Wednesday 26 August 2009

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan


Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan
Salhan K Ahmad
Ogos 26, 09
5:14pm

Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.


Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan.

"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang.


"Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.


"Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya apabila sebatan dilaksanakan, tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak," katanya hari ini.

"Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja." [Baca juga: Hukuman rotan syariah tidak melukakan]

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi.

"Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris.

"Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh."

Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.


"Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan.

"Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada Malaysiakini.

"Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan.


"Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

"(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya

sumber malaysia kini

Imej agama apa yang kita mahu?
Norhayati Kaprawi
Ogos 25, 09
12:50pm

komentar Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.


Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal.

Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: "Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat Al-Qur'an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An'aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?


Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)

sumber malysiakini

Jangan salah guna kuasa Menteri Besar - Khairy

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa bagi membolehkannya membayar hutang bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut tidak seharusnya dibuat memandangkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang telah mendakwa ia mengamalkan sistem pentadbiran yang telus.


''Ini bukan satu jumlah hutang yang kecil. Saya berharap jangan sampai ada penyelewengan atau salah guna kuasa selaku Menteri Besar kerana hendak menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas langkah Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur semalam yang memerintahkan Abdul Khalid supaya melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) kepada BIMB yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad lapan tahun lalu.


Khairy ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 26 April 2007, pernah mendedahkan Abdul Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu telah membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat perladangan tersebut.


Sekiranya rayuan Menteri Besar Selangor itu gagal, kata Khairy, pihaknya mahu beliau mendedahkan langkah-langkah yang akan dibuat bagi membayar hutang tersebut.


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula berkata, isu hutang Abdul Khalid itu pernah dibangkitkannya pada sesi sidang DUN Selangor.


''Selama ini beliau cuba menyorokkan masalah hutang beliau. Saya pernah bertanya dalam DUN tetapi beliau mengelak untuk memberikan penjelasan.


''Beliau juga telah berbohong kepada rakyat Selangor apabila tidak mendedahkan jumlah hutang dengan BIMB dalam pengisytiharan harta yang telah beliau muatkan dalam Internet. Saya percaya mungkin ada banyak lagi hutang tersorok yang tidak diketahui umum.


''Saya berharap beliau dapat berlaku jujur dengan memberitahu umum semua masalah kewangannya, supaya rakyat tahu bagaimana beliau akan menyelesaikan semua hutang dan daripada mana punca datangnya wang itu," katanya.


Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor berharap, rakyat negeri itu dapat berfikir dengan lebih jelas apa yang akan berlaku pada negeri terkaya di Malaysia kerana ia kini ditadbir seorang Menteri Besar yang kononnya hebat tetapi menghadapi kemungkinan muflis.


''Beliau selalu bersikap bangga diri dengan menyatakan dia adalah tokoh korporat hebat yang telah merancang ekonomi Selangor dengan teori ekonomi andaian.


''Andaian pendapatan pasir RM170 juta, tetapi realitinya hanya dapat RM4 juta. Pembuangan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri juga telah berlaku dan ada cadangan penutupan Perbadanan Pertanian Selangor.


''Semua ini adalah antara petanda kewangan Selangor dalam keadaan tenat dan saya tidak terkejut jika negeri ini juga akan menagih simpati Kerajaan Pusat untuk menampung perbelanjaan mengurus seperti Kelantan," ujarnya.


Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan paling bermaruah yang boleh dilakukan Abdul Khalid ialah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.


''Ini bagi membolehkan beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah peribadinya.


''Beliau telah membuat kenyataan boleh membayar hutang berkenaan. Kita hendak beliau bersikap telus untuk menerangkan kepada rakyat daripada mana dia dapat mengumpulkan wang sebanyak itu,'' katanya.


Mengulas isu sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, isu terbaru itu membuktikan kewibawaan Menteri Besar berkenaan kini menjadi tanda tanya semua pihak.


''Beliau sebenarnya telah gagal dalam mentadbir negeri Selangor berikutan timbulnya banyak isu ketika pemerintahannya dan ini termasuk cadangan menggunakan wang zakat untuk membiayai pentadbiran,'' katanya.

sumber prokhairy

menang di puji kalah dicerca dan di hina

menang di puji kalah dicerca dan di hina

umno di tewaskan lagi untuk pilihan raya di permatang pasir.belum sekali pun umno dan barisan nasional menang dalam pilihan raya di semenanjung malaysia semenjak 8mac yang lepas.seperti biasa umno akan memastikan salah seorang dari ahli mereka akan menjadi kambing hitam bagi menutup kelemahan mereka.maka calon yang tewas dari umno telah di jadikan alat bagi menutup kelemahan mereka.pelbagai tohmahan yang di terima sebaik tewas dalam pilihan raya kecil yang terbaru ini.sepatutnya umno perlu mempertahankan calon yang mereka letakkan.sudah pasti calon yang diletakkan telah di restui oleh pucuk pimpinan dan ketua perhubungan jadi dari akar umbi hingga ke atas perlu mempertahankan calon mereka.apa yang pasti ramai yang telah mengetahui semenjak dari 8mac umno sering menyalahkan orang lain dari diri mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakyat telah di menolak mereka kerana sikap mereka sendiri.sepatutnya umno harus mempertahankan calon mereka walaupun calon mereka tewas.lihatlah seperti yang di amalkan oleh pas walaupun calon mereka seorang penjual ikan namun mereka akan mempertahankan calon mereka dengan penuh keyakinan.sikap hanya menyalahkan orang lain harus di hakis dan umno harus berubah jika umno ingin kekal dalam pilihan raya akan datang.

ANALISIS PILIHANRAYA PERMATANG PASIR
Malam tadi saya di Analisis Awani (Astro Awani), berbicara mengenai pilihanraya kecil Permatang Pasir. Bersama-sama saya ialah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Abdul Aziz. Hos Suhaimi Sulaiman, Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar seperti biasa mewawancara kami bertiga.

Bagi yang tidak sempat menonton rancangan tersebut, saya catatkan beberapa komentar tadi:

1. Sementara saya menerima hakikat bahawa Barisan Nasional berjaya mengurangkan majoriti PAS, namun dilihat dari sudut ratio undi yang diterima oleh kedua-dua parti, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Pada tahun 2008, PAS mendapat 11,004 undi berbanding Barisan Nasional sebanyak 5,571. Ini bermaksud untuk setiap satu undi untuk Barisan Nasional, 1.9 undi pergi kepada PAS. Dalam pilihanraya 2009, PAS mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional meraih 5,067 undi; iaitu ratio yang sama (1:1.9) seperti pilihanraya sebelumnya.

2. Dari perspektif pemasaran politik, saya melihat ia boleh mengambil tiga bentuk iaitu (a) product-oriented -- sesuatu kempen merasakan ia mempunyai produk (calon, parti dan idealisme) yang baik dan berusaha memasarkan produk tersebut kepada pengundi; (b) sales-oriented -- menganggap bahawa apa produk pun boleh dijual dengan syarat kaedah pemasarannya betul; dan (c) market-oriented -- bersikap reponsif kepada kehendak pasaran / pengguna.

3. Apa yang saya lihat di Permatang Pasir ialah Barisan Nasional masih lagi menggunakan pemasaran berasaskan produk (product-oriented). Ia cuba memasarkan calonnya walaupun berhadapan dengan beberapa isu yang tidak disenangi oleh pengundi (isu pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua). Nampaknya Barisan Nasional masih belum bersedia untuk menggunakan kaedah pemasaran berasaskan pasaran (market-oriented), iaitu menjual sesuatu yang diperlukan oleh pengundi. Sepatutnya apabila pengundi memberikan isyarat penolakan kepada calon, maka Barisan Nasional harus mengubah strateginya.

4. Saya bertanya apakah mesej teras (core message) yang ingin disampaikan oleh kempen Barisan Nasional kepada pengundi. Apa yang saya lihat ialah ketiadaan mesej teras. Kalau ada, kempen Barisan Nasional gagal berkomunikasi dengan baik mesej ini secara yang mudah dan boleh difahami oleh mereka.

5. Dalam pemasaran politik, seseorang pemimpin adalah jenama. Di Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah jenama politik. Dia sudah lama di situ dan sebati dengan pengundi Permatang Pasir. Apabila bertarung dalam kawasan tersebut, apakah jenama Barisan Nasional yang boleh menyaingi populariti jenama tersebut di situ?

