Tuesday 5 May 2009

isu kouta 30% dalam sub-sektor perkhidmatan

Friday, April 24, 2009

ISU KOUTA 30% DALAM SUB-SEKTOR PERKHIDMATAN
Ada beberapa orang pembaca blog ini yang meninggalkan komen bertanya mengenai penghapusan kouta 30% dalam sub-sektor perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu.Dengan penuh kerendahan hati, saya mohon maaf tak dapat menulis panjang mengenai tajuk ini disebabkan keterbatasan masa. Bagaimanapun, izinkan saya berkongsi pandangan ringkas di sini:(1) Orang Melayu sensitif dengan perkataan "kouta 30%". Orang Melayu seolah-olah sudah terbelenggu dengan kouta 30%. Saya nak tanya, mengapa 30%. Mengapakah bukan 60%?(2) Masih ada rakyat yang tidak memahami apa yang dihapuskan. Bukti tak faham ialah apabila ada yang bertanya komen saya mengenai "penghapusan kouta 30% dalam sektor perkhidmatan awam"! Adusss ...(3) Kouta 30% saham Bumiputera dalam pemilikan syarikat yang terlibat dalam 27 sub-sektor itu dibuat bagi menentukan penglibatan Bumiputera dalam sektor berkenaan. Maksudnya, mana-mana syarikat yang nak jalankan perniagaan, kena peruntukkan kouta 30% saham kepada Bumiputera.Adakah ini satu-satunya cara untuk Bumiputera terlibat dalam sub-sektor berkenaan? Saya fikir tidak. Ada lagi cara lain.Pendirian saya dalam soal ini ialah saya setuju kalau saham itu dimiliki oleh usahawan jati Bumiputera. Kalau setakat gunakan nama atau jadi proksi saja, saya tak setuju. Ia menyusahkan orang lain yang nak berniaga.Bagaimanapun, saya nak lihat penglibatan Bumiputera dalam sub-sektor ini bukan dengan memiliki saham proksi dalam syarikat-syarikat tersebut, tetapi sebagai usahawan sejati.Oleh itu, saya nak cadangkan agar kerajaan tentukan syarikat-syarikat Bumiputera terlibat dalam sub-sektor ini melalui pemberian insentif, kontrak, permit dan sebagainya. Saya fikir itu cara yang lebih baik dan hak Bumiputera ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Usah ada sesiapa yang mempertikaikan hak ini. Bumiputera mesti menuntut hak ini.(3) Saya telah melihat senarai 27 sub-sektor itu. Saya tidak pasti sejauh manakah penglibatan usahawan jati Bumiputera dalam sub-sektor tersebut. Sekali imbas, saya melihat ia bukanlah sub-sektor yang ramai penglibatan Bumiputera. Kalau begitu, kerajaan kena mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan penyertaan mereka.
Dipetik dari http://nobisha.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment