Wednesday 1 December 2010

umno johor talam 2 muka.

kita banyak mendengar perkara yang banyak memecah belahkan parti dalam blog antaranya umno johor mengatakan bahawa Sohaimi Shahadan Masalah Baru Umno Selangor?.saya tidak mengenali sohaimi tetapi merasakan apa yang di lakukan adalah betul.mempekenalkan diri kepada media atau orang ramai bukan apabila tibanya pilihan raya.tetapi sebelum pilihan raya.pembangkang bayak meghasilkan pemimpin dengan cara begitu.sebab itu ramai yang mengenali pembangkang ketika sebelum pilihan raya.dengan cara kuno umno johor bukan sahaja menghancurkan parti umno sendiri.dahulunya pemimpin boleh di kenali apabila tiba pilihan raya.waktu itu berbagai barangan,janji yang di beri.sebaik sahaja selesai pilihan raya batang hidung pemimpin pun x jumpa.
di sini saya lampirkan perangai blog umno johor yang menggangap rakyat boleh di perdaya sebgitu mudah
http://umnojohor.blogspot.com/2010/11/sohaimi-shahadan-masalah-baru-umno.html

Monday 4 January 2010

Kalimah Allah Hak Kristian - Anwar



antara komen

"Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [al-Maidah 5:73]

Itulah firman Allah dlm Qur'an ttg Trinity dlm Surah al-Maidah 5:73. Allah amat murka dgn org yg percaya pd Trinity
Kermista (27 minutes ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Tiap kali org Kristian makan, mrk baca doa grace lebih kurang gini: "dgn nama Bapa, Anak & Roh Qudus, kami syukur pd mu...". English: "In the name of the Father, the Son & the Holy Ghost, we thank thee.." Jelas Tuhan mrk itu Tiga walau mrk mati2an katakan mrk cuma percaya pd Satu Tuhan spt Islam. Saya khuatir nama Allah akan diheret dlm Trinity sedangkan Allah tolak Trinity dlm Surah Al-Ikhlas. AnWAR Abraham lebih jahat dari Kristian krn dia ngaku Muslim tp subahat dgn Kristian dlm soal Trinity
Kermista (42 minutes ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Kesimpulan: AnWAR Abraham SESAT & KAFIR! Gitu juga beberapa pemimpin PAS yg sokong Kristian dlm isu ini. Jauhi PAS & PKR pd PRU13 nanti. Kalau sebelum ni kita undi mrk di PRU12, jgn ulangi kesilapan tu. Jika tidak kita semua tanggung dosa & diberi bala nanti. PAS kini bukan PAS dulu. PAS kini dah jual agama krn gila kuasa. Dilaporkan ari ni Ketua PAS Shah Alam, KHALID SAMAD telah istiharkan SOKONGAN kpd Kristian dlm isu ini. Jahat2 UMNO masih daging lembu, sebaik2 PAS & PKR adalah daging babi...
Kermista (50 minutes ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Kalau Kristian mau buat Tuhan mereka Nescafe 1 in 3 & 3 in 1, itu hak depa selagi depa tak pakai kata "Allah". Tp bila depa mula ganti kata "Tuhan" dgn kata "Allah",maka implikasinya besar,jgn buat main2 wahai AnWAR dan PKR yg KAFIR! Lepas menang di court & disokong PAS & PKR, Kristian akan jadikan Allah spt NESCAFE. Mereka akan kata ada Tiga Allah dalam Satu Allah, & ada Satu Allah dlm Tiga Allah. Apa AnWAR Abraham & konco2nya dlm PKR & PAS tak sedar ini atau mereka telah KAFIR?
Kermista (57 minutes ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Tuhan bagi Kristian bak Nescafe atau Milo 3 in 1 & 1 in 3 yg dijual dlm peket di Tesco, Carrefour, dll: satu minuman dipanggil NESCAFE tp ada GULA, KRIM & KOPI. Gula, krim & kopi membentuk SATU dipanggil Nescafe. Nescafe pula membentuk TIGA dipanggil gula, krim & kopi. Gitulah Tuhan Kristian, juga 1 dlm 3 & 3 dlm 1. SATU Tuhan dipanggil LORD tp ada BAPA, ANAK & ROH QUDUS dlm satu LORD, so 1 dlm 3. Bapa, Anak & Roh Qudus pula bentuk SATU dipanggil LORD, so 3 dlm 1. Itulah TRITUNGGAL / TRINITY
Kermista (1 hour ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Dan tak mustahil juga lepas ni org2 Hindu juga mau guna kata "Allah" utk Tuhan2 mereka. Hindu pun ada 3 Tuhan besar: Vishnu, Brahma & Shiva dan banyak lagi tuhan2 kecil. Apa kata kalau Hindu mau panggil Tuhan2 mereka sebagai 'Allah Shiva', 'Allah Brahma' & 'Allah Vishnu'? Apa polisi AnWAR, Nik Aziz, Khalid Samad, PAS & PKR? Aku sangat yakin PAS, PKR, Nik Aziz dan semua mereka ni akan memberi sokongan padu kpd puak Hindu ni...PAS & PKR sgrt bahaya bagi kita umat Islam. Tolak parti2 ini!
Kermista (1 hour ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply Lepas berjaya guna "Allah", org2 Kristian akan paksa kita izin mereka guna kata2 "al-masjid" utk gereja, "Maulidur Al-Nabiyyin Isa Al-Masih" utk Krismas, "murtad" utk org Kristian yg tukar agama, "firman Allah" utk ayat2 Al-Kitab (ya, mrk dah pun guna 'Al-Kitab utk Bible!), "sabda" utk kata2 Jesus dlm Bible, "khutbah" utk doa padri pd hari Ahad di gereja, dll. ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ, KHALID SAMAD & lain2 pemimpin PAS & PKR yg bagi saya dah KAFIR akan sokong Kristian demi undi org2 kafir ni.
TheGanesh30 (4 hours ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply aku pun takder la kejam sangat....
tp kalo perkara ini tidak cepat disetelkan oleh kerajaan..................
ko tgk la.....ader la gereja mana2...akan masuk media......
aku rasa....kita berjihad jer.....kalo mender nih tak bley setel....dan tertangguh2...