6. Saya juga melihat kegagalan pengurusan krisis. Apabila calon Barisan Nasional dihadapkan dengan dua dakwaan iaitu yang berhubung dengan pengguguran pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua, sebaik-baiknya dia mengamalkan "Principle of Honesty". Ia adalah konsep asas dalam perhubungan awam. Pertama, akui kesalahan dan terangkan sepenuhnya apa yang berlaku. Usah berselindung dan membiarkan lawan mengorek rahsia, apatah lagi menafikannya. Kedua, nyatakan kekesalan dan sebutkan apakah yang telah dilakukan bagi membetulkan kesalahan tersebut. Dan, ketiga, mohon kemaafan kepada semua pihak terlibat. Sekiranya ini dilakukan, pengundi akan melihat calon sebagai seorang yang jujur dan berintegriti.

7. Saya melihat pendekatan Pakatan Rakyat sebelum dan selepas PRU12 ialah pertentangan kelas. Rentetan strategi pakatan tersebut menjurus ke arah itu. Dalam politik pertentangan kelas, golongan bawahan akan sentiasa menang kerana mereka adalah kelompok majoriti. Saya fikir Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memahami perkara ini dan sebab itulah beliau memperkenalkan pendekatan "Rakyat Diutamakan." Malangnya, saya tidak fikir ia telah diterjemahkan dalam bentuk pendekatan strategik bagi menghadapi kempen Pakatan Rakyat. Itu adalah antara punca kekalahan Barisan Nasional.

8. Dalam Analisis Awani juga saya menyebut pengundi memilih calon PAS yang tidak berpeluang menjalani proses saringan awam. Oleh kerana tumpuan hanya kepada calon Barisan Nasional, maka calon PAS tidak menjadi fokus. Pengundi tidak berpeluang melihat baik-buruk calon PAS secara mendalam, seperti mana mereka menilai calon Barisan Nasional. Saya sebutkan bahawa dalam pilihanraya ini, proses membuat keputusan ialah melalui kaedah penolakan di mana pengundi menolak calon Barisan Nasional yang dilihat sebagai bermasalah.

Itulah antara perkara-perkara yang sebutkan dalam Analisis Awani tadi.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB Salleh Man. Selepas enam kali mencuba, beliau terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Manfaatkanlah kesempatan ini untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya dalam pilihanraya tersebut.

Bagi Barisan Nasional, saya sarankan agar melihat semula kepada kekuatan dan kekurangan parti itu. Reformasi dalam Barisan Nasional dan UMNO bukan saja hendaklah disegerakan, namun yang lebih penting ialah menentukan rakyat dapat melihat dan merasai perubahan itu.

Selain itu, Barisan Nasional hendaklah juga menilai kembali jentera kempennya, khusus proses komunikasi dengan pengundi. Manfaatkanlah data dan maklumat bagi memahami apakah yang dikehendaki oleh pasaran (pengundi). Walaupun Barisan Nasional dan UMNO sering merasakan ia mempunyai produk yang baik, apa yang penting sekarang ialah menyesuaikan produk tersebut dengan kehendak pasaran.

Oh ya, bila nak mulakan? Sekarang, besar kemungkinan selepas ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan berkampung di DUN Kota Siputeh pula!

sumber nobisha

Monday 24 August 2009

YB RADZHI

Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.
Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".
Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.
Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!
Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.
Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.
Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.
Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).
Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.
Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.
Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, insyallah!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009

Mohd Radzhi Salleh

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah lama berniat meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati akibat kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti, kata seorang pembantunya.

Elias Saad berkata Mohd Radzhi mulai kini berhak bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk meneruskan agenda Melayu yang, menurutnya, menjadi "agenda perjuangan yang terpendam selama ini."

"Perkara ini dia sudah lama simpan, baru sekarang diluahkan. Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri," kata Elias ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau, seorang pembantu pentadbiran di pusat khidmat masyarakat ADUN itu, menjelaskan Mohd Radzhi berdepan dengan masalah dana - sama ada peruntukan kerajaan negeri atau sumbangan parti itu - untuk menjayakan program di kawasannya.

"Apabila saya majukan permohonan untuk peruntukan (kepada negeri), susah nak dapat. Kerajaan negeri kita pun bukannya ada duit sangat," katanya.

"Susah juga nak dapatkan dana daripada parti."

Tambahnya, Mohd Radzhi juga sudah lama tidak bersetuju dengan gejala perpecahan dalaman PKR yang melibatkan barisan pemimpin atasan parti.

"Beliau sudah lama tidak puas hati dengan pucuk pimpinan yang mengamalkan politik kabilah (berpuak-puak)," katanya lagi.

Elias bagaimanapun enggan menjelaskan dakwaan tersebut dengan alasan tidak mahu turut terlibat dengannya, sambil menambah persoalan ini berkaitan rapat dengan perlembagaan parti.

"Kita terpaksa ikut dengan banyak kehendak parti. Itu tak boleh, ini tak boleh," katanya lagi.

Beliau juga enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa Mohd Radzhi pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak tahu, kena tanya dengan dia sendiri, tidak adil kalau saya bercakap bagi pihak dia," kata Elias

sumber malaysiakini

Friday 21 August 2009

Pembangkang cakap tak serupa bikin

Peguam Negara diarah membatalkan arahan pentadbiran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mensyaratkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh menjalankan siasatan pada waktu pejabat sahaja.

Sambil menyifatkan pembangkang ‘cakap tak serupa bikin’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berikrar akan melawan habis-habisan hasrat Khalid itu kerana ia jelas menyekat kebebasan SPRM sebagai sebuah badan bebas.

"Apa yang dilakukan pembangkang adalah 'cakap tidak serupa bikin'. Saya tidak setuju dan mahu supaya Peguam Negara mengambil tindakan untuk sama ada ke mahkamah bagi membatalkan arahan Menteri Besar Selangor itu.

"SPRM sebuah suruhanjaya bebas dan ia mesti mengikut peraturan dalam penyiasatan termasuk terkawal oleh undang-undang negara, tetapi tidak boleh terbatas dengan arahan pentadbiran daripada Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang media selepas melawat Kompleks Mahkamah Kuching hari Ahad.

Nazri berkata demikian memngulas syarat Khalid kepada SPRM agar tidak melakukan soal siasat terhadap pemimpin pakatan pembangkang pada waktu pejabat.

Sejak sebulan lalu SPRM banyak melakukan siasatan terhadap pemimpin pakatan pembangkang di Selangor ekoran adanya dakwaan mereka melakukan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Ekoran siasatan tersebut, pakatan pembangkang mula melancarkan kempen memburukkan SPRM dan menyifatkan siasatan yang dijalankan bermotifkan politik. – 16/7/2009


sumber agenda daily





















Komen-komen di sebilangan laman web dan blog sudah menghentam sakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Malah ada yang guna perkataan ‘bastard’ dan bahasa-bahasa kesat lain.

Itu semua gara-gara laporan-laporan yang cuba mengambarkan seolah para pegawai SPRM bertindak kasar semasa cuba menahan pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Siapa saja yang menyaksikan kejadian pada pagi Jumaat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek di Sepang tahu insiden itu tidak akan berlaku jika Wong yang juga ahli Majlis Perbandaran Sepang dan juga seorang kontraktor tidak bergelut dengan para pegawai SPRM yang hendak membawanya ke ibupejabat mereka di Putrajaya.

Masalahnya di sini ialah misteri kejadian kematian misteri Teoh Beng Huat hendak dijadikan lesen untuk mempertikaikan segala tindakan SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

Ini lebih-lebih lagi dengan adanya pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan kakitangannya disoal siasat oleh SPRM di luar pejabat mereka.

Tindak tanduk yang cuba menghalang SPRM menjalankan tugas mereka dan perlu ikut peraturan yang dibuat oleh pihak luar tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Inilah yang dikatakan mendorong Wong cuba lari hingga berlaku pergelutan di depan pusat khidmat itu hingga dia terjatuh.

Laporan mengenai dia terjatuh akibat gelagatnya sendiri dan luka dialaminya menjadi hal yang diperbesarkan dalam laporan sesetengah laman web dan blog.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM Sazali Salbi menjelaskan luka yang dialami Wong kerana dia terjatuh ketika bergelut dan bukan akibat tindakan kasar para pegawai SPRM.

Semuanya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi bila para pegawai SPRM pergi ke pusat khidmat itu untuk menemui Wong di situ.

Sebuah laman blog Truth For Teoh Beng Hock yang tidak diketahui siapa pengendalinya telah mendakwa Wong paling banyak menerima projek di kawasan berkenaan,

Wong dikatakan mempertikai langkah para pegawai SPRM hendak menahannya sebagai suspek dan akan dibawa ke ibupejabat SPRM kerana mendakwa sebelum itu dia beritahu yang dia akan disoal siasat sebagai saksi sahaja.

