Sunday 26 July 2009

Pemimpin juga perlu cerminkan diri


KITA setuju dengan kenyataan Muhiyiddin Yassin yang mahu ahli-ahli UMNO mencerminkan diri dalam mencari punca kenapa UMNO atau BN menghadapi kekalahan dalam pilihanraya, kenapa rakyat yang dulunya menyokong kuat gagasan Barisan Nasonal tetapi hari ini telah berpaling arah untuk menyokong pembangkang.
Namun bukan sahaja ahli UMNO perlu mencerminkan diri, pemegang-pemegang jawatan utama dalam kerajaan dan parti juga harus turut sama dituntut mencerminkan dan menginsafi diri bahawa jawatan Menteri, Timbalan Menteri, pegawai-pegawai Menteri seperti SUSK, SETPOL, SUS, Pegawai-Pegawai Khas dan semua pegawai kementerian termasuklah daripada peringkat KSN bukanlah tiket ataupun passport untuk mereka berlagak sombong dan angkuh dengan rakyat.
Ahli-ahli UMNO ataupun rakyat tidak ramai yang salah apabila mereka berpaling untuk menyokong pembangkang kerana mereka mungkin kecewa, benci, sakit hati dengan keangkuhan sebahagian besar puak-puak Menteri dan pegawai Menteri serta kerajaan yang kadangkali menganggap ahli atau rakyat itu seperti kelompok masyarakat yang tidak berguna dan sering mengabaikan ataupun memandang sambil lewa masalah rakyat.
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
Ada pemimpin yang sombong, mungkir janji, menipu ahli dan rakyat dan selalu cakap lain tetapi buatnya lain. Pemimpoin seperti inilah yang menjadipunca rakyat menjauhkan diri dari UMNO dan hanya kerana tidak ada pilihan lain mereka menyokong calon-calon pembangkang.
Lebih mendukacitakan lagi ada kalangan Menteri ataupun pegawai mereka seperti yang berlaku di Kementerian pelajaran yang diketuai oleh Muhyiddin sendiri apabila pegawainya didakwa lebih mementingkan kelompok orang tertentu ataupun rakyat yang menyokong pemimpin tertentu sahaja yang ada ruang serta waktu untuk mengadu masalah mereka.
Mungkin Menteri Pelajaran terlepas pandang kerana sibuk dengan agenda memperkasa serta merekayasakan UMNO tetapi rakyat sudah mula bercerita tentang seorang pegawai ini. Malah ada yang tidak percaya seseorang yang mempunyai pendidikan agama boleh berkelakuan seperti itu dan ini secara tidak langsung boleh mencemarkan imej Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Paling tidak sedap didengar apabila ada yang mendakwa bahawa hanya penyokong-penyokong Mukhriz sahaja akan dibantu dan sesaiapa ahli UMNO terutama daripada kalangan Pemuda UMNO yang bukan penyokong akan dilayan seperti melepaskan batuk ditangga.
Apabila keyakinan ahli UMNO sendiri terhakis dengan sikap Menteri UMNO dan pegawainya yang hanya menganggap ahli UMNO itu hanya mustahak apabila berlaku pertandingan dan disaat itu ditaburkan segala janji-janji manis bahawa mereka akan berkhidmat untuk rakyat, memberikan waktu dan ruang untuk ahli UMNO mengajukan permasalahan rakyat bawahan dan apa sahaja yang membabitkan kepentingan UMNO tetapi apabila sudah terlantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri ataupun pegawai-pegawai tertentu, ahli UMNO yang dulunya mereka tatang bagai menatang minyak yang penuh sebelum menang baik sebagai calon pilihanraya ataupun memegang jawatan di peringkat majlis Tertinggi UMNO tidak pun dipandang sebelah mata dan adakalanya tindakan mereka terhadap ahli dan rakyat begitu sekali mengecewakan.