apabila I
pokokekabu (8 hours ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply buat aper nak di katakan didepan umum?rata-rata umat Islam (melainkan silent88) mengatahui perkara ini..itu menjadi masalah kepada orang yang buta agama seperti anda..cuma pandai menegur tanpa ilmu..perlu ke kita bercakap tentang syahid kepada org kafir?pasti mereka pon akan berfikiran seperti anda.lari daripada berperang pon hukumannya bunuh..tu aku bgtau kalau kau tak tau la kan..saudara2 islam aku semua mengetahuinya...perlu ker lagi aku nak bagi tau pada umum?
kingnek (7 hours ago) Show Hide 0 Marked as spam Reply pokokekabu, setuju. ko dah lawat facebook tu? Orang Muslim sudah plan nak demo besar-besaran. tak kira kamu UMNO, PAS atau PKR, biar kita tunjukkan mereka, walaupun ada perbalahan antara pemimpin di atas, orang Islam biasa akan bangkit menentang mereka yang berani cabar kedudukan Islam di Nusantara ini. Syabas, nampak gayanya, orang Islam sini akan menggempur pihak yang memijak kepala orang Islam di sini yang sudah terlalu lama sopan santun dan lembut mengambil hati mereka. ALLAHUAKBAR

Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'
Jimadie Shah Othman
Jan 5, 10
3:04pm

kemaskini 4.13pm Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.

sumber malaysia kini

pengunaan kalimah allah

Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama "ALLAH" dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.


Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?


Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!


Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!! Mempercayai, meredhoi dan bersetuju ALLAH itu ada sekutunya adalah syirik dan membawa kepada kekufuran. Sebab itulah 'ulama' yang imannya jelas dan ikhlas saperti Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din menyatakan jawapannya jelas, bagi mereka yang redho dan setuju dengan segelintir Kristian yang mahu mensyirikkan ALLAH ini maka mereka sendir adalah kufur dan syirik!


Apa guna kita pergi sampai ke zaman sebelum Islam dan risalah Nabi untuk menegakkan benang basah, bahawa kesemua agama samawi, agama langit, agama wahyu..agama Ibrahim telah menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan. Sebenarnya kesemua Rasul dan Nabi membawa risalah yang sama. Bahawa ALLAH itu satu, sembahlah ALLAH itu! Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad saw, risalahnya tetap sama. Dan tiap kali seorang Rasul dan Nabi diutuskan, ianya adalah untuk memperbetulkan kembali 'amalan kufur, syirik dan menyengutukan ALLAH yang dilakukan manusia.


