negara tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Wong yang juga Yang Dipertua Dewan Negara yang baru berkata, usul itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet akan datang dan mungkin dimaklumkan kepada kepimpinan negara lebih awal lagi.

"Kita memahami apa yang berlaku di atas mendiang Teoh dan kita berpendapat kematiannya perlu disiasat dengan cara yang sebaik mungkin, setelus mungkin.

"Sehubungan itu, MCA beranggapan adalah lebih baik kes ini disiasat oleh satu suruhanjaya penyiasatan khas yang boleh diterima semua," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata MIC akan menyokong gesaan MCA bagi penubuhan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, wakil MIC dalam Kabinet, Datuk Dr S Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, akan diminta menyokong cadangan MCA itu pada mesyuarat Kabinet akan datang.

"Kami akan menyokong cadangan itu kerana kami mahu keadilan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam), Datuk Ambiga Sreenivasan, berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik bagi merungkai segala kekeliruan dalam kes itu selain memberi meyakinkan orang ramai.

"Suruhanjaya Diraja boleh menerima bukti dan mengadakan soal siasat yang boleh membenarkan ia dihadiri orang awam, berdasarkan budi bicara suruhanjaya terbabit.

"Ia lebih sesuai bagi menangani kes serius seumpamanya kerana Suruhanjaya Diraja boleh mewajibkan saksi tampil memberi keterangan.

"Kerajaan tidak wajar meragui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan keupayaannya mengembalikan integriti serta kewibawaan SPRM selain memastikan sama ada ia mematuhi kod etika yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau juga menegaskan, SPRM wajar mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana itu adalah satu-satunya langkah bagi membersihkan namanya daripada sebarang syak wasangka kerana gagal mematuhi beberapa konvensyen dan undang-undang sedia ada.

Pengerusi satu daripada lima panel penasihat SPRM, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata hanya inkuiri awam atau Suruhanjaya Diraja dapat menyiasat secara menyeluruh dan mendedahkan siapa yang bertanggung jawab dalam kes kematian Teoh.

"Semakin sukar bagi panel SPRM berusaha mempertingkatkan imej suruhanjaya ini pada mata rakyat kerana isu seperti kematian Teoh ini menjejaskan sebarang usaha selama ini," katanya.

"Meskipun ramai pegawai SPRM amat bertanggungjawab dan dedikasi terhadap tanggungjawab masing-masing, insiden ini hanya dapat ditangani bila semua pihak mengetahui apa sebenarnya berlaku," katanya yang juga Pengerusi Panel Pencegahan Rasuah dan Perundingan SPRM.

Difahamkan, panel penasihat SPRM akan bermesyuarat Khamis ini untuk membincangkan kes Teoh dan menentukan sama ada wujud pencabulan kuasa.

sumber berita harian


Satu kematian….satu ‘lesen besar’ untuk segalanya

Oleh: HANAFIAH MAN

Tiada siapa yang waras fikiran walau dari apa fahaman politik sekalipun dapat menerima atau merestui jika siasatan dapati benar kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teo Beng Hock berpunca dari tindak tanduk pegawai dalam pejabat SPRM Selangor.

Ia bukan berkait dengan kaum atau politik tetapi ia soal jenayah dan keadilan.

Ini juga bukan isu di sebelah sini Barisan Nasional (BN) dan di sebelah sana Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang atau Nik Aziz Nik Mat.

Di celah-celah harapan semua orang untuk mendapat jawapan segera…semakin hari semakin ramai yang terlopong melihat kes kematian Teo berputar dengan segala macam reaksi ke tahap keterlaluan oleh puak-puak pakatan pembangkang hingga ada yang berani ambil peluang untuk gubal syarat itu ini ikut suka hati mereka.

Apa lagi belum pun siasatan selesai,hukuman sudah dijatuhkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau ikut cakap mereka boleh dikenakan hukuman ‘gantung sampai mati’ kerana ‘bersalah ikut standard mahkamah pembangkang’.