Rakyat dan ahli UMNO menolak kepimpinan seperti ini kerana kebencian atas sikap hipokrasi mereka. Ada daripada kalangan mereka lebih meletakkan kepentingan diri dan keluarga sebagai keutamaan daripada meninjau dan mengambil berat masalah ahli dan rakyat di bawah. Sebelum menang, rakyatlah segalanya, ahli UMNO kononnya sebahagian daripada pelengkap kejayaan tetapi apabila menang usahkan malas menjawab telefon, sisitem pesanan ringkaspun tidak berjawab.
Golongan usahawan ataupun kontraktor kecil akan merasa kecewa apabila ada Menteri lebih mementingkan pegawai-pegawai ataupun kenalannya sahaja untuk diberikan tender dan juga projek walaupun mereka ini tidak berkemampuan. Ini secara tidak langsung tindakan Menteri itu akan membunuh kecintaan para usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor untuk mempertahankan UMNO sebagai sebuah parti yang didokong oleh pemimpin yang bertanggungjawab dan kesannya seperti berlaku di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang, rakyat menghukum UMNO dan dibantu oleh orang-orang UMNO untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Kita melihat betapa bersungguhnya Perdana Menteri Najib merancang dan membina semangat Negara melalui gagasan 1 Malaysia tetapi malangnya masih ada Menteri ataupun pegawai-pegawai kerajaan yang seakan tidak mahu memahami kandungan 1 Malaysia itu malah setakat ini tidak semua Menteri tahu untuk memperjelsakn kepada rakyat tentang penerapan gagasan 1 Malaysia. Kerana itulah 1 Malaysia dianggap Malaysia Malaysian tajaan DAP.
Seperti awal tadi, kita setuju dengan ungkapan Muhiyidin itu tetapi kita kena lebih bersetuju bahawa sikap pemimpinlah yang menjadikan ahli UMNO kecewa, tawar hati dan pemimpin seperti ini harus berubah kalau mereka mahu menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. Rakyat sedang memerhatikan kejujuran mereka ini dan ahli UMNO juga sedang melihat manifesto pemimpin dalam merealisasikan janji mereka `Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Oleh itu pemimpin seperti ini harus cerminkan diri mereka. Bila ahli UMNO dan rakyat mula menjadi benci, penawar kepada kebencian ini adalah menjadikan UMNo dan BN kehilangan kuasa untuk memrintah Negara ini. PRU13 adalah saat nazak UMNO sekiranya pemimpin tidak berubah. Berubah maksud Perdana Menteri Najib adalah pemimpin dan UMNO tidak boleh berubah kerana sebagai institusi, UMNO berdiri dengan peraturan serta tanggungjawabnya dan yang banyak merosakkan UMNO adalah sebahagian besar pemimpinnya yang angkuh apabila sudah mula memegang kuasa.Rakyat dan kita semua sedang menilai penanda aras semua yang sedang berkuasa ketika ini.
Perdana Menteri Najib sendiri pun jangan terlalu mendengar pandangan Penasihat-Penasihat yang kadang-kadang boleh menjadi PUNAHSIHAT tentang sikap serta perilaku Menteri, Timbalan Menteri dan seluruh kepimpinan UMNO di semua peringakt. Mereka ini kadang-kadang ada banyak wajah. Depan Perdana Menteri merekalah sebenarnya pengampu yang boleh membawa sial kepada UMNO dan BN.
sumber malaysia hari ini

1 comment:

  1. perlu cerminkan muka sendiri sebelum mencerminkan muka orang lain atau bersama-sama dalam mencerminkan muka masing-masing.banyak kelemahan dalam .di mana penilaian yang di perkatakan dalam menunjukkan penanda aras setiap pemimpin.dimana janji yang di bawa untuk meningkatkan ekonomi melayu.dimana janji untuk menyatupadukan ahli umno yang sering bertengkar dan memburukkan pemimpin di dalam blog dan alam maya.di mana janji untuk merapatkan kembali bekas pemimpin yang sering menyerang pemimpin lain.pemimpin akan di ubah oleh rakyat yang sering memperbodohkan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete