Sunday 28 June 2009

Bahasa Inggeris: Wajib Lulus

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mesyuarat jawatankuasa kerja (Exco) semalam telah buat ketetapan untuk meyokong cadangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, agar calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pemuda UMNO merasakan bahawa dengan meletakkan wajib lulus sebagai objektif, ia bakal meransang dan memotivasikan para pelajar, ibu bapa, pendidik dan juga kerajaan untuk meningkatkan tahap pengajaran Bahasa Inggeris. Jika tiadanya syarat tersebut - tidak akan ada faktor mendesak atau keperluan untuk menyegerakan segala usaha bagi menambaikkan lagi tahap pengajaran subjek tersebut.

Namun, memandangkaan pada masa sekarang terdapat lebih kurang 30 peratus pelajar SPM yang gagal lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, sokongan Pemuda adalah bersyarat kepada beberapa langkah penting yang perlu dibuat bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut sebelum cadangan wajib lulus dilaksanakan. Pemuda tidak mahu sebarang idea yang bagus gagal hanya kerana masalah perlaksanaan.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO mengesyorkan agar perlaksanaan dasar tersebut tidak di buat secara terburu-buru sepertimana dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeri (PPSMI), yang mencetus pelbagai polemik dan pertikaian, disamping mendesak kerajaan agar memastikan bahawa guru-guru terlatih yang mampu meningkatkan mutu pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris adalah cukup, terutama bagi kawasan-kawasan pendalaman dan luar bandar.

Berdasarkan maklum balas yang telah Pemuda UMNO terima, rata-rata berpendapat bahawa kita tidak mempunyai bilangan guru-guru Bahasa Inggeris berkualiti yang cukup. Oleh itu, jika cadangan wajib lulus digunapakai sekarang, defisit penawaran pendidik yang terlatih ini bakal mengakibatkan 30 peratus daripada calon-calon SPM terus gagal subjek Bahasa Inggeris. Jika kerajaan dapat mengambil khidmat guru-guru Bahasa Inggeris berpengalaman yang telah bersara mahupun guna tenaga guru asing sementara menampung ketidakcukupan guru-guru terlatih sekarang, pastinya cadangan tersebut tidak akan membebani para pelajar yang mungkin kurang persiapannya untuk lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM.

Pada masa yang sama, pihak kementerian harus menambah peruntukan dana untuk melatih lebih ramai guru-guru baru mengajar Bahasa Inggeris. Mereka ini bakal mengambil alih perkhidmatan guru-guru bersara dan juga guru-guru asing dan semestinya memastikan piawai dan kualiti pengajaran yang sekurang-kurangnya sama, jika tidak lebih baik, kepada para pelajar.

Pemuda UMNO juga mencadangkan agar masa pembelajaran subjek berkenaan ditambah. Ia bakal meningkatkan penguasaan bahasa dan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan kerana mereka akan didedahkan kepada kesusasteraan, komunikasi lisan dan juga tatabahasa - yang bakal menjadikan proses dan pengalaman pembelajaran bahasa yang lebih menyeronokkan dan efektif daripada mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pada masa sekarang, para pelajar cuma perlu menduduki Malaysian University English Test (MUET) untuk mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi tempatan. Pemuda UMNO berpendapat kerajaan patut menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan. Ini bakal menjadi insentif kepada pelajar untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Tanpa adanya syarat seperti ini - tidak akan wujud sebab yang kuat dan serius untuk para pelajar bekerja keras untuk menguasai Bahasa Inggeris dan sesetengah daripada mereka mungkin berpendapat bahawa ianya tidak penting.

Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa isu ini adalah isu spesifik dan tidak sama sekali berkait dengan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akhir kata, saya ingin menyatakan bahawa Pemuda UMNO menyambut baik dan menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di dalam SPM. Namun sokongan ini adalah bersyarat kerana terdapat beberapa beberapa aspek yang perlu ditangani terlebih dahulu seperti keperluan adanya guru-guru terlatih yang mencukupi. Pemuda UMNO menyeru pihak Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan langkah-langkah di atas dengan segera bagi merealisasikan cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris secepat mungkin. Keputusan ini bakal menjadi mercu tanda kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan mencetus komitmen dari semua pihak yang terbabit untuk bekerja keras bagi meningkatkan piawai dan kualiti pengajaran bahasa tersebut.


sumber khairy jamaludin

Bajet Mara, TEKUN ditambah

KUALA LUMPUR 25 Jun - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menerima peruntukan tambahan masing-masing sebanyak RM550 juta dan RM100 juta bagi membantu pelajar dan usahawan bumiputera.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan tambahan itu dibuat berikutan banyak aduan yang diterima berkaitan ketidakmampuan kedua-dua agensi itu mengeluarkan pinjaman kerana kehabisan peruntukan.


''Kita ambil peruntukan ini daripada dana sedia ada yang tidak habis dibelanjakan oleh pihak-pihak lain. Oleh itu, kita tidak perlu membuat pembentangan baru untuk diluluskan di Dewan Rakyat.


''Kita akan salurkan peruntukan ini dengan segera walaupun dalam situasi kelembapan ekonomi dunia yang memaksa kerajaan berjimat-cermat kerana mengutamakan usaha membantu kaum bumiputera," katanya.


Beliau menggulung perbahasan usul Kementerian Kewangan mengenai peruntukan pengurusan beberapa kementerian ekoran penyusunan semula Kabinet pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Semalam ketika sesi perbahasan usul itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meminta peruntukan Mara ditambah setelah beliau menerima banyak aduan daripada pelajar bumiputera cemerlang bahawa mereka tidak mendapat pembiayaan walaupun setelah diterima masuk ke universiti terkemuka luar negara.


Pada 13 Jun lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga melahirkan rasa kesal kerana peminjam TEKUN yang diluluskan permohonan mereka gagal menerima wang yang dipohon.