Sebelum berlaku pergelutan itu para pegawai SPRM telah menemui Wong dalam pejabat pusat khidmat berkenaan.Turut serta ialah peguam yang mewakili Wong.

Keadaan menjadi kecoh bila Wong hendak dibawa turun ke kereta SPRM.

Berbagai gelagat Wong selepas berlaku pergelutan termasuk mendakwa dia cedera di kaki.


Ronnie Liu yang tiba kemudiannya telah membawa Wong untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek – atas alas an nak jamin keselamatannya .

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital serdang untuk di X-Ray.Para pegawai SPRM turut serta.

Akhirnya selepas rundingan pihak SPRM bersetuju membenarkan Wong dibebaskan dengan ikat jamin.Dia dikehendaki menyerah diri kepada SPRM pada 20 Ogos ini.

Apa yang menjadi tandatanya ramai ialah apa akan jadi pada tindakan SPRM nak menyiasat jika gelagat seperti ini berterusan.Semuanya mengunakan alasan kematian Teoh.

Macam-macam aksi boleh dilakukan untuk sengaja bikin kecoh dan mencetuskan kontroversi bagi mendorong orangramai memandang serong pada apa jua nak dilakukan oleh SPRM.-14/8/2009

sumber agenda daily

Wednesday 19 August 2009

Yusri dakwa jadi kambing hitam



status kelayakan bertanding calon BN N.11 permatang pasir, saudara rohaizat bin osman





















Sila klik untuk membesarkan imej di atas. Dalam surat tersebut, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah menarik balik aduan kepada calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman kerana telah menyelesaikan semua aduan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak mereka. Koperasi juga meminta Majlis Peguam melepaskan Rohaizat dari semua aduan. Surat itu bertarikh 28 Mac 2008.

sumber nobisha

KENYATAAN RASMI PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO MALAYSIA

(1) STATUS KELAYAKAN BERTANDING CALON BN N.11 PERMATANG PASIR, SAUDARA ROHAIZAT BIN OSMAN

Banyak telah diperkatakan di dalam akhbar dan juga blog-blog berkenaan status saudara Rohaizat bin Othman, calon BN N. 11 Permatang Pasir untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil ini. Begitu juga berkenaan tindakan tatatertib terhadap beliau oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara. Pejabat ini ingin menjelaskan perkara berikut.

Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir.

(2) ISU TINDAKAN TATATERTIB OLEH LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA & PEGUAMCARA TERHADAP SAUDARA ROHAIZAT BIN OTHMAN

Di dalam Usul Pemula No. 25-33-2008 di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, Saudara Rohaizat bin Othman telah menyatakan keterangan bersumpah seperti berikut:-

(a) Transaksi jual beli sebidang tanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad [“Koperasi itu”] dikendalikan sepenuhnya oleh bekas rakan kongsi beliau;

(b) Pada masa aduan dibuat oleh Koperasi itu, bekas rakan kongsi beliau telahpun meninggalkan firma beliau, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat;

(c) Beliau telah hadir bicara kali pertama di hadapan “Disciplinary Committee” pada 11/9/2007 dan kerana kesuntukan masa, telah ditangguhkan ke tarikh 14/11/2007 bagi beliau memberikan penjelasan sewajarnya;

(d) Malangnya pada 14/11/2007, beliau telah jatuh sakit dan sesalinan sijil sakit telah difakskan kepada ahli “Disciplinary Committee” pada hari itu juga dan telah menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut;

(e) Pada 14/3/2008, beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12/3/2008 daripada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dengan satu salinan Perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftarai Peguambela dan Peguamcara; dan

(f) Isu tuntutan Koperasi itu telahpun diselesaikan sepenuhnya dan Koperasi itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28/3/2008 mengesahkan perkara ini.

Rentetan peristiwa di atas jelas menunjukkan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman telah sanggup mengambil tanggungjawab sebagai rakan kongsi di dalam firma tersebut. Walau apapun, beliau telah mnyelesaikan segala bayaran yg tertunggak bagi membersihkan nama baik beliau dan firmanya.

Tindakan tatatertib yang diambil terhadap beliau adalah atas kapasiti bersesama dan berasingan [“joint and several liability”] di dalam undang-undang lazim perkongsian selaras dengan Akta Perkongsian 1961. Malahan, rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman akan terdedah kepada liabiliti yang tidak terhad termasuklah perilaku jenayah, kecuaian dan pengabaian rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman. Ini bukanlah suatu pembahagian liabiliti yang adil tetapi itulah bagaimana firma guaman diwujudkan di Malaysia tatkala ini.

Justeru itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman diadukan atas kapasiti perseorangan beliau sebagai seorang pengamal undang-undang walhal beliau adalah rakan kongsi di firma tersebut dan liabiliti beliau adalah terpaut kepada firma guaman beliau juga. Adalah diakui setakatmana bahawa tindakan yang diambil terhadap beliau adalah dibawah Seksyen 103D Akta Profesyen Undang-Undang 1976 tetapi itu samalah seperti tindakan diambil terhadap pengarah Syarikat yang diperbadankan.

Tindakan tatatertib ini sama prosesnya seperti badan-badan professional yang lain i.e. Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Akitek Malaysia. Di dalam konteks UMNO pula, ianya sama seperti Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan salahlaku tataetika ahlinya tetapi tidak bermakna ahli UMNO itu telah melakukan pecah amanah dan sebagainya.

Akhir kata, isu berkenaan kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 manakala isu tindakan tatatertib pengamal undang-undang hanyalah tertakluk kepada Akta Profesyen Undang-Undang 1976. Tidak ada kaitan antara kedua-duanya dan oleh itu, tidak timbul isu salahlaku jenayah [criminal misconduct] kecuali adanya sabitan di Mahkamah dan hukuman dijatuhkan dan tiada pengampunan diberikan.

Sekian. terima kasih.

DATUK MOHD HAFARIZAM HARUN

Monday 10 August 2009

Replika Najib di Batu Caves jadi isu

kemaskini 5.18pm Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".


ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".


Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

Pendirian Terhadap Replika DS Najib dan Jawapan Terhadap PKR
Disiarkan pada Aug 10, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
Saya yang berada di luar negara baru tahu tentang replika itu, walaupun PKR telah menempelak saya seperti yang disebut dalam Malaysiakini kerana tidak membantah. Saya konsisten menyatakan seperti mana replika DS Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika DS Najib. Selain daripada ia berunsur berlebih-lebihan memuja pemimpin atau mengampu, ia juga tidak memberikan apa-apa kekuatan kepada politik seseorang.

Pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjanya, bukan pada besar kecil patungnya. Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya ini melihat sejauh mana konsistensi pihak yang membolehkannya dahulu. Malaysiakini melaporkan bahawa PKR ingin mendengar pendirian saya, maka ini pendirian saya.

Saya pula ingin melihat pendirian mereka yang dahulu membolehkannya. Sepatutnya, mereka yang mempertahankannya untuk DS Anwar Ibrahim, mereka juga kena mempertahankannya kali ini. Mengapa ia berubah-ubah jika untuk orang lain, dan hanya dibolehkan untuk pemimpin sendiri sahaja. Itulah politik. “Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul”.

Alhamdulillah, generasi muda mulai sedar, kebanyakan permainan politik ini hanya memperbodohkan masyarakat. Ramai anggota PKR datang dari lubuk yang sama, iaitu BN. Nama berbeza, mentaliti dan sikap belum tentu?!

-dr mohd asri, lampeter, uk.

