Sunday 19 July 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.
Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.
Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.
Ada persamaanMenurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanyaBeliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

sumber malaysia kini


Mengapa saya tinggalkan BN?

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.
Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu

sumber malaysia kini

Berhenti soal tindakan Jui Meng

PUTRAJAYA 19 Julai – Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu berhenti daripada terus mempersoalkan tindakan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, mereka perlu menumpukan usaha melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat.
Katanya, ia adalah perkara utama yang diperhatikan oleh rakyat, khususnya dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu kini.
Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan pengumuman 11 perkara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari pelantikan beliau pada minggu lalu.
‘‘Apa yang penting kini adalah kita perlu memastikan BN menjadi parti yang lebih baik dengan melaksanakan yang dikehendaki oleh rakyat dan sensitif terhadap keperluan mereka.
‘‘Malah, kita juga perlu bersedia bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kelmarin, Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan mengumumkan beliau keluar daripada MCA dan menyertai PKR kerana wawasannya untuk pembaharuan dalam manifestonya pada pemilihan presiden MCA tahun lepas, sama dengan Agenda Malaysia penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengumuman itu dibuat beliau pada persidangan akhbar selepas menghadiri Forum Awam PKR di Petaling Jaya.
Abdullah berkata, keputusan Jui Meng itu adalah hak peribadinya sendiri dan ia tidak akan membawa perpecahan dalam BN.
‘‘Itu adalah pilihannya dan beliau bebas untuk membuat pilihan sama ada menjadi ahli MCA atau parti politik yang lain,’’ katanya.
Sementara itu, ketika berucap, Abdullah berkata, ahli UMNO perlu mengelakkan wujudnya konflik sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan parti menjadi lemah.
‘‘Rakyat suka kita bekerja dan bukannya bergaduh sesama sendiri dalam apa jua isu.
‘‘Mereka perhatikan sejauh manakah kemampuan kita untuk melaksanakan dasar dan program yang diputuskan oleh kerajaan,’’ katanya.