Menurut Khairy, beliau juga amat dukacita kerana terdapat peminjam TEKUN yang diberikan cek tetapi tidak dapat menunaikannya dan situasi itu jika berterusan akan merencatkan usaha untuk menjana ekonomi usahawan kecil dan sederhana.


Dalam pada itu, Awang Adek berkata, kerajaan yakin Mara dan TEKUN akan terus dapat berfungsi dengan berkesan berikutan wujud keserasian dengan kementerian baru.


Setelah pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), kedua-dua agensi itu masing-masing dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


''Pembubaran ini dilakukan bukan kerana MECD tidak berkesan sebaliknya disebabkan berlaku pertindihan fungsinya dengan beberapa kementerian lain.


''Sebab lain ialah wujud salah tanggapan bahawa hanya MECD yang membantu bumiputera, jadi dengan pembubarannya kita berharap semua kementerian akan sama-sama membantu selaras dengan dasar mewujudkan keseimbangan antara kaum dalam bidang ekonomi dan pendidikan," katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Pusat tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan berikutan cari gali petroleum yang dijalankan berhampiran pantai negeri itu terletak di kawasan pertindihan sempadan.


Menurut beliau, cari gali itu membabitkan dua telaga minyak dengan projek pertama membabitkan usaha sama antara Malaysia dengan Thailand di kawasan 150 kilometer (km) dari pantai Kelantan.


Beliau berkata, telaga kedua melibatkan usaha sama Malaysia dengan Vietnam membabitkan kawasan tuntutan bertindih yang terletak 200 kilometer dari pantai negeri itu.


''Mengikut kebiasaan apabila cari gali ini melibatkan kawasan yang wujud tuntutan bertindih, maka ia dianggap perkongsian antara dua negara dan bukannya hak milik negeri.


''Ini berbeza dengan Terengganu yang dibayar royalti kerana cari gali minyak dilakukan di kawasan yang tidak berlaku tuntutan bertindih yang terletak 80 kilometer dari pantai negeri berkenaan," jelasnya.

sumber pro khairy

Friday 26 June 2009

Bawa Pulang Chin Peng Jika Ada Ruang Dia Dibicara

Bawa Pulang Chin Peng Jika Ada Ruang Dia Dibicara

Posted By admin On June 1, 2009 @ 7:35 pm In Kenyataan & Penjelasan | No Comments

Saya fikir jika sokongan membawa pulang Chin Peng ini dibuat dalam keadaan masyarakat kita rasional dan tiada emosi politik, tentu semua pihak terutama umat Islam akan sensitif.

Perjuangan komunis bukan sahaja belot kepada negara, bagi orang Islam ia adalah perjuangan menentang Tuhan secara terbuka. Dalam konteks negara kita, komunisme tidak sama dengan nasionalisme, komunisme jauh lebih buruk dari segi inti kandungan ajaran dan sejarahnya. Dunia menyaksikan keburukan ideologi tersebut dan hitamnya sejarah perjuangan mereka.


Dari segi falsafah, semua ideologi cuba dihiasi dengan bahasa-bahasa indah, termasuk komunisme. Tetapi sejarah membuktikan kekejaman komunis dan kerakusan mereka di seluruh dunia. Memang sebahagian keburukan komunis itu kadang-kala ditokok tambah oleh Perang Dingin Amerika-Soviet dulu, namun realiti juga sukar menafikan hal tersebut.

Di negara kita, komunis telah mengorbankan rakyat, khususnya umat Islam. Bukti kekejaman mereka bukan sahaja kita baca melalui sejarah, tetapi juga melalui ‘bukti hidup’ yang masih wujud. Pendapat saya; boleh membawa pulang Chin Peng tetapi dengan syarat ada peruntukan untuk jenayahnya dibicarakan. Supaya kita membuka semula sejarah dan memberitahu rakyat siapakah yang mempertahankan negara, siapakah yang mengancamnya dan bayangkan jika perjuangan komunis itu berjaya, apa yang terjadi kepada kita sekarang?”.


sumber Minda Tajdid - http://drmaza.com/home

muzakarah pas umno

Thursday, June 18, 2009
MENGHARAPKAN YANG REALISTIK DARI UMNO DAN PAS
Malam tadi saya berbicara di Agenda Awani mengenai "kerajaan perpaduan". Bersama-sama saya dalam rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Dr Shahidan Kassim, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa. Saya telah memberikan pandangan mengenai isu tersebut.

Kesimpulan pandangan saya ialah:

(1). Mana-mana parti politik (termasuklah PAS dan UMNO) boleh mengambil pendekatan berikut dalam menyelesaikan sebarang konflik: Pertama, "competing" iaitu yang berakhir dengan satu pihak menang (I win, you loose); atau kedua, "avoiding" iaitu mengelak dari membincangkan sesuatu konflik yang menyebabkan "I loose, you win"; dan ketiga, "collaborating" iaitu permaufakatan yang menuju kepada resolusi bersifat "I win, you win". PAS dan UMNO boleh memilih salah satu resolusi di atas.

(2). Apabila Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengatakan PAS setuju untuk berbincang dengan UMNO, dengan syarat PKR dan DAP dilibatkan bersama, maka itu adalah persetujuan bersyarat. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai "conditional agreement." Shahidan kata, "kita boleh cari alasan untuk berkelahi, atau mencari helah untuk berkawan." Pilihlah.

(3) Parti-parti politik (bukan saja PAS dan UMNO) harus menuju politik muafakat. Mereka harus meninggalkan politik pertentangan dan memupuk budaya baru ini dalam politik Malaysia. Mulakan muafakat itu dalam hal-hal yang kecil dulu. Di kampung-kampung, PAS dan UMNO boleh memulakan aktiviti-aktiviti secara "anjuran bersama". Banyakkan interaksi antara ahli-ahli parti. Dr Mujahid menyambut baik budaya politik muafakat ini.