Friday 7 August 2009

Jeff and Jim

Jeff and Jim
Jelutong MP YB "Jeff" Ooi Chuan Aun's labelling and profiling of Jemaah Islah Malaysia (JIM) as an extremist organisation was uncalled for and counter-productive to the agenda of promoting empathy and understanding between various groups - an agenda of paramount importance if Malaysian society is to rest on more harmonious grounds.Whilst Ooi has retracted his remarks after widespread criticism and no less than a directive from his boss, Penang Chief Minister YAB Lim Guan Eng, the withdrawal was grudging and miles short of an apology; instead Ooi stressed in the same statement that "it is important to establish the relevant context". His refusal to apologise and grudging tone in retracting the comments belie Ooi's stubborn ego and/or his genuine belief that the initial remarks he made about JIM in his public spat with PKR municipal councillor and JIM member, Mohd Razali Abdullah, were appropriate and justified.I am uncertain as to what "context" Ooi meant; the context I understand is one where JIM is a registered organisation with close ties to Penang DAP Socialist Youth (DAPSY) in tackling social issues, and in which PKR Kuantan MP, YB Fuziah Salleh, was leader of its women's wing. In fact, the Abolish ISA Movement (GMI), with whom DAP and Ooi are happy to associate themselves, is chaired by JIM's Deputy President Hj Syed Ibrahim Syed Noh. If nothing else, these and other instances prove that JIM is very much a mainstream organisation with strong presence in the Opposition and civil society movements friendly to it.Ooi's initial outburst called for Mohd Razali's exit from local government based among other things on the latter's participation in JIM and its goal to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law, which according to Ooi's warped logic, makes JIM an extremist organisation. While he's at it, shouldn't Ooi then be prepared to ask DAP to cut ties with PAS since, indicative of the party's agenda, PAS's two top leaders as recently as April 2008 revealed hopes - if not plans - for Pakatan Rakyat to accept the "Islamic state ideology"?The point here is not JIM's agenda. In the larger context it also isn't just about Ooi's misguided religious profiling which exposes his ignorance of and prejudices against Islamic political/social movements by branding them as 'extremist' out of hand. The point is about dealing with perspectives and objectives of different groups by including them in our difficult but necessary national discourse that will determine our collective future. BN and UMNO may not share JIM’s policy priorities but if we want an elevation in our politics, we must be prepared to actively engage, respect and empathise with views not similar to ours. Instead, if politics were based on exclusivity and intolerance, ours would be a society in constant tension – with one group pitted against another and little dialogue occurring.Even if he was never a beacon of empathy and sensitivity during his days as a 'sopo' blogger writing about how pork should be served in hotels, I would have thought that Ooi the politician understood the need to deal with differing views without publicly dismissing them as extreme. After all, he serves a fledgling political coalition struggling to gloss over the many inconsistencies and in-fighting stemming from, dare I say, fundamentally irreconcilable ideologies. If there isn't empathy within Pakatan Rakyat itself, we can scarcely expect a 'prospective' PR government to genuinely lead all of Malaysia and a society that yearns so much to be strengthened by its diversity yet united in mutual compassion.

sumber khairy jamaludin


DAPSY: Jeff Ooi tak wajar heret JIM
Ogos 6, 09 2:25pm
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang berasa tidak wajar bagi ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengheret Jemaah Islah Malaysia (JIM) dalam pertelingkahannya dengan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah.Oleh itu, Setiausaha DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik meminta perselisihan faham di antara Jeff dan JIM ditangani segera.
Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.
Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ng berkata: "Bagi DAPSY, JIM merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dan selama ini, kami pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi. "Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat," kata Ng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Oleh itu, katanya, DAPSY berpendapat JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis, tetapi gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti dakwah serta pembangunan sosial, sebagai teras aktivismenya."DAPSY memandang serius terhadap kenyataan Y.B. Jeff Ooi yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam. "Namun, kami percaya ini bukanlah tujuan asal Y.B. Jeff Ooi untuk menyinggung perasaan umat Islam," tambahnya.Oleh itu, katanya, DAPSY berharap hubungan pemimpin DAP atau DAPSY dengan JIM secara khususnya atau masyarakat Islam secara amnya, tidak akan terjejas dengan kenyataan Jeff itu."Dengan itu, DAPSY berharap sebarang perselisihan faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM dapat ditangani dengan segera," tegasnya lagi.
Jeff juga merupakan ketua kakitangan di pejabat ketua menteri serta ahli jawatankuasa pusat DAP.

sumber malaysiakini


Jeff, tarik balik kenyataan isu JIM jika...
Ogos 6, 09 2:42pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta ketua kakitangannya, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya mengenai Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) jika ia tidak wajar dibuat.Lim berpandangan bahawa JIM bukan sebuah badan ekstremis seperti yang disebut oleh Jeff terhadap salah seorang ahli jemaah tersebut, juga juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.Kenyataan Jeff itu turut dibantah oleh gabungan 27 NGO Islam yang mengemukakan memorandum semalam menuntut ahli parlimen Jelutong itu memohon maaf.Angkatan Muda PKR Pulau Pinang juga turut menyerahkan memorandum bantahan yang sama ke pejabat ketua menteri hari ini.Manakala, dalam kenyataan hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga berasa tidak wajar bagi Jeff Ooi mengheret JIM dalam pertelingkahannya dengan Mohd Razali.Oleh itu, Setiausaha DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik meminta perselisihan faham di antara Jeff dan JIM ditangani segera.Ng berkata, DAPSY berpendapat JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis dan pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi."Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat," kata Ng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

sumber malaysiakini


Jeff Ooi tarik balik 'JIM ekstremis'
Ogos 6, 09 7:49pm
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan menarik balik kenyataanya yang mendakwa Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan ekstremis, atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Katanya, beliau telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu "adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu"."Oleh itu, saya akan mematuhi sepenuhnya arahan tersebut," kata Jeff dalam satu kenyataan lewat petang ini.Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali Abdullah - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.Bagaimanapun, dalam kenyataannya hari ini, Jeff berkata, bagi memperjelaskan perkara itu, maka adalah penting untuk melihatnya dari kontak ia dibangkitkan.Persekitaran kompleks yang membawa kepada pelantikan Mohd Razali menganggotai OSC di bawah MPPP - terutamanya sebagai ahli JIM yang dicalonkan mewakili PKR, dan tindak tanduknya dalam mesyuarat-mesyuarat OSC - telah menjadi beban politik kepada kerajaan negeri."Kita kini akan berurusan dengan beliau dan penerusan keanggotaannya dalam OSC melalui saluran politik," tegas Jeff yang juga ketua kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.Oleh itu, tambahnya, ia juga amat penting bagi semua pihak yang berkenaan, menghentikan segera pemprofilan agama yang negatif terhadap pemimpin DAP.Demi kemajuan masa depan Pulau Pinang, kata Jeff, beliau akan terus bercakap mengenai isu-isu yang membabitkan soal urustadbir serta memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan parlimen Jelutong.

malaysia kini

Pemuda UMNO cabar Pemuda PAS bersama tentang pihak hina Islam

















Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam07/08/2009 11:12pmMARANG 7 Ogos - Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut.“Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,” katanya. - BernamaDAP KURANG AJAR MAHU TIKAM BELAKANG RAKAN BAIK MEREKA PAS DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas SelangorPETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini.Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Dr Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media."Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini. Komen PBKepada blogger yang kritik Khairy mengenai isu hina Islam yang mana dia kata "Mana Ketua Pemuda UMNO " . Aku nak bagitahu dia jangan kalut sangat @ main serbu tak tahu punca. Pemuda UMNO tahu hendak bertindak dan 14 Ogos nanti Pemuda akan turun berceramah besar-besaran di Shah Alam .Bawa sekali mai Penceramah Terkenal Ustaz Kamal Saidin sekali untuk cerita tentang DAP Kafir Harbi ini yang patut ditolak oleh PAS . Isu sekarang ini bukan lagi isu politik tetapi Isu Islam dan semua umat Islam terguris hati dengan penghinaan sebegini oleh pemimpin DAP. Politik PR di Selangor semakin bercelaru sekarang , umat Islam di Selangor dihina dan juga di Pulau Pinang . DAP wajib ditolak oleh orang MELAYU SEMUA !! Sejarah telah menunjukkan mereka ini daripada dahulu menentang ISlAM dan kini kita sejarah ini telah berulang kembali.


sumber pejuang bangsa
DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini. Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Dr Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media. "Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata DAP memiliki hubungan yang baik dengan Pas di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional. Pua berkata DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin. Minggu lalu, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.
Ekoran tindakan itu, Dr Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu. - Bernama
sumber berita harian

MB: Tiada larangan jual arak di S'gor
Ogos 7, 09 1:33pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".Langkah ini bagaimanapun bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya lagi.Beliau memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam pagi ini. Isu penjualan alkohol di Selangor meledak semula awal minggu ini apabila Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam.
sumber malaysiakini

PAS S'gor lancar kempen anti-arak
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanOgos 7, 094:57pm
PAS Selangor melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu.Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat tadi, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman."Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial," katanya ketika dihubungi Malaysiakini."Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan."Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan "Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak" di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama. Bagaimanapun, katanya lagi, jumlah kain rentang tidak dapat dianggarkan kerana ia bergantung keputusan PAS kawasan.Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT)."Semua ahli majlis mesyuarat (exco kerajaan) bersetuju kuatkuasakan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana hendak menguatkuasakannya?" katanya.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi. Sementara itu, Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT."Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan," kata Khairuddin.PAS Selangor mengambil "sikap tunggu dan lihat" keputusan menteri besar dalam menangai isu itu, tambahnya.Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam negeri, baru-baru ini mendesak portfolio Ronnie ditukarkan dengan exco lain susulan dakwaan ADUN DAP itu campur tangan dalam penguatkuasaan isu arak.
sumber malaysiakini