Sudah terbentang di depan mata bagaimana kematian Teo kini menjadi isu yang dipolitikkan walaupun hakikatnya tidak semestinya sesuatu kes itu ada kena mengena dengan politik tanah air.

Pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah ‘hilang akal’ atas pentas ceramah termasuk menuduh kerajaan bertanggungjawab atas kematian Teo kerana menubuhkan SPRM.

Sedangkan semasa cadangan penubuhan SPRM, Anwar sekalu Ketua Pembangkang di Parlimen sendiri memuji langkah berani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi membawa akta penubuhan SPRM ke Parlimen.

Namun hakikatnya, manipulasi kematian Teo ini berlaku di tengah-tengah kekalutan parti-parti pembangkang hendak berhadapan dengan soal integriti apabila SPRM memulakan siasatan terhadap pemimpin parti itu yang kini menerajui kepimpinan negeri.

Jika pembangkang dengan mudah menuduh kematian Teo angkara pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa salahnya pula menuduh kematiannya dijadikan perisai untuk menutup penyelewengan dan salah laku pemimpin pakatan pembangkang yang selama ini digambarkan sebagai ‘malaikat’ – bersih, berintegriti dan tak makan suap.

Jika tidak masakan di kalangan pemimpin pembangkang seperti Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dengan terbuka menegaskan mereka tidak akan membenarkan SPRM menyoal siasat mana-mana orang pakatan pembangkang selagi kes Beng Hock tidak diselesaikan.

Kenapa takut disiasat SPRM. Apa yang hendak diselindungkan jika tiada kesalahan dilakukan. Bukankah ini boleh memberikan tanggapan pihak pimpinan kerajaan negeri cuba menyembunyikan sesuatu dan menutup salah laku di kalangan mereka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga memainkan lagu yang sama apabila berkata “jangan harap kita akan pergi kepada SPRM jika mereka hendak soal siasat kita, mereka perlu datang ke pejabat kita”.

Kenyataannya diiring dengan aksi 40 orang pegawai khas kepada para wakil rakyat pakatan pembangkang negeri itu Isnin sepakat tetapkan syarat mereka hanya boleh memberi keterangan pada SPRM di pejabat masing-masing.

Di samping itu mereka dengan berani kata hanya sedia bercakap jika dapat kebenaran daripada bos masing-masing.

Dalam satu lagi tindakan nak tunjuk berani engkar, juga Isnin Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang kini sedang menyiasat kes kematian Teo.

"Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya.

(Akhirnya setelah diberi amaran itu,Tan hadir beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11 ,Shah Alam pada pukul 9 malam Isnin bersama isteri dan peguamnya.)

Katanya. polis juga telah mengeluarkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk hadir memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Begitulah besarnya lesen mereka untuk menentukan apakah bentuk sistem keadilan yang terpakai kepada mereka. Istimewanya mereka boleh menentukan syarat bila, di mana dan cara mana siasatan boleh dijalankan terhadap mereka.

Jika selama ini ada sahaja dakwaan penyelewengan dibuat di sebelah BN merekalah yang dahulu melalak mahukan siasatan segera dibuat. Namun, apabila kena batang hidung sendiri, pelbagai alasan dan isu digunakan.

Terbaru, SPRM dituduh menjalankan siasatan kerana ingin menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

Ahli Parlimen Pantai Remis yang juga bekas Exco Perak, Nga Kor Meng menuduh SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa pemimpin kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan BN mengambil alih kerajaan Selangor.

Apa punya ‘gila’ hujah orang yang ‘hilang akal’ ini – semuanya dipolitikkan. Mati politik, siasatan pun politik.

Soalnya adakah semua pemimpin pakatan pembangkang malaikat dan ‘maksum’- tidak melakukan dosa.