Saya juga menyebut bahawa "perpaduan" menjadi sukar di kalangan pemimpin politik kerana suasana politik itu sendiri yang penuh dengan perasaan tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap satu gerakan lawan dilihat dengan pandangan negatif -- "Apakah motif dia berbuat begitu?"

Sekiranya pemimpin-pemimpin dalam satu parti politik yang sama itu pun sering berbalah, adakah realistik untuk mengharapkan pemimpin PAS dan UMNO tidak mencurigai antara satu sama lain?
Posted by NOBISHA at 9:00 AM



Friday, June 19, 2009
ISU "KERAJAAN PERPADUAN" MANTAPKAN PAS
Dalam Muktamar Tahunan PAS di Ipoh tahun lepas, beberapa orang perwakilan bercakap mengenai betapa parti itu perlu dilayan sebagai rakan kongsi utama dalam kerajaan campuran bersama DAP dan PKR. Di beberapa majlis yang lain, isu yang sama dibangkitkan.

Hakikatnya, PAS adalah parti kecil dalam kerajaan campuran itu. Di Parlimen, PAS hanya mempunyai 23 kerusi, berbanding PKR 30 dan DAP 28. Di Selangor, DAP dan PKR yang menguasai 28 kerusi secara teorinya tidak memerlukan PAS untuk membentuk kerajaan negeri itu. Di Perak sebelum ini, PAS yang menjadi Menteri Besar hanya ada enam orang ADUN berbanding 18 DAP, dari keseluruhan 59 kerusi DUN.

Kedudukan PAS sebagai sebuah parti kecil tetapi yang paling berusia dalam kerajaan campuran tersebut menjadikan sesetengah ahli PAS mendesak agar ia diberikan layanan yang lebih baik, sesuai dengan kedewasaannya. Malah sesetengah ahli PAS secara terbuka mempertikaikan betapa kemenangan calon-calon PKR adalah disebabkan oleh sokongan PAS yang dikatakan mempunyai jentera yang lebih ramai dan tersusun.

Sewaktu sidang akhbar Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun ini, presidennya Dato' Seri Abd Hadi Awang menyebut mengenai "kerajaan perpaduan". Beliau tidak menyebut isu ini dalam ucapan dasar untuk didengari oleh perwakilan dan pemerhati muktamar, sebaliknya memilih menggunakan platform media.

Itu adalah strategi yang bijak bagi mencapai hasrat yang dibangkitkan oleh perwakilan ketika PAS bermuktamar di Ipoh -- PAS mempunyai kerusi yang sedikit di Parlimen, Selangor dan Perak, namun ia harus dilayani oleh DAP dan PKR sebagai rakan kongsi yang bermakna.

Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Abd Hadi tidak langsung bersuara. Selepas Muktamar, beliau ke luar negeri bagi menghadiri pelbagai program di sana. Tidak ada kenyataan akhbar. Tidak ada penjelasan. Yang berhujah dan berbalah adalah orang lain; bukannya Abd Hadi yang memulakan isu ini.

Adakah Abd Hadi tak boleh buat kenyataan akhbar dari luar negeri atas isu yang cukup besar bagi PAS ini? Adakah Abd Hadi tidak boleh bersuara ketika dia di sebarang laut bagi meredakan bara dalam parti itu yang menyaksikan Dato' Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan?

Beliau boleh melakukan semua itu, tetapi Abd Hadi memilih untuk berdiam diri. Dia menggunakan prinsip "48 Laws of Power" -- berdiam diri supaya dia kelihatan hebat dan orang menanti-nanti kenyataan beliau. Bijak!

Lebih bijak lagi ialah keseluruhan episod dan drama ini akan menaikkan "nilai" PAS dalam kerajaan campuran bersama DAP dan PKR.

Menyedari keadaan inilah, maka beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata "isu kerajaan perpaduan ialah masalah dalaman PAS" walaupun beberapa hari lalu Dato' Mustafa Ali mensyaratkan perbincangan dengan Barisan Nasional harus melibatkan DAP dan PAS. DAP tidak mahu diheret untuk memberikan "nilai" kepada politik PAS dalam kerajaan campuran.

Nah! Dalam hal ini Abd Hadi adalah seorang ahli politik yang hebat. Dia berjaya merealisasikan hasrat perwakilan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu yang ingin parti itu diberikan kedudukan yang sewajarnya. Dalam perkataan lain, isu "kerajaan perpaduan" telah memantapkan kedudukan dan nilai PAS dalam hubungannya dengan DAP dan PKR.

Semuanya, gara-gara "kerajaan perpaduan!"
Posted by NOBISHA at 2:30 PM


Nik Aziz suruh Nasharuddin masuk UMNO
June 18, 2009 by admin
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

“Saya ulangi lagi, ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka UMNO, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk UMNO dan letak jawatan dalam parti dan Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah… Ini menyusahkan orang… Biar dia masuk UMNO seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk UMNO senang, lebih baik… daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa… tiada moral kita panggil,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Mungkin Nik Aziz kena tunggu Hj Hadi kembali dari luar negara untuk berbincang, Nik Aziz seolah-olah mahu jadi pemimpin kuku besi tidak mahu mendengar pendapat dan cadangan orang lain, Nasharuddin juga pemimpin PAS, Hj Hadi pula Presiden Pas, Jika Nik Aziz tidal boleh mendengar pendapat mereka , pemdapat siapa lagi yang beliau mahu dengar, Anwat Ibrahim bukan pemimpin Pas,

Nik Aziz tidak perlu bertindak sebagai pemimpin kuku besi dan memaksa pemimpin dah ahli pas mendengar dan mengikut telunjuk beliau sahaja. Ramai ahli Pas yang sudah bosan dengan sikap Nik Aziz dan sebagai bukti , keputusan pemilihan Pas baru-baru ini telah pun mereka terjemahkan. Kesemua ayam tambatan Nik Aziz tewas dan perwakilan Pas memberikan undi kepada ayam tambatan Hj Hadi,

Kenapa Nasharuddin perlu keluar parti, Kenapa tak Nik Aziz saja masuk PKR dan jadi musyridul Parti PKR

sumber kelab penyokong maya umno

Wakil Pas setuju dialog


KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin tertinggi Pas setuju menyertai Dialog Perpaduan Ummah: Umno dan Pas anjuran Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) di Petaling Jaya di sini, 14 Ogos ini.