Tiap kali selepas seorang Rasul atau Nabi itu diutus, manusia kembali sesat dan kufur. Mereka kembali mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH. Samada dengan mendakwa ALLAH ada anak, ada sekutu atau ada wakilnya. Maka diutuslah lagi Rasul dan Nabi untuk memperbetulkannya.


Begitu jugalah dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Baginda diutus dalam keadaan manusia telah kembali syirik dan kufur kepada ALLAH. Yahudi dengan mendakwa ALLAH ada anak Huzair. Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus. Musyrikin Makkah dengan dakwaan selain ALLAH ada Tuhan lain iaitu Latta & Uzza. Kaum Parsi dengan dakwaan ketuhanan matahari dan penyembah api. Dan banyak lagi dakwaan dan rekaan yang pokok pangkalnya mereka tidak lagi mentauhidkan dan mengesakan ALLAH..tetapi mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH.
Ditengah-tengah 'amalan syirik dan kufur itulah ALLAH menegaskan siapa itu ALLAH. Melalui Nabi Muhammad saw, penutup segala Nabi, ALLAH menurunkan penegasan didalam wahyu terakhirnya Al Quran, Al Ikhlas: 1-4:"Katakanlah Muhammad, ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak sekufu dan setaraf dengan sesiapa pun!".


Dan Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas Baginda, menyampaikan risalah ketauhidan ALLAH. Samada kepada 'ulama' Kristian Waroqah Bin Naufal, Raja Kristian Maharaja Najasyi Habsyah, atau kepada 'ulama' Yahudi Abdullah Bin Salam. Kesemua mereka telah mensyirikkan
ALLAH dengan kefahaman ALLAH ada anak Huzair atau Jesus. Dan setelah menerima da'wah Rasulullah saw, mereka terkeluar daripada kesesatan, dan kembali mempertuhankan ALLAH yang Satu! Allahu hu Ahad!


Sepatutnya kita bila mendengar segelintir Kristian saperti di Sabah yang telah dipesongkan dan dikelirukan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang punya anak Jesus, bukan kerja kita menambahkan lagi kekufuran dan kesyirikan mereka dengan membenarkan mereka terus tenggelam mempercayai ALLAH itu ada anak Jesus. Tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah pergi kepada mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu. Itulah kerja yang sepatutnya dibuat oleh Jakim, Yadim, Jawi, Jais, Muis dan kesemua para pendakwah, ulama', ustadz, tuan guru dan lain-lain.


Apabila kita gagal melakukannya, sebaliknya redho dan setuju dengan mereka mengkufur dan mensyirikkan ALLAH, dengan memberi alasan tok nenek mereka sebelum Nabi Muhammad datang pun memang telahpun mengkufurkan dan mensyirikkan ALLAH, dan mereka berhak dari segi sejarah, undang-undang atau Perlembagaan, atau atas nama hak asasi manusia, atau lebih teruk lagi atas nama 'political expediency' untuk terus menyatakan ALLAH adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci, maka kita dan mereka adalah sama. Kita juga termasuk golongan yang syirik dan kufur kepada ALLAH.


Oleh itu, saya menyeru golongan yang beriya-iya sangat menyokong tuntutan segelintir Kristian melalui akhbar Herald yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk yang syirik dan kufur itu, jangalah kita menjadi golongan pekak, bisu dan buta. Perbuatan kita sekadar menambah kekufuran dan kesyirikan mereka kepada ALLAH. Sebaliknya lebih baik kita bersatu fikiran dan tenaga, mengatur strategi dan siasah, dan merangka tugasan da'wah untuk menembusi mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu.

Adakan dialog dan pertemuan dengan mereka. Bagitahu mereka bahawa paderi dan gereja-gereja di Eropah sendiri menolak penggunaan nama ALLAH menggantikan perkataan 'God' kerana tidak selaras dengan konsep triniti ketuhanan mereka kerana ALLAH itu Satu! Bagitahu mereka bahawa ramai penganut Kristian dan banyak gereja di Malaysia sendiri yang tidak mahu mengaku ALLAH itu God! Tanya mereka apakah Ketua Agama Katholik mereka sendiri Pope Benedict di Vatican bersetuju dengan gantinama God sebagai 'ALLAH'!


Jawapannya jelas, mereka telah terpedaya sebegitu lama dalam mempercayai ALLAH itu Tuhan Triniti. Mereka akan tahu kelak bahawa mereka telah disesatkan oleh segelintir golongan yang sudah sedia sesat. Dan bagitahulah mereka bahawa mereka masih boleh mempertuhankan ALLAH itu..hanya dengan berkata "bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun". Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah "Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH".

Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan mentauhidkan ALLAH dan menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia.


Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Muharram 1431
06 Januari 2010

Kontroversi kalimah Allah: Khalid lwn Zulkifli

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah 'Allah'.


Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan keputusan mahkamah itu.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.


Zulkifli tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Khalid mengulas tulisan dalam blog Zulkifli semalam yang menggesa Khalid keluar dari PAS dan menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah tersebut.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Katanya, apa yang membezakan istilah tersebut ialah konsep triniti (dalam Kristian) dan dalam Islam, Allah itu esa.

sumber malaysiakini

Penentang tidak konsisten, kata Mujahid

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa golongan yang membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, tidak konsisten dengan pendirian mereka berkaitan isu melibatkan agama Islam.

Beliau yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional PAS pusat, mengaitkan perkara itu dengan satu cadangan sebelum ini untuk menghalang mana-mana pertubuhan "menggunakan Islam" dalam nama pergerakan mereka.

Mujahid dipercayai merujuk kepada kempen Umno sekitar tahun 2000 supaya PAS tidak dibenarkan menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama parti itu.

"Golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana "menggunakan Islam" untuk kepentingan," tulis Mujahid dalam kolumnya di sebuah portal berita.


"Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan," tambahnya.

Menurut keputusan Majlis Raja-raja pada 22 Mac 2001 itu, "tiada pihak berhak menentukan keIslaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam."

Keputusan yang dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan itu juga memutuskan supaya "ketentuan ke syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah."

"Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu," tulis Mujahid lagi.

"Soalnya lagi, sekiranya Umno sanggup menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, mengapa golongan itu juga mahu melarang orang Islam sendiri menggunakan nama Islam untuk pertubuhan mereka sendiri?

"Kalau mereka mendakwa (penggunaan) nama Allah (oleh Herald Catholic Weekly) akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?" tambahnya.

Beliau mendakwa, dalam kes tersebut Umno dilihat menggunakan hujah yang sama seperti yang disuarakan terhadap penggunaan kalimah Allah tetapi dengan matlamat berbeza.

Tambahnya, interpretasi kepada Perkara 3, 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A) dalam perlembagaan itu merupakan asas yang kukuh kepada Hakim Lau Bee Lan untuk menyampaikan keputusan tersebut.

Mujahid turut menjelaskan bahawa dalil yang menunjukkan keharusan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah juga dilihat lebih kukuh berbanding dalil untuk mengharamkannya.

"Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta'wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta'wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89.

"Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan," katanya yang tidak ada masalah dengan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, namun turut menghormati hak mana-mana pihak untuk mempertahankan pandangan mereka secara perundangan.

Bagaimanapun, katanya, beliau membenci golongan yang berhujah 'atas kebenaran' untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.

sumber malaysiakini

Isu Kalimah 'Allah': Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius perdebatan kalimah Allah yang menjurus dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah The Herald menggunakan 'Allah' sebagai rujukan kepada Tuhan sembahan mereka. Kalimah 'Allah' sepertimana yang difahami oleh orang Islam adalah satu kalimah suci yang membawa erti Tuhan yang Maha Esa.

Pemuda UMNO juga mengambil maklum sentimen di kalangan akar umbi Melayu dan Islam yang begitu risau dengan perkembangan ini, disamping tidak menolak sensitiviti penganut agama Katolik.

Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald. Dialog hasil perjumpaan ini bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak disamping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut ini.

Disamping Pemuda UMNO menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, Pemuda UMNO juga percaya bahawa isu sensitif ini perlu kepada satu penyelesaian yang lebih menyeluruh supaya prinsip saling menghormati dapat dipelihara berdasarkan dialog antara pihak yang terlibat. Pemuda UMNO percaya ini adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan pemahaman merentas batasan kaum dan agama.

sumber khairy jamaludin
Harapan Pemuda UMNO adalah dialog yang dicadangkan ini akan dapat memastikan pandangan kedua-dua belah pihak dapat disampaikan tanpa perlu memanjangkan perdebatan isu ini di dalam akhbar, sekaligus mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum dan agama. Keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kekal sebagai satu perkara yang teramat penting untuk kehidupan seluruh rakyat di negara ini