Berdasarkan beberapa isu yang melanda para pemimpin pembangkang sekarang, jelas usaha melengah-lengahkan proses keadilan semacam sudah menjadi satu trend.

Lihat sahaja kes liwat Anwar. Hampir sebulan lagi, genaplah setahun sejak kes tersebut dilaporkan kepada polis oleh mangsa yang mendakwa diliwat oleh Penasihat PKR itu, Saiful Bukhari Azlan tetapi sehingga kini belum pun mula dibicarakan.

Bermula daripada mahu menentukan mahkamah mana yang patut mendengar kesnya, hakim mana yang layak, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dipertikai dan pelbagai helah perundangan cuba digunakan untuk melengah-lengahkan proses keadilan dijalankan.

Kalimat popular di kalangan pengamal undang-undang iaitu ‘ keadilan dilengahkan, keadilan dinafikan’ yang juga turut dikongsi bersama oleh para pemimpin pembangkang apabila hendak menyerang kerajaan, seakan-akan tidak terpakai kepada mereka.

Mereka bukan sahaja boleh melengahkan proses siasatan tetapi juga proses perbicaraan.

Kematian Teo berlaku tepat pada masanya – tatkala pembangkang tercari-cari perisai untuk menutup malu atas angkara dan salah laku mereka yang baru sahaja 16 bulan memegang tampuk kuasa.

Dengan slogan bersih, telus, berintegriti – siasatan SPRM sudah tentu mencalarkan imej bersih yang cuba ditonjolkan pembangkang selama ini bagi mengabui mata rakyat.

Pokok pangkalnya,selagi misteri punca kematian Teo tidak terungkai secara pasti menerusi siasatan rapi polis - ‘sandiwara’ puak-puak ini untuk raih markah politik melalui berbagai-bagai aksi yang ‘ over’ akan buat lebih ramai makin menyampah daripada bersimpati.-21/7/2009
sumber agenda daily

Suruhanjaya Diraja patut siasat punca kematian: Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja. "Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior.
"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi meneliti prosedur soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di samping itu, beliau juga mengarahkan supaya satu inkues yang diketuai seorang majistret diimulakan minggu depan bagi menentukan punca sebenar kematian Teoh.
Teoh, 30, ditemui mati pada jam 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14. Teoh yang juga setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, adalah seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Michael Yeoh, menyambut baik penubuhan suruhanjaya itu dalam menentukan kaedah soal siasat yang dijalankan oleh SPRM itu menepati standard hak asasi manusia. Katanya, hasil siasatan serta cadangan suruhanjaya itu nanti diharap dapat diguna pakai oleh SPRM dalam prosedur siasatannya pada masa depan. - Bernama

sumber berita harian

Teoh: Kabinet setuju tubuh Suruhanjaya Diraja, inkues

PUTRAJAYA: Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi meneliti prosedur soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM. Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis juga diarah menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan itu diumumkan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sidang media di pejabatnya, di sini. "Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu dan langkah ini diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.
Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan.

sumber berita harian

SPRM terima keputusan tubuh inkues, Suruhanjaya Diraja

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima keputusan Jemaah Menteri berhubung inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peraturan soal siasat yang digunakan suruhanjaya itu, termasuk semasa menyoal siasat setiausaha politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock. SPRM, dalam kenyataannya petang ini, berkata ia berharap dengan adanya inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu kebenaran dalam isu yang dibangkitkan orang ramai akan terbukti akhirnya. "SPRM juga berharap agar tidak akan timbul lagi manipulasi, spekulasi dan dakwaan mana-mana pihak terhadapnya sehingga satu keputusan dibuat oleh kedua-dua badan berkenaan.
"Keputusan yang dibuat kedua-dua pihak berkenaan kelak hendaklah diterima baik oleh semua pihak yang terbabit," kata kenyataan itu yang dikeluarkan Ibu Pejabat SPRM di sini. - Bernama

sumber berita harian

No comments:

Post a Comment