Presiden Penaja GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata mereka mewakili parti tanpa syarat itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, dialog tertutup dengan 400 jemputan itu membincangkan isu Melayu dan Islam yang dikendalikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria selama tiga jam bermula jam 8 malam.



"Persetujuan secara lisan diperoleh minggu lalu dengan Salahuddin menelefon saya mengesahkan penyertaannya.

"Kami menghantar surat jemputan rasmi kepada mereka pada masa terdekat dan berharap Umno turut menghantar tiga wakilnya untuk berdialog," katanya di sini, semalam.

Mohd Khairul berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan tahun lalu, pihaknya tiada kepentingan dalam mengadakan dialog itu, sebaliknya mahu melihat bangsa Melayu dan Islam bersatu di negara ini.

"Memang sukar untuk memujuk pemimpin Pas ini untuk berdialog dengan Umno, tapi akhirnya mereka setuju dengan kepentingan Melayu dan Islam.

"GGMM amat bersyukur mendapat pengesahan daripada Pas dan berharap program pertama kali membabitkan pemimpin parti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerana pelbagai perkara boleh berlaku pada bulan depan," katanya yang menegaskan dialog itu bukan program wacana ilmiah seperti yang dirancang antara Dewan Pemuda Pas Pusat dengan Pergerakan Pemuda Umno.


sumber berita harian

Wacana ilmiah Pemuda PAS-Umno dijangka sebelum Ramadan
July 20, 2009 by admin Filed under Berita Khas
1 Comment
PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yakin pertemuan pertama wacana ilmiah dengan Pemuda Umno pusat dapat diadakan sebelum bulan Ramadan hujung Ogos ini.
Kata Nasrudin, sekurang-kurangnya pertemuan pertama dapat diadakan bulan depan.
“Ya, sebelum bulan puasa bermula,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Sehubungan itu kata Nasrudin, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat selepas 26 Julai ini untuk membentuk jawatankuasa teknikal ke arah merealisasikan wacana membabitkan Pemuda PAS dan Umno.
“Jawatankuasa teknikal ini akan membincangkan format, tempat dan masa wacana,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak pasti siapa yang akan mengetuai jawatankuasa teknikal itu.
Kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihaknya kini menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda PAS mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.
Razali berkata, Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.
Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.
Nasrudin menyerahkan surat jemputan untuk mengadakan wacana itu kepada Razali yang mewakili Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Khairy juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan dua hari kemudian.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan aspek lanjut selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.
Pilihan raya kecil itu selesai 14 Julai lalu.
Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini

sumber kelab penyokong maya umno

Ada bloggers (seorang dua) penyokong Tun yang tidak sedar diri

May 26, 2009 by admin
Setelah Tun Abdullah mengundurkan diri dan membuat peralihan dengan cara yang terbaik pernah dilakukan , beliau sering dikatakan sebagai dijatuhkan oleh Tun Dr Mahathir. Hakikatnya kepada mereka yang menyangka Tun Lah jatuh kerana tindakan Tun Mahathir adalah sebenarnya satu kesilapan yang besar, Tun Lah berundur kerana sayangkan UMNO , Bangsa dan Negara. Tun Lah bukan gila kuasa dan Tun Lah juga mungkin tidak berminat lagi untuk bercakaran dengan Tun Mahathir kerana akibatnya adalah kepada Parti Barisan Nasional. hari ini Tun lah tidak mencampuri sebarang keputusan yang dibuat oleh DS Najib , Perdana Menteri yang telah mengambil alih amanah rakyat dari tangan beliau. Tun Lah tidak mahu mengganggu pentadbiran DS Najib kerana beliau yakin bahawa DS Najib mampu melakukan nya. Lagi pun , tak kan Pak Lah nak campur urusan pentadbiran negara sampai bila-bila.

Pak lah tidak gila kuasa, Beliau boleh lakukan apa saja , jika beliau gila kuasa. Tetapi itu bukanlah sifat seorang pemimpin yang baik,. Harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama. Kita pulang hanya dengan sekeping kain putih dan bukan dengan harta mahupun kuasa yang ada di dunia. Biarlah mereka yang tinggal menguruskan hal dunia , lagi pun di dalam kubur mana ada hand phone nak berikan arahan kepada manusia yang tinggal di dunia ini. Yang akan kita hadapi nanti adalah Nungkar dan Nangkir.

Ramai juga bloggers yang dahulu memihak kepada Tun dan memperjuangkan Tun ketika krisis antara Tun dan Tun Lah menyangka kenaikan Najib adalah kemenangan mutlak mereka (Bukan semua , seorang dua sahaja, yang lain telah berada di medan perang bertungkus lumus menyerang pembangkang) Mereka yang seorang dua ini pula yang lebih-lebih mahu mengawal segala pentadbiran DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin . Mereka menyangka era Najib adalah satu era kekuasaan mereka dan begitu sombong dan bingkak mahu menghapuskan semua penyokong Pak Lah dan juga Khairy Jamaluddin. Mereka lupa bahawa tanpa penyokong Pak Lah dan Khairy Jamaluddin , UMNO tidak mungkin akan dapat disatukan secara solid 100% bagi menghadapi pembangkang pada PRU 13 nanti. Yang hairan DS Najib dan TS Muhyiddn Yassin tidak pula sesombong atau sebongkak mereka.