sumber utusan malaysia

Chua Jui Meng – bekas Cina MCA yang tidak mengenang budi

LAGI seorang Cina MCA yang tidak mengenang budi. Pemimpin yang selama ini mengaut keuntungan dan memegang kuasa sebagai Menteri Kesihatan dalam Barisan Nasional tiba-tiba berpaling tadah menyokong pakatan pembangkang yang sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang yang setiap waktu mencari dan merek-reka isu untuk menggugat keselamatan serta mengancam ketenteraman Negara.
Entah apa jenis manusia atau pemimpin yang bernama Chua Jui Meng ini. Hanya kalah dua kali untuk merebut jawatan sebagai Presiden MCA, sekali kalah kepada Ong Ka Ting dan kali kedua kalah kepada Ong Tea Keat, dalam usianya yang sudah begitu lanjut tiba-tiba berpaling untuk menggigit Barisan Nasional yang selama ini memberikan tempat serta kedudukan tertinggi dalam kabinet.
Kebiasaan sikap berpaling tadah ini berlaku dalam UMNO apabila kalah jawatan Ketua Bahagian ataupun tidak tercalon sebagai calun pilihanraya, mereka akan menyertai pembangkang ataupun menubuh parti baru tetapi penyakit UMNO ini sudah berjangkit ke dalam MCA dan tindakan Chua Jui Meng ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada kepimpinan MCA di bawah Ong Tea Keat.
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
Ong Tea Keat sebelum ini mendedahkan bahawa Chu Jui Meng berjumpa dengan beliau dan menegaskan tidak akan menyertai pembangkang tetapi meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bakri kerana mahu memberikan peluang kepada muka baru. Maknanya Chua Jui Meng telah berbohong kepada Ong Tea Keat ataupun Ong Tea Keat yang berbohong kepada ramai kononnya Chua Jui Meng tetap setia dengan BN tetapi hari ini Chua berdiri di sebelah seorang lagi pengkhianat kepada UMNO dan Barisan Nasional itu Anwar Ibrahim.
`Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?
Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".
Itu sebahagian daripada kenyataan seorang pengkhianat yang BN lahirkan. Setelah tidak lagi berjawatan dalam parti dan kerajaan dan kalah bertanding Presiden MCA, Chua menjadikan dirinya seseperti badut di pentas KeADILan dan Chua menyerang dengan sinis BN,
`Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.
Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu’
Dengan menyalahkan BN, Chua cuba mencari tempat dengan cuba menonjolkan kononnya beliau adalah pemikir baru dalam pakatan pembangkang dan sikpa Chua ini seolah-olah memperlihatkan beliau baru sahaja sembuh daripada penyakit kronik yang hampir meragut nyawa serta usia poltiknya dan kita percaya Chua akan dijadikan satu lagi intstrumen oleh pembangkang untuk mengkacaubilau perpaduan kaum di Negara ini.
Chua akan pasti bertindak sedemikian demi membuktikan komitmennya setelah menyertai PKR dan untuk tidak dilihat beliau seperti seekor musang berbulu ayam, beliau akan dijadikan ayam laga PKR untuk mengkucarkacirkan MCA dan sekaligus Barisan Nasional.
Jelas Chua bukan orang perjuangan. Chua mementingkan pangkat dan kedudukan. Chua mengambil keputusan untuk menambahkan ketidalkyakinan gabungan BN terhadap MC. Meskipun parti tidak berdiri dengan seorang pemimpin sahaja tetapi tindakan menyertai PKR oleh Chua adalah satu tindakn yang jahat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang pernah memegang jawatan penting dalam parti dan kerajaan.
Kita tidak tahu akan ada berapa ramai lagi pengkhianat seperti Chua Jui Meng ini dalam Barisan Nasional yang kononnya akan menggunakan alasan kuasa rakyat sehingga UMNO BN menerima tamparan dalam PRU lalu akan keluar daripada BN untuk menyertai langkah sial yang Chua lakukan ini.
Tindakan ini tidak boleh dipandang enteng. Sikap dan perwatakan Chua Jui Meng ini boleh disifatkan sebagai hanya mahu mengejar jawatan dalam MCA dan wajarlah tindakan perwakilan MCA menolak Chua untuk memegang jawatan Presiden kerana ternyata beliau bukan seorang kawan yang baik kepada Barisan Nasional apatah lagi semangat juangnya senipis kulit bawang apabila mengambil keputusan menyertai PKR.
Chua adalah antara pengkhianat kepada gagasan Barisan Nasional dan hanya pengkhianat sahaja yang sanggup menikam rakan daripada belakang apatah lagi selama ini Barisan Nasional telah memberikan segala-galanya kepada Chua untuk beliau berjaya sebagai salah seorang pemimpin Cina yang memimpin bangsa Malaysia. Seperti mana Barisan Nasional mengangkat banduan seperti Anwar Ibrahim sehingga beliau berjaya memangku jawatan Perdana Menteri, seperti itu jugalah Barisan Nasional berikan kepada Chua Jui Meng.
Benar kemasukan Chua Jui Meng ke dalam PKR tidak akan memberikan kudis tokak kepada Barisan Nasional apatah lagi untuk ditangisi ramai tetapi yang harus dikesalkan adalah permainan politik Chua yang lagaknya tidak ubah dengan pendekatan politik perkauman DAP dan tindakan ini secara tidak langsung juga akan mencetuskan rasa tidak senang pengundi Melayu di Bakri yang selama ini menyokong beliau atas sifatnya sebagai wakil Barsian Nasional walaupun beliau tidak tercalon dalam PRU yang lalu.
Semoga dalam BN tidak akan ada lagi tali barut seperti Chua yang akhirnya memilih untuk menggigit tangan orang yang pernah menyara hidup beliau dan keluarganya sehingga menjadikan beliau adalah antara pemimpin Cina terkaya yang BN lahirkan. Pohon tua macam Chua ini pun eloklah berada di luar BN ataupun MCA supa senang BN buat program tanam semula untuk lahir baka baru yang tahu berterima kasih dan mengenang budi

sumber malaysia hari ini

No comments:

Post a Comment