PAS tidak campur isu arak di S'gor
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanOgos 6, 091:27pm
kemaskini 3.14pm PAS di peringkat pusat tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman alkohol, tegas setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini."Kita serahkan kepada kebijaksanaan di peringkat negeri untuk menyelesaikan isu ini kerana mereka yang lebih tahu. "Sebab itu, pimpinan negeri dan pimpinan kerajaan, Tan Sri Khalid (Ibrahim) sebagai menteri besar, kita letakkan keyakinan bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah ini," katanya di sidang medi di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi tadi.Mustafa mengulas kontroversi terbaru antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco hal-ehwal Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.Mengulas lanjut desakan supaya Ronnie melepaskan portfolio kerajaan tempatan yang dikendalikannya sekarang, Mustafa berkata:"(Perkara ini) tidak berbangkit di peringkat (PAS) pusat. Kita tidak bincang perkara ini. Sebab itu saya katakan tadi, perkara itu boleh diselesaikan di peringkat negeri. Dan kita tidak campur soal ini."Beliau juga menolak dakwaan bahawa Dr Hassan membelakangi jawatankuasa PAS Selangor kerana perkara itu tidak pernah dibawa kepada mesyuaratnya tetapi hanya diputuskan di peringkat Dewan Harian PAS negeri.Menurut Mustafa, sebelum di bawa ke peringkat negeri, dewan itu boleh memutuskan perkara yang memerlukan respons segera sebelum dirujuk di peringkat jawatankuasa PAS negeri.Tambahnya, sukar dan tidak praktikal untuk memastikan semua pemimpin parti peringkat negeri menyuarakan pandangan sebelum keputusan isu tersebut dibuat.Diminta mengulas demonstrasi bersama Pemuda PAS-Umno bagi menyatakan bantahan terhadap Ronnie, Mustafa berkata beliau tidak tahu rancangan itu dan akan membuat semakan terlebih dahulu.Sementara itu, Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang akan mengirim tiga nama calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir untuk diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini. "Secara lisannya (saya) diberitahu 8 haribulan (Ogos). Kita akan bersiaplah. Perkembangan kita (selanjutnya) pada 9 haribulan," katanya.
sumber malaysiakini

Thursday 6 August 2009

Perluas kajian saintifik ibadah Islam – Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kajian saintifik mengenai rahsia dan kelebihan ibadah yang diwajibkan kepada umat Islam seperti solat perlu diperluaskan, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, usaha sedemikian tidak bertentangan dengan Islam sebaliknya mendorong keyakinan dan mengukuhkan iktikad penganutnya untuk terus beramal.
Tambahan pula, katanya, hal berkaitan ibadah orang Islam amat luas dan wajar dikaji secara mendalam untuk memahami kelebihannya.
“Kalau kita faham ibadah yang kita laksanakan dan tahu kebaikannya tentu keyakinan kita bertambah.
“Kalau kita buat sesuatu yang kita tak faham, itu yang kadang-kadang datang malas dan tiada keyakinan, amalan mesti diikuti ilmu pengetahuan barulah datang iman yang kukuh,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Universiti Malaya (UM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, Abdullah melancarkan tiga buku Projek Biosolat bertajuk; Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Sains dan Holistik; Senaman Regangan dan Pergerakan Solat dan Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan dan Pergerakan Solat.
Buku itu hasil kajian saintifik sekumpulan penyelidik UM terhadap ibadah solat yang dicetuskan Abdullah pada 2005.
Hadir sama isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ghauth Jasmon dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Othman Mustapha.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah berkata, beliau amat gembira dimaklumkan bahawa kajian saintifik penyelidik UM mendapati gerak ibadah solat yang dilakukan secara betul akan menjadikan komposisi badan manusia lebih baik.
Sebaliknya, jelas beliau, solat yang dilakukan secara tidak betul boleh menjejaskan badan dan kesihatan.
Katanya, para penyelidik terbabit berjaya menganalisis gelombang otak manusia yang didapati mencapai ketegangan pada kedudukan tertentu dalam ibadah solat.
“Penyelidik berkenaan juga telah membuktikan bahawa keadaan otak manusia akan lebih cerdas selepas melakukan solat berbanding keadaan sebelum bersolat.
“Pengetahuan baru yang dijelmakan melalui penyelidikan terhadap ibadah solat tentunya dapat meyakinkan bahawa amalan wajib itu bukan hanya untuk kebaikan di akhirat malah kebaikannya mula dinikmati di dunia lagi,” katanya

sumber utusan malaysia

Wednesday 5 August 2009

ISA - Kekal, Mansuh atau Pinda?

Demonstrasi jalanan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Sabtu lepas telah menyemarakkan lagi perdebatan mengenai akta ini. Pada asasnya, saya menyokong keputusan Kerajaan untuk mengkaji semula ISA agar sesuai dengan keperluan semasa, sepertimana yang saya sebut sewaktu membincangkan ISA dalam rancangan 101 East di saluran Al-Jazeera (tayangan dijadualkan Khamis, 8.30 malam).Pertama sekali, perlu ditegaskan bahawa Malaysia memerlukan mekanisme penahanan pencegahan (preventive detention), dalam erti kata seseorang individu boleh ditangkap dan ditahan bagi mengelakkan kesalahan atau jenayah yang belum diperlakukan, sebagai salah satu usaha pengurusan ketenteraman secara proaktif.Dalam pada dunia mengalami ancaman ekstrimis dan pengganas, ditambah pula dengan sensitiviti unik dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, kita tidak boleh menanti sesuatu bencana terjadi sebelum mengambil tindakan. Oleh itu, saya yakin rakyat Malaysia sejagat boleh memahami peri pentingnya kuasa sebegini diberi kepada Kerajaan.Walau bagaimanapun, agenda keselamatan dalam negeri perlu juga diimbangi dengan tuntutan demokrasi, yakni hak asasi manusia, kebebasan sivil dan keadilan. Maka, ISA atau sebarang undang-undang pencegahan tidak boleh sama sekali digunakan untuk menghentikan bantahan yang sah (legitimate dissent) atau melenyapkan cabaran politik dengan cara 'mudah'. Dalam erti kata lain, agenda keselamatan negara tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Antara lain, skop definisi ancaman keselamatan kepada negara perlu diperketatkan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ISA.Selari dengan komitmen untuk memartabatkan sistem demokrasi negara, UMNO dan BN peka kepada kemahuan ramai di kalangan generasi muda yang tidak selesa dengan ISA. Saya tidak bersetuju kita melabelkan golongan ini sebagai buta sejarah atau seolah-olah memecah-belahkan bangsa Melayu semata-mata tentangan mereka terhadap ISA; sebaliknya kita perlu mendengar dan memahami pandangan mereka sejajar dengan proses pembaharuan yang ingin dijalankan parti dan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.Oleh sebab itulah maka kita harus mengkaji dan menghalusi ISA agar mengambil kira pertimbangan dan juga pandangan dari masyarakat umum. Saya ingin mengambil pendekatan yang lebih konstruktif dan membina di dalam perdebatan mengenai ISA dan menyoal akan hala tuju peruntukan undang-undang ini – samaada mahu dikekal, dimansuh atau dipinda? Dalam konteks ini, saya berpendapat bahawa YAB Perdana Menteri telah memberi isyarat yang jelas bahawa akta ini tidak harus dikekalkan sepertimana ia sekarang. Samaada ISA akan dipinda atau diganti dengan suatu peruntukan undang-undang yang baru adalah satu keputusan politik. Dalam hal ini, ada kemungkinan yang ISA ini sudah penuh dan sarat dengan beban politik yang menuntut satu penghijrahan dari legasi lampau. Oleh sebab itu, selain dari pindaan kepada ISA satu pendekatan adalah dengan memansuh dan menggantikannya dengan suatu akta penahanan pencegahan yang mengimbangi aspek keselamatan negara serta hak asasi dan kebebasan rakyat, melalui proses penggubalan undang-undang yang merangkumi konsultasi dan maklum balas dari masyarakat umum. Namun, sebelum itu, beberapa isu penting berkenaan peruntukan sedia ada harus diambil kira dan diberi perhatian terlebih dahulu termasuklah aspek paling hangat dibahas mengenai ISA, iaitu berkenaan kuasa yang diberikan kepada Kerajaan untuk menahan seseorang tanpa perlu dibicara. Secara khususnya, saya mendapati bahawa ramai yang kurang selesa dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 8 akta tersebut untuk menandatangani arahan penahanan selama dua tahun – dan boleh diperbaharui setiap dua tahun - tanpa perlu melalui proses semakan kehakiman atau ‘judicial review’. Khususnya, selepas pindaan kepada ISA pada tahun 1989, perintah tahanan Menteri Dalam Negeri langsung tidak boleh disemak oleh mahkamah. Hasilnya, Menteri Dalam Negeri secara teori boleh menahan seseorang itu untuk jangkamasa yang panjang kerana Lembaga Penasihat yang diperuntukkan oleh ISA untuk mengkaji status tahanan tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan keputusan Menteri. Justeru, tidak hairanlah sekiranya ada yang tidak selesa dengan kuasa hampir mutlak yang diberikan kepada seorang Menteri – tidak kira siapa pun yang memegang portfolio itu – untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan.Bagi memastikan bahawa individu yang ditahan kerana disyaki membawa ancaman kepada keselamatan negara mendapat perbicaraan yang adil dan tidak disimpan bertahun-tahun tanpa diberi peluang untuk membela diri, sistem kehakiman perlu diberi ruang untuk mengadili kes-kes sebegini. Namun, memandangkan banyak ancaman keselamatan negara ini berkisar hal-hal sensitif yang tidak mungkin boleh dikendalikan dengan kaedah biasa seperti kes-kes yang melibatkan maklumat dari badan-badan risikan, barangkali ada baiknya jika mahkamah khas disediakan untuk mengadili kes sedemikian melalui perbicaraan tertutup (in camera), misalnya.Disamping itu, seksyen 73 ISA membenarkan seseorang individu ditangkap oleh Polis dan dihalang dari berhubung dengan dunia luar - kadangkala keluarga si tahanan juga tidak dimaklumkan tentang penangkapan itu sendiri inikan lagi tempat di mana individu itu ditahan. Malah, hak mendapat khidmat peguam juga tidak dijamin. Sungguhpun terdapat kes di mana tahanan ISA dibebaskan oleh mahkamah melaui permohonan habeas corpus, kebanyakan kes ini terhad kepada skop permohonan yang terbatas kepada isu-isu prosedur penangkapan sahaja dan tidak mencakupi semakan kehakiman mengenai sebab-sebab dan asas penangkapan. Di sini, saya percaya perlu ada pembaharuan supaya khidmat guaman diberi kepada mereka yang ditangkap bawah ISA di samping kelonggaran untuk berhubung dengan anggota keluarga.Ini adalah antara cadangan yang boleh dibincangkan demi kebaikan bersama dan untuk menyelesaikan kemelut kontroversi ISA. Pada hemat saya, demonstrasi pada hari Sabtu lepas langsung tidak memberi impak positif kepada perbincangan ini kerana hanya menuntut pemansuhan mutlak ISA tanpa menyumbang apa-apa cadangan realistik yang mengimbangi tuntutan demokrasi dan keselamatan negara yang memerlukan kuasa penahanan pencegahan. Jika kita ingin budaya masyarakat terbuka sejajar dengan kematangan berpolitik yang jitu, maka semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dengan menaikkan mutu perdebatan kita.Tidak lagi boleh kita mengambil pendirian yang mudah - yakni mutlak pro atau anti ISA. Sebaliknya kita perlu kepada satu pendirian yang lebih matang, syumul dan kompleks yang mengambil kira segala keperluan demi kebaikan rakyat.