Bermula dengan penganiayaan kepada Sdr Rashid yang di tawarkan bekerja dengan TS Muhyiddin kini berlarutan pula kepada Omar Ong yang mendapat tawaran dari DS Najib di Petronas. Orang yang sama bangkit menentang dan cuba menghalang , orang yang sama juga mahu jadi hero bagaikan mahu menghapuskan etnik Tun Lah di Bumi Malaysia ini. DS Najib sebenarnya lebih arif dan lebih tahu perancangan beliau mentadbir negara , siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Malahan dalam susunan kabinet juga Najib telah mengenalpasti mereka yang tewas tetapi berkelayakan dan yang tidak berjawatan tetapi berkelayakan untuk disatukan sebagai satu jentera yang mantap dan jelas terbukti susunan kabinet Najib adalah mantap .

Siapalah sangat bloggers ini yang mahu menetukan kepimpinan Najib dan apakah bijak sangat bloggers ini yang merasakan mereka lebih baik dari Najib untuk memberikan nasihat kepada DS Najib. Bukan kita tidak tahu sejauh mana kemampuan mereka , seoarang adalah bekas pengarang seorang lagi sememangnya penjilat Mukhriz. Jika beginilah cara mereka , nampaknya cita-cita TS Muhyiddin Yassin tidak akan tercapai untuk memantapkan BN dalam masa dua tahun. Perbuatan mereka jelas mencerminkan bahawa Mukhriz tetap tidak puas hati dan mengarahkan budak-budak nya menulis menghapuskan etnik Tun Lah. Mukhriz sepatutnya boleh menutup mulut mereka demi kedamaian dalam BN dan UMNO kerana Mukhriz yang membayar mereka.

Apakah mereka merasakan iri hati kerana DS Najib tidak menawarkan mereka jawatan yang baik seperti orang nombor satu dalam NST atau Chairman GLC yang kukuh. Layak kah mereka untuk melakukan tanggungjawab sedemikian jika ditawarkan oleh PM.Hentikan maiannya ini segera, tidak perlu menakut-nakutkan DS Najib kerana beliau bukanlah orang yang sedemikian yang takut kepada ugutan. Berilah kebebasan kepada DS Najib sebagai PM untuk memerintah , Dahulu ketika Tun Mahadhir jadi PM , tidak ada mana mana penulis yang memberikan nasihat dan mencampuri urusan beliau. Tak letih ke bercakaran sesama sendiri. Eloklah berikan tumpuan kepada pembangkang. Sasaran kita bukannya ahli UMNO, sasaran kita sekarang adalah pembangkang. Jangan lah merasa bongkak dan seolah-olah anda kini menguasai Malaysia. Perdana Menteri tahu apa yang beliau lakukan.

sumder kelab tempur maya umno

Sunday 14 June 2009

penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains

Keputusan membatalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja sudah dijangka tetapi juga dilihat sebagai satu kewajipan.



Sama ada kita mahu berbincang dari segi politik mahu pun pendidikan, pertimbangan yang rasional akan mendesak kembalinya pengajaran dan pendidikan anak-anak di sekolah kepada bahasa Melayu.


Dari segi politik, keputusan menjalankan PPSMI tersebut sungguhpun disokong oleh separuh rakyat Malaysia, ia juga ditentang oleh separuh lagi. PPSMI sudah menjadi isu politik yang melemahkan UMNO dan Barisan Nasional.


Sebahagian besar NGO pendidikan, budaya dan bahasa sama ada yang diwakili oleh kaum Melayu mahu pun bukan Bukan Melayu menolak pelaksanaan PPSMI ini.


Alasan mereka sudah tertulis di pelbagai tempat, naskah, seminar dan jalan raya. Kesemua mereka bersatu menjadi anti kerajaan BN dan UMNO. Mereka sudah benci kepada BN yang memperjudikan nasib anak bangsa yang tidak mampu menguasai bahasa Inggeris sekaligus gagal menguasai sains dan matematik.


Kumpulan ini bersatu hati bersama pembangkang yang terang-terang menolak PPSMI.


Manakala kumpulan yang menyokong PPSMI pula berpecah kepada BN dan anti BN. Mereka tidak memberi sebarang apresiasi terhadap keteguhan kerajaan mempertahankan PPSMI selama ini.


Hasilnya pembangkang mendapat sokongan yang lebih besar. Malah dalam UMNO sendiri ramai yang menolak dasar PPSMI ini.


Dari segi politik, PPSMI tidak menguntungkan BN.


Namun yang paling penting dari segi pendidikan anak-anak. Telah sekian banyak dibicarakan sebab musabab pelaksanaan dasar ini. Namun tiada suatu jawapan yang konkrit dan benar-benar utuh.


Jika tidak silap penulis, cadangan PPSMI ini timbul apabila dibicarakan kelemahan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita. Ia kemudiannya melarut kepada kelemahan bahasa Inggeris di kalangan sebahagian sarjana kita.


Justeru atas semangat dan inisiatif untuk melihat anak bangsa maju pada masa akan datang, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan dasar PPSMI ini.


Pada asalnya ia bertujuan memahirkan mata penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelaja. Alasan pengenalan PPSMI ini akan menambah masa berbual dan belajar bahasa Inggeris memandangkan anak-anak di kampung hanya mempunyai kesempatan berbual dan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah.


Apabila ditentang oleh golongan bahasa dan budayawan yang beranggapan penguasaan bahasa Inggeris harus dijalankan dalam bidsang susaster inggeris bukannya dalam bidang matematik dan sains, maka alasan ditambah lagi bahawa kegagalan menguasai bahasa Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris menyebabkan kita tertinggal teknologi dan pengetahuan terkini.


Alasan ini seolah-olah kita memerlukan beratus ribu orang setiap tahun menguasai sains dan matematik peringkat tinggi. Apakah ini realiti?


Golongan budayawan khuatir bahasa Melayu akhirnya menjadi bahasa tepi jalan setelah selepas lima puluh tahun merdeka kerajaan belum berjaya menjadikan ianya bahasa undang-undang, hari ini mahu pula menghapuskan peranan bahasa dalam sains dan matematik.


Golongan pendidikan pula berhujah, apakah kita mahu melahirkan ratusan ribu saintis setiap tahun sehingga membuat dasar PPSMI ini? Apakah kerana mahu melahirkan 1-2 ribu saintis setahun kita rela melihar puluhan ribu yang lain gagal menguasai matematik dan sains kerana kesukaran menguasai bahasa Inggeris?


Apakah bahasa Inggeris lebih penting daripada pengetahuan dalam matematik dan sains asas?


Bagi golongan pro PPSMI, mereka melihat dari sudut positif dalam isu ini, iaitu tiada sagu jika tidak dipecahkan ruyung. Bagi mereka jika tidak dipaksa dan diwajibkan PPSMI, anak Melayu akan ketinggalan kepada dunia globalisasi.


Alasan mereka juga sangat nobel.


Namun tanpa PPSMI selama ini pun kita tetap mengeluarkan saintis dan sarjana yang mahir berbahasa Inggeris kerana kita mempunyai sistem yang dari awal mengenalpasti potensi mereka lalu menempatkan mereka di sekolah-sekolah berasrama penuh, maktab sains mara dan kolej yang memberi tumpuan lebih kepada kemahiran berbahasa Inggeris.


Pemansuhan PPSMI ini sungguhpun satu kerugian kepada negara dari satu sudut, namun ia juga menguntungkan negara dari sudut lain.


Ia merugikan negara kerana PPSMI merupakan satu mekanisme menyeluruh membentuk pemikiran dan pemahaman ilmu dalam bahasa globalisasi iaitu bahasa Inggeris.


Pemansuhan ini juga menguntungkan kerana anak-anak dapat belajar kembali asas sains dan matematik dalam bahasa ibunda, sekaligus meramaikan lagi golongan yang menguasai asas kemahiran hidup iaitu mengira dan memahami ilmu saintifik.


Jangan keliru antara menguasai bahasa Inggeris dengan menguasai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia dua perkara berbeza dan perlu ditangani dalam keadaan berbeza.


Kita akui kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Alangkah baiknya jika anak-anak kita menguasai dua atau tiga bahasa yang termasuk bahasa Inggeris. Ini sebahagian ciri-ciri paspot kejayaan masa hadapan.


Penguasaan dalam asas sains dan matematik (pengiraan) adalah penting kepada sesiapa sahaja yang mahu hidup atas muka bumi ini.


Namun adalah tidak penting untuk 25 juta penduduk negara ini menguasai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


Atas sebab itulah pemansuhan PPSMI ini tidaklah perlu diratapi, ditangisi dan diraungkan sehingga mahu menolak UMNO dan BN.


Dakwaan bahawa PPSMI boleh menjamin kejayaan anak bangsa kita adalah satu mitos kerana ada ramai orang Inggeris dan Amerika yang menjadi penagih dadah, hippi, tidur di bawah jambatan, perogol, perompak, pengamal ajaran sesat biar pun mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.


Keputusan telah dibuat berdasarkan kajian dan trek rekod pelaksanaannya selama lapan tahun ini. Ketika itu ramai yang menyokong walaupun tidak setuju, kerana mahu melihat kejayaan PPSMI ini dan juga kerana mereka menyokong UMNO.


Hari ini setelah kajian dibuat dari segi pendidikan, politik dan bahasa, kerajaan memutuskan memansuhkan PPSMI ini.


Apakah mereka yang taksub kepada PPSMI ini tidak boleh bertolak ansur untuk memberi ruang kepada pemikiran baru pula? Apakah tidak boleh sekali sekala, kita melihat pula kaedah orang lain yang mana tahu mungkin akan l;ebih baik dan berjaya.


Memang benar jangan memperbaiki benda yang tidak rosak. Namun yang Tan Sri Muhyiddin mahu baiki ini sesuatu yang rosak. Jadi berilah peluang kepada beliau dan juga kerajaan.


Walau apa pun kemarahan kita terimalah hakikat bahawa pemansuhan ini merungkai dan meleraikan konflik politik, pendidikan dan bahasa dengan sebahagian besar tokoh budayawan dan tokoh pendidikan negara ini.


Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.



PPSMI Dimansuhkan

Selaras dan konsisten dengan pendirian kami sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik dan mengucapkan syabas dengan keputusan jemaah Kabinet yang memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat bermula dari tahun 2012. Keputusan tersebut yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, semasa membentangkan strategi bagi memartabatkan subjek Bahasa Malaysia dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, menggambarkan pendekatan penuh prihatin dan bertanggungjawab serta peka terhadap pencapaian dan maklum balas bagi dasar yang dilaksanakan.

Menurut YAB Tan Sri Muhyiddin, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian terperinci yang dilakukan oleh pihak Kementerian terhadap keberkesanan perlaksanaan dasar PPSMI dan bukannya atas kepentingan politik. Hasil kajian dan pemantauan ke atas dasar yang dimulakan sejak 2003 itu mendapati bahawa tidak semua pendidik subjek Sains dan Matematik dapat mengajar sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris di samping ramainya pengajar yang tidak melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan bagi ujian Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Jika dilihat dari aspek pelajar pula, jurang pencapaian bagi matapelajaran Sains dan Matematik antara kelompok pelajar bandar dan luar bandar semakin melebar manakala tahap pencapaian relatif pelajar Malaysia bagi kedua-dua subjek berkenaan berdasarkan piawaian antarabangsa juga merudum dari 2003 hingga 2007.

Dengan pemansuhan ini, subjek Sains dan Matematik akan diajar semula dengan medium pengantaran Bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi sekolah aliran vernakular Cina dan Tamil.