sumber khairy jamaludin

Tuesday 4 August 2009

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969

Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.

sumber dari wikipedia.


Timbang politik berasaskan keadilan

KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.
Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?
Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?
Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau adapun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.
Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.
Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.
Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.
Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.
Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (Jus Soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.
Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.
Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.
Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.
Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.
Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.
Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.
Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.
Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.
Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.
Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.
Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.
Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.
Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.
Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.
Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.
Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?
Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.
Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.
Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.
Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.
Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.
Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.
Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.
Menurut Faaland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.
Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.
Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).
Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).
Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).
Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.
Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.
Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.
Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.
Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.
Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.
Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.
sumber utusan malaysia

Pengajaran Oleh DEB untuk Ekuinas

ANUAR AHMADanuar.ahmad69@yahoo.com
TEKA-TEKI mengenai peneraju Ekuiti Nasional (Ekuinas) terjawab sudah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Ekuinas bulan lalu menjanjikan satu kumpulan pakar ekonomi untuk menjayakan projek ini.
Jelas sekali, kumpulan yang diketuai oleh Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda itu merupakan kalangan yang terbukti kecemerlangan dalam bidang pengurusan ekonomi.
Pelan ini akan dimulakan dengan peruntukan RM500 juta dan bertambah sehingga RM10 bilion berasaskan keperluan dan pencapaian masa depan.
Sejak dilancarkan pelbagai pihak memberikan respons dan rata-rata memberikan sokongan terhadap Ekuinas, masyarakat Melayu dan lebih-lebih lagi bukan Melayu.
Kerajaan memberikan penjelasan berkaitan pemansuhan 30 peratus ekuiti bumiputera dengan penubuhan Ekuinas Nasional Berhad (Ekuinas). Begitu juga dengan peningkatan had kepentingan asing dalam syarikat pembrokeran daripada 49 peratus kepada 70 peratus.
Nampaknya seluruh rakyat berbilang etnik telah memberikan isyarat bahawa model ini adalah sesuatu yang baik dan perlu dilaksanakan. Nampaknya kini perbincangan lebih cenderung untuk meneliti dua perkara lain.
Pertama, berkaitan "niche" atau tujahan Ekuinas. Ramai pakar ekonomi bimbang pelan ini akan menjadi "pelanduk dua serupa" kepada PNB yang berjaya melaksanakan pengurusan saham amanah. PNB bukan sahaja berjaya menguruskan dana untuk kelangsungan ekuiti bumiputera tetapi turut mendapat kepercayaan bukan Melayu.
Kalau tidak masakan saham amanah bernilai berbilion ringgit kepada bukan bumiputera habis dalam tempoh yang singkat.
Perkara kedua yang diperbincangkan tentang Ekuinas ialah apakah pelan ini juga akan menerima nasib yang sama dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Memanglah DEB dan Ekuinas tidak sama. Berbeza model dan strategi. Berbeza zaman serta cabarannya. Tetapi kedua-duanya masih sama dalam dua perkara.
Pertama, diwujudkan untuk membantu perekonomian bumiputera. Kedua, diuruskan sepenuhnya oleh orang Melayu - sebagai pentadbir, penentu dasar serta pemantau pelaksanaannya.
Maka itu sejarah serta pengajaran daripada DEB sangat penting dihayati agar kejayaan DEB dahulu diperkasakan dan kesilapan DEB pula dijadikan sempadan oleh Ekuinas. Sejak dilancarkan pada 1970, DEB berjaya membina perekonomian bumiputera untuk bersaing bersama kaum lain.
Semua rakyat tahu ekonomi Malaysia kini dikuasai lebih 75 peratus masyarakat Cina. Sementara kurang 10 peratus dimiliki oleh nominee antarabangsa. Orang Melayu sejak 1990 telah 'beku' pemilikan kekayaan negara pada tahap 19 peratus sahaja. Seolah-olah bumiputera-Melayu tidak mampu lagi meningkatkan kekayaan lebih daripada itu dalam program DEB.
Penelitian terhadap penulisan ilmiah oleh pakar ekonomi dan juga pakar sains sosial menjelaskan kepada kita beberapa perkara yang menggagalkan DEB.
Walaupun pemimpin politik utama negara ketika itu adalah orang Melayu, pegawai kerajaan di peringkat tertinggi (majoriti juga orang Melayu), pelbagai pelan, subsidi dan bantuan disediakan untuk bumiputera, malangnya ekonomi Melayu hanya berjaya mencapai setakat 19 peratus jauh daripada sasaran 30 peratus.
Lebih menarik ialah begitu sukarnya orang Melayu mencapai angka 30 peratus walaupun Perlembagaan negara memberikan peruntukan khas kepada keistimewaan orang Melayu.
Perkara 153 Perlembagaan, memberikan ruang kepada orang Melayu daripada segi perundangan untuk menjadi bangsa yang maju, setanding bukan Melayu.
Malangnya semua bantuan serta sokongan ini tetap gagal menjadikan perekonomian orang Melayu sebagai tunjang kepada perekonomian negara. Mengapa hal ini berlaku? Apakah yang sama boleh berlaku kepada Pelan Ekuinas?
Berikut disenaraikan secara ringkas kesilapan strategi perekonomian orang Melayu dalam DEB.
n Amalan pertanian secara tradisional jelas bukan asas menjadikan Melayu sebagai bangsa yang kuat ekonominya. Sejak ratusan tahun majoriti orang Melayu menguasai sektor pertanian.
Malangnya, sifat kegiatan ekonomi pertanian sara diri secara separa-moden terbukti gagal untuk membina harapan perekonomian orang Melayu.