Dalam aspek pemantapan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Kerajaan akan menambah 13,933 guru-guru bagi subjek berkenaan yang melibatkan pendidik dari luar negara, pesara-pesara dan juga pengambilan tenaga pengajar baru disamping penambahbaikan pembelajaran melalui peningkatan masa belajar, pengembangan modul serta penyerapan aspek dan istilah Sains dan Matematik di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

Disamping itu, Kerajaan juga akan mempertingkat lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia melalui transformasi kurikulum Bahasa Malaysia, terutama di dalam aspek tatabahasa, komunikasi dan juga seni bahasa.

Bagi Pemuda UMNO, segala langkah dan pendekatan ini adalah cocok dan sesuai kerana ia bukan sahaja menamatkan suatu dasar tempang yang merugikan pelajar, terutama sekali di pendalaman dan luar bandar, bahkan memberi preskripsi polisi yang tepat lantaran pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan cara meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

Akhir kata, Pemuda UMNO sekali lagi mengucapkan syabas dan menegaskan penerimaan positifnya terhadap keputusan yang diumumkan semalam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, yang menggambarkan keprihatinan Kerajaan.

sumber khairy jamaludin


PPSMI: 80 peratus pengundi blog Tun M tidak sokong pemansuhan
10/07/2009 5:51pm


KUALA LUMPUR 10 Julai — Kira-kira 80 peratus daripada 26,000 pengunjung blog Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengambil bahagian dalam undian blog didapati tidak menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Bekas perdana menteri itu yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar semula di dalam Bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah Cina dan Tamil berkata, beliau mengadakan undian blog itu untuk mengkaji sendiri sentimen masyarakat berhubung pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang diperkenalkan pada 2003.

“Saya (anjur) blog poll ini supaya kita dapat tahu apa pendapat orang ramai dan tentu bila dapat result kalau tak dapat kemuka cara lain, sekurang-kurangnya dalam blog akan sampai, itupun kalau ada orang kerajaan baca blog saya,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Wacana Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan pemansuhan PPSMI itu adalah salah, Dr. Mahathir menegaskan bahawa tujuan PPSMI diperkenalkan adalah supaya para pelajar dapat menguasai ilmu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

“Ia bukan mengenai cuba belajar bahasa Inggeris atau Melayu...ia semata-mata untuk pengetahuan kerana pengetahuan pada hari ini datang kepada kita dalam bahasa Inggeris.

“Hari ini pengetahuan berada dalam kalangan orang yang menulis dalam bahasa Inggeris dan atas sebab itu kami mahu belajar bahasa Inggeris untuk mendapatkan pengetahuan, bukan untuk belajar bahasa Inggeris tetapi Sains mempunyai istilah khas dalam bahasa Inggeris. Sebab itu kenapa penting untuk kita menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik,” katanya.

Mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr. Mahathir berkata, pertemuan itu hanyalah untuk sesi penerangan kepadanya berhubung isu PPSMI tetapi tidak dimaklumkan mengenai keputusan PPSMI.

Mengalu-alukan tindakan Muhyiddin untuk bertemu dan memberi penerangan kepadanya, Dr. Mahathir bagaimanapun menegaskan beliau tidak berharap dirujuk setiap kali kerajaan mahu melaksanakan perubahan dasar, terutama yang dibuat ketika di bawah pentadbiran beliau. - Bernama

sumber utusan malaysia





Persoalan bahasa Inggeris tidak habis-habis
Oleh Nik Safiah Karim

Penyelesaian situasi menang-menang pastikan bahasa Melayu tak terpinggir

RAKYAT Malaysia tidak putus-putus dibebankan dengan persoalan berkaitan bahasa Inggeris. Kita sentiasa diingatkan mengenai kepentingan bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan pelajar kita, betapa perlunya warga negara Malaysia menguasai bahasa Inggeris dengan baik, dan mengenai sukarnya mendapat pekerjaan jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah.

Berbulan-bulan lalu kita ribut dengan persoalan berkaitan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kita mendengar berita mengenai perbincangan meja bulat demi meja bulat. Namun, kerajaan masih belum mahu membuat keputusan di sebalik suara-suara lantang yang mengatakan lebih banyak kesan buruk yang timbul daripada dasar ini daripada kesan baik.

Satu kesan buruk ialah pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dan luar bandar menjadi mangsa dasar ini. Mereka tidak dapat belajar Matematik dan Sains dengan baik melalui bahasa Inggeris oleh sebab penguasaan bahasa Inggeris mereka amat lemah. Persekitaran keluarga dan suasana hidup juga tidak membantu, tidak seperti keluarga di bandar yang bukan saja bercakap di rumah dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mempunyai kemudahan seperti televisyen, komputer dan internet untuk membantu anak mereka menguasai bahasa Inggeris dengan baik.



Kita juga tahu bahawa dasar ini dilaksanakan dengan amat tergesa-gesa sehingga guru, yang terdidik dan terlatih dalam bahasa Melayu, tidak dapat mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dengan berkesan. Ini menjadikan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini, yang sememangnya sukar menjadi lebih sukar. Apatah lagi di kalangan pelajar luar bandar dan daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Satu kesimpulan yang amat ketara ialah bahawa dasar PPSMI ini tidak berlaku adil terhadap sebahagian besar rakyat negara ini. Dari sudut ini sudah jelas tindakan dan keputusan yang patut diambil pihak kerajaan berkaitan dasar PPSMI.