Sekalipun petani Melayu ingin mengusahakan pertanian secara teknologi moden, mereka masih perlu bergantung sepenuhnya dengan kos racun rumpai, jentera pertanian dan baja yang dibeli melalui orang tengah bukan Melayu.
Maka sukar untuk majoriti petani Melayu menjadi kaya dengan sektor pertanian. Walaupun ada usaha menjadikan perindustrian sebagai kegiatan ekonomi Melayu, kejayaannya tidak seperti diharapkan.
n Era Tun Dr. Mahathir Mohamad menyaksikan usaha beliau mengembangkan teknokrat Melayu melalui industri berat negara. Malangnya industri hiliran yang sepatutnya direbut peluang oleh Melayu, dikuasai sepenuhnya oleh peniaga bukan Melayu.
Industri besi keluli, industri jentera dan automotif, teknologi bendalir dan hiliran industri minyak semuanya dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu.
Orang Melayu kekal sebagai petani, pekerja kilang serta pekerja di dalam sektor yang dimiliki oleh bukan Melayu.
n Orang Melayu tidak menguasai ilmu ekonomi sepenuhnya. Mereka bukan sahaja tidak dibudayakan dengan dunia perniagaan sejak kecil, malah sangat takut menghadapi kerugian dan kesukaran hidup.
Di universiti, bidang perakaunan, perbankan, pengurusan perniagaan didominasi oleh pelajar bukan Melayu. Orang Melayu berduyun-duyun ke fakulti sastera dan ilmu sosial.
Usaha mengembangkan budaya keusahawanan di universiti sangat sukar kerana ciri-ciri negatif ini menebal. Selain itu, ilmu ekonomi juga berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris. Halangan ini menambahkan lagi jurang antara Melayu dan bukan Melayu.
Cara segelintir pemimpin Melayu menafsirkan tuntutan agama secara semberono juga menyumbang kepada sifat negatif orang Melayu tentang perniagaan. Perniagaan yang maju bermaksud menjadi semakin kaya. Menjayakan perniagaan juga bermaksud peruntukan masa bekerja yang lebih banyak, jauh lebih banyak daripada semua jenis pekerjaan lain di dunia.
Sebahagian besar orang Melayu lebih sanggup hidup susah dan berdikit-dikit tetapi tidak berani menghadapi kesukaran, kerugian, persaingan dan sebagainya.
Malah seringkali sirah dan ajaran Islam dijadikan sebagai alasan sesetengah orang Melayu untuk tidak bekerja keras. "Dunia hanya sementara, kita mencari akhirat". "Kekayaan akan menyebabkan orang lupa Tuhan" atau "Nabi sengaja mencari kehidupan yang tidak mewah untuk mendapat keredaan Allah".
n Sikap tidak sabar orang Melayu juga membantutkan perkembangan ekonomi bangsa sendiri. Dr. Mahathir mungkin tokoh yang sangat kecewa dengan sikap ini.
Orang Melayu sering dikatakan suka mengambil jalan mudah. Isu seperti "Ali Baba" dan ungkapan "Biar papa asal bergaya" antara contoh sikap tidak sabar bangsa Melayu untuk kaya.
Selain itu, isu ketirisan peruntukan kerajaan serta rasuah menjadikan Melayu semakin tidak berdaya saing.
n Jaringan perniagaan orang Melayu juga sangat lemah. Perkara ini pernah disebut berkali-kali oleh Profesor Diraja Ungku Aziz sejak 1980-an lagi. Malangnya sehingga kini, rantaian perniagaan masih kuat dimonopoli oleh bukan Melayu. Dua perniagaan sahaja dikatakan menjadi kekuatan Melayu iaitu kedai makanan halal dan sektor berkaitan pendidikan agama Islam.
Ringkasnya, kejayaan Ekuinas sangat bergantung kepada sikap orang Melayu agar tidak mengulangi kesilapan semasa DEB. Jika pengajaran daripada DEB difahami dan menjadi panduan, tidak syak lagi Ekuinas akan berjaya memajukan bukan sahaja bangsa Melayu dan bumiputera malah akan meningkatkan kekayaan bukan Melayu.
PENULIS ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

sumber utusan malaysia

Ekuiti bumiputera tak hilang


MINGGUAN: Bagaimanakah reaksi selepas pengumuman penubuhan Ekuiti Nasional
Berhad (Ekuinas) dan pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)?

NOR MOHAMED: Kebanyakan reaksi yang diterima adalah positif. Tetapi ada juga yang tidak
begitu faham tentang pemansuhan FIC. Secara asasnya, FIC yang diwujudkan sejak 36 tahun
lalu mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran
Awal Permulaan (IPO). Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian
kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan.
Bagaimanapun, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis
panduan baru dan FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat
bagi transaksi tersebut.
Ketika ini mana-mana syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham
awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30
peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC. Di bawah garis panduan baru itu, syarikat
yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan setengah daripada 25 peratus tebaran
pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera. Ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera
telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam. Sungguhpun kita tidak nyatakan 30 peratus
tentang IPO, tapi dalam syarat Suruhanjaya Sekuriti (SC) kadar 25 peratus perlu dikekalkan dan
diberikan kepada umum termasuklah pelabur kecil.
Bagi menghadapi cabaran baru, garis panduan FIC yang diguna pakai pada 1974 kini dilihat
tidak lagi relevan. Ia mewakili komponen utama strategi pertumbuhan dengan kesaksamaan.
Hari ini, ia bukan lagi instrumen yang efektif untuk menyokong pertumbuhan dengan
kesaksamaan itu. Sebagai contoh tahun 1970, ekuiti bumiputera hanya berjumlah 2.4 peratus.
Ketika itu polisi sebegini merupakan sesuatu yang masih praktikal untuk menyediakan
persaingan bagi pelaburan. Namun kini keadaan sangat jauh berbeza. Polisi pelaburan yang
mewujudkan ketidakpastian kawalan dan tidak seiring dengan amalan antarabangsa, hanya akan
menghalang potensi pertumbuhan negara.
Kerajaan sedar bahawa dengan pencapaian dan peningkatan kemampuan bumiputera hari ini,
perlumbaan ke arah keseimbangan ekuiti memerlukan tumpuan terhadap kecekapan dan
penyertaan ekonomi yang sebenar, dan tidak tertumpu kepada sekadar pemilikan sahaja.
Kebanyakan dapat menerima penjelasan ini namun kita tetap akan meneruskan sesi penerangan
dan pemahaman melalui beberapa siri seminar bagi memberi penjelasan yang meyakinkan.
Mungkin wujud atau timbul tanggapan lain bahawa ini adalah satu relaxation kepada modul
falsafah kita iaitu pertumbuhan dengan pengagihan khasnya dari agenda bumiputera. Sebenarnya
ia akan tetap menjadi satu keutamaan. Kerajaan mempunyai skop yang lebih luas untuk
membantu bumiputera jika mempunyai pertumbuhan yang tinggi.
Sebab itulah Ekuinas ditubuhkan beserta langkah-langkah lain yang difikirkan terbaik oleh
kerajaan bagi membantu meningkatkan keupayaan bumiputera di negara ini. Malah kerajaan juga
turut memberi fokus kepada instrumen- instrumen DEB yang telah berjaya dan yakin kita akan
mendapat faedah yang lebih dari polisi liberalisasi.
Dengan pemansuhan syarat 30 peratus pada peringkat setiap syarikat, bagaimanakah kerajaan
berhasrat mencapai sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera secara keseluruhannya?

NOR MOHAMED: Pendekatan baru kepada pengagihan dijangka lebih efektif dalam menuju ke
arah mencapai sasaran 30 peratus. Antara mekanisme yang akan menyumbang kepada
pencapaian itu adalah peranan pengawal selia sektor dalam mengenakan syarat ekuiti ke atas
sektor yang strategik. Selain itu pelaksanaan dasar oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan
penyertaan bumiputera dengan memastikan supaya syarikat dengan penguasaan bumiputera akan
dapat sebahagian daripada perolehan kerajaan, lesen serta konsesi kerajaan.
Bagi menyokong kepada penyertaan ini, penguasaan bumiputera melalui institusi kewangan
pembangunan (seperti SME Bank) serta dana pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan
Nasional Bhd. (PNB) dan Ekuinas akan diberi perhatian.
Kerajaan melihat pengukuhan instrumen penyusunan semula sedia ada, seperti program
pembangunan usahawan dan pemberian biasiswa, dengan fokus pendekatan baru supaya
menumpukan pembangunan bumiputera kepada sektor-sektor terpilih yang strategik dengan
peluang pertumbuhan tinggi.
Di kalangan orang Melayu ia dilihat sebagai tindakan untuk mengurangkan penguasaan mereka
dan di pihak bukan Melayu pula mereka berpendapat ia tidak mencukupi dan perlu lebih lagi.
Apa komen Tan Sri ?
NOR MOHAMED: Ini tidak benar sama sekali. Orang bukan Melayu akan melihat perlukah lagi
falsafah pembangunan pertumbuhan dengan ekuiti, pengagihan dan agenda bumiputera. Sama
ada sudah sampai masanya untuk kita memberi fokus hanya kepada pertumbuhan. Ini bukan
masanya untuk berpolitik tetapi memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan saya fikir pada masa
kini dan tahun-tahun mendatang polisi tentang pertumbuhan dan pengagihan itu masih perlu dan
begitu penting sekali dari segi socio-political stability kerana tanpanya walaupun kita
mewujudkan pelbagai polisi, pelabur tidak akan datang. Pelabur datang atas beberapa perkara,
pertamanya kerana socio-political stability. Keduanya kerana tidak banyak kerenah birokrasi dan
ketiganya kerana terdapat jaminan tentang tenaga buruh. Terdapat pekerja mahir dalam bidang
yang mereka labur dan jika tidak terdapat pekerja yang bersesuaian, kerajaan membenarkan
pelabur mengambil pekerja asing yang bersesuaian.
Oleh itu kestabilan politik sosial yang paling penting sekali. Sungguhpun kita telah mencapai
begitu banyak kejayaan dalam DEB namun ia masih belum sempurna. Masih lagi terdapat
kemiskinan dan penguasaan bumiputera masih sekitar 19.4 peratus dan sebagainya. Untuk
berjaya, kita perlu mengubah ekonomi kepada pertumbuhan lebih tinggi. Daripada satu sudut
lain, kita berdepan dengan cabaran- cabaran besar untuk merealisasikan impian itu dan
mengubah cabaran faktor luaran dan kekangan domestik menjadi pertumbuhan ekonomi yang
kukuh. Tanpa pertumbuhan ekonomi yang kuat, kita tidak mampu mencapai objektif dalam
pengagihan yang seimbang. Oleh itu perjuangan masih belum tamat dan ia harus terus
diperjuangkan.
Bilakah akan ditamatkan pengagihan antara kaum ini?

NOR MOHAMED: Saya rasa bukan sekarang. Satu ketika dahulu ia lebih kepada satu keputusan
politik. Tetapi dari segi angka ternyata kita tidak boleh melakukannya sekarang. Kita juga telah
menjelaskan kepada bukan Melayu tetapi mungkin kita belum menjelaskan kepada mereka
bahawa mereka tidak akan hilang apa-apa. Sebagai contoh, pada tahun 1970 terdapat 387
akauntan Cina, India 47 dan Melayu 40 orang dan kini jumlah ini meningkat sebanyak 17,836
bagi orang Cina, 1,247 bagi orang India dan 6,265 bagi orang Melayu. Maka dengan itu semua
kaum ini telah mendapat faedah yang begitu banyak dalam aspek pembangunan negara melalui
DEB. Terbukti polisi ini telah berjaya diamalkan kepada semua orang rakyat Malaysia. Tiada
lagi kemiskinan kepada orang Cina.
Namun kita masih perlu mengubah beberapa perkara bersesuaian dengan perubahan zaman dan
dari segi falsafahnya tidak nampak sebarang keperluan untuk mengubahnya.
Bagaimanakah perancangan untuk menyeimbangkan pengagihan ini dengan pendidikan?

NOR MOHAMED: Kalau ada satu faktor yang telah berjaya dihasilkan jika dibuat perbandingan
dari tahun 1970-an dan sekarang dalam usaha menghapuskan kemiskinan ialah melalui
pendidikan. Kita telah berjaya menghasilkan para profesional kita yang juga terdiri dari anakanak
kita.
Mereka inilah yang telah dihantar bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik di luar dan dalam negara. Mereka inilah pada tahun
60-an dan 70-an yang telah mengangkat kedudukan dan martabat diri dan keluarga mereka
dengan keluar dari kancah kemiskinan melalui pelajaran. Aspek pendidikan merupakan perkara
yang sangat penting dan tidak ada negara di dunia yang pada tiap-tiap tahun memberikan
peruntukan antara 20 hingga 25 peratus untuk faedah pendidikan. Dan berasaskan dari
pendidikan inilah kita telah berjaya melahirkan para profesional dan cerdik pandai dalam
pelbagai bidang. Mereka inilah yang telah membantu kerajaan dalam mengurangkan kemiskinan.
Kejayaan ini berjaya dilaksanakan tanpa mengira kaum. Semua dilakukan melalui ilmu dan kita
berjaya melaksanakannya dengan cemerlang. Maka adalah penting kepada kerajaan untuk
meneruskan kecemerlangan pendidikan. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting dan
melaluinya juga kita berjaya mengubah negara daripada sebuah negara miskin kepada sebuah
negara membangun yang berdaya saing. Pendidikan jugalah yang akan mentransformasikan
negara dari sebuah negara high middle income kepada sebuah negara maju.
Dari segi memberi kefahaman, adakah Tan Sri bersetuju ia perlu penjelasan lebih mendalam?

NOR MOHAMED: Kita akan memberikan penerangan bahawa sebelum ini sungguhpun dari
segi teori kita bagi 30 peratus kepada semua syarikat yang buat IPO tapi dari segi praktikal kita
tidak boleh melakukannya. Ia kerana kita tidak dapat cari bumiputera yang mampu memiliki 30
peratus, selepas satu jangka masa kita terpaksa memberi waiver. Ramai juga yang mendapat
waiver ini atas alasan tiada bumiputera yang mampu memilikinya. Lepas itu kita bagi lanjutan
masa masih tidak dapat.
Oleh itu dari segi teori ia nampak praktikal namun mereka masih gagal memenuhinya. Kerajaan
telah mengagihkan sejumlah RM54 bilion ekuiti kepada bumiputera. Bagaimanapun hanya RM2
bilion kekal. Selebihnya dijual untuk mengejar keuntungan. Mereka ini pegang ekuiti hanya
untuk tempoh yang pendek dan menjualnya dengan keuntungan yang sedikit. Orang lain yang
membelinya memegang pada tempoh yang lama tapi dapat untung banyak. Kalau mereka simpan
kita telah mencapai pegangan sebanyak 30 peratus tapi kita jual dan akhirnya penguasaan 30
peratus tidak berjaya. Namun kita tidak rugi sebab kita masih lagi pegang kepada bukan hanya
30 peratus tetapi lebih banyak lagi dalam sektor-sektor strategik yang dilaksanakan oleh
pengawal sektor.
Kuota bumiputera itu pada sektor strategik di tahap mikro tidak kita hapuskan. Hanya di
peringkat makro sahaja. Masih lagi menjadi matlamat kita untuk mencapai satu proportion yang
tinggi dan kalau boleh dalam sektor-sektor tertentu lebih dari 30 peratus. Bukan sahaja melalui
FIC melalui ekuiti tetapi juga melalui lesen. Kalau kita lihat orang-orang kaya di Malaysia dari
10 terkaya ada seorang dua yang menduduki tempat teratas. Mereka menjadi kaya dengan cara
bagaimana? Mereka mendapat kontrak dan sebagainya serta dianugerahkan lesen oleh kerajaan.
Jadi kita mendapat pengajaran bahawa kita harus menggunakan lesen-lesen sebegini untuk
memupuk dan melatih mereka menjadi usahawan besar dan berjaya.
Mungkin ada yang mendapat lesen dan sebagainya, namun kita harus lebih menumpukan kepada
usaha pemberian lesen untuk menjayakan para usahawan bumiputera. Tumpuan kepada
menjayakan usahawan dan ekuiti bumiputera tidak akan hilang malah akan diperhebatkan.
Hanya instrumen yang tidak berguna dan ketinggalan zaman yang akan dihentikan tapi kita akan
memberi tumpuan kepada aspek-aspek di mana kita akan menjayakan agenda memajukan
bumiputera dengan lebih berkesan.

sumber dari epu.gov.my