Kini kita sekali lagi dikejutkan dengan persoalan di sekitar bahasa Inggeris. Kita diminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, untuk menimbang kemungkinan menjadikan bahasa Inggeris wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM ini amat penting bagi pelajar kita kerana sijil ini adalah kunci yang pertama membuka peluang lain seperti untuk melanjutkan pelajaran, menjalani kursus kemahiran atau mencari pekerjaan. Secara langsung kita mengaitkan masa depan anak kita dengan penguasaan bahasa Inggeris, bahasa bekas penjajah kita dan bahasa yang tidak bertaraf bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Benar bahawa ini cadangan saja, dan pihak kerajaan meminta semua pihak memberi pandangan. Kita mengalu-alukan sikap terbuka dan bertimbang rasa kerajaan dan saya berharap semua rakyat akan tampil memberi pandangan yang wajar dan menguntungkan bangsa dan negara, bukan untuk membodek semata-mata. Tetapi pengalaman membuktikan bahawa buah fikiran yang dilemparkan sebagai cadangan selalunya menjadi kenyataan. Demikian jugalah dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris mata pelajaran yang amat penting dalam konteks SPM ini.

Kebimbangan saya ialah kalau-kalau lemparan buah fikiran ini semata-mata untuk mengaburi mata rakyat, yang selepas penat berbincang akan disogokkan dengan keputusan yang mengatakan bahawa lebih ramai yang menyokong cadangan ini, pada hal tidak dilakukan apa-apa kajian meyakinkan.


MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Jimadie Shah Othman | Jun 27, 09 1:03pm
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

sumber utusan malaysia



Tumpuan Berlebihan Terhadap Bahasa Inggeris

Dalam soal ini, saya perhatikan masyarakat kita dan kerajaan terlalu bertumpu kepada bahasa Inggeris dan hampir tidak timbul perhatian terhadap bahasa Melayu. Sekali sekala kita diingatkan supaya tidak risau kerana kedudukan bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Banyak juga yang mengatakan tidak ada lagi persoalan mengenai bahasa Melayu. Ramai pula ahli politik yang mengatakan tidak ada lagi perjuangan mengenai bahasa Melayu. Maka tidur lenalah semua orang, yang tidak sedar bahawa mimpi ngeri ialah bahawa bahasa kebangsaan kita sudah terpinggir dan akan diambil alih oleh bahasa bekas penjajah.

Mengapa perlu diberikan perhatian kepada bahasa Melayu? Sebabnya ialah kerana bahasa Melayu ialah:

l Bahasa kebangsaan negara;

l Bahasa rasmi;

l Bahasa perhubungan antara rakyat jelata biasa;

l Bahasa perpaduan, dan

l Bahasa saluran ilmu pengetahuan.

Jika begitu banyaknya tugas atau fungsi bahasa Melayu, mengapa pula kita menumpukan perhatian berlebihan kepada bahasa Inggeris? Inilah yang memeningkan saya, sebagai seorang rakyat yang menguasai bahasa Inggeris, tetapi lebih mencintai bahasa kebangsaan negara sendiri.

Bagi saya bahasa Inggeris memang penting dalam dunia sekarang, dalam dunia yang global sifatnya. Kita perlu berhubung dengan dunia luar untuk tujuan diplomasi untuk berniaga dan untuk bertukar pandangan dengan warga dunia yang semakin kecil.

Demikian juga, banyak ilmu ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka penguasaan bahasa Inggeris yang baik amat menguntungkan kerana mereka dapat menimba ilmu dengan senang melalui ribuan sumber maklumat yang ada. Mereka juga boleh membantu menyebarkan ilmu ini dengan menulis kembali buah fikiran ini ke dalam bahasa lebih senang dihayati rakyat biasa, yang tidak berniat menjalani program ijazah tinggi, tetapi yang semata-mata ingin membaca maklumat dan idea-idea baru.

Tetapi mengapa mesti wujud semacam kegilaan terhadap bahasa Inggeris, disertai pula sikap acuh tak acuh terhadap bahasa kebangsaan sendiri? Kita sekarang tidak ubah seperti keadaan menyusu kera di hutan, sambil menganaktirikan bahasa sendiri. Melihat kepada keghairahan terhadap bahasa Inggeris, tergambar seolah-olah bahasa Melayu sudah hampir ke liang lahad.



Situasi Menang-Menang

Bagi saya ada dua pandangan yang bertentangan berkaitan isu ini yang kedua-duanya kurang sihat. Pada satu pihak, ada satu golongan menganggap bahasa Inggeris sebagai amat penting untuk survival pada masa ini. Sesiapa yang menyokong bahasa Melayu dianggap sebagai menentang bahasa Inggeris, oleh itu hanyalah layak dikelompokkan ke dalam 'golongan ultra.' Golongan ultra ini dianggap kolot, tidak mahu melihat orang lain maju melalui bahasa Inggeris, dan sebenar-benarnya tidak patut dilayan. Penyokong bahasa Inggeris ini datang daripada pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik, tetapi kebanyakannya orang bandar dan terdidik dalam bahasa Inggeris dalam mahupun luar negara. Penguasaan bahasa Melayu mereka juga agak rendah dan mereka tidak begitu terdedah kepada sastera dan budaya Melayu, kerana lebih menggemari sastera dan budaya Barat.

Pada pihak lain pula ialah golongan yang kecintaan mereka terhadap bahasa Melayu amat dalam, dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa dalam dunia pada masa ini ada tempat bagi bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa lain. Golongan ini tidak menganggap bahasa Inggeris penting, oleh itu tidak memberatkan persoalan bahasa Inggeris.

Pada hemat saya, kedua-dua kumpulan ini keterlaluan. Sikap mereka tidak sihat dan tidak membawa keuntungan. Keadaan seperti ini saya anggap sebagai situasi menang-kalah kerana masing-masing menegakkan benang yang basah. Satu pihak menganggap perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu sebagai ultra, sebaliknya golongan yang kedua tidak begitu mahu menerima bahasa Inggeris.

Sudah tiba masa kita mencari penyelesaian menerusi situasi menang-menang. Dalam situasi ini, kita menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris itu penting. Bagaimanapun dalam konteks negara dan kenegaraan, bahasa kebangsaan kita lebih penting. Pendirian menang-menang ini mengatakan bahawa dalam situasi tertentu penghormatan hendaklah diberikan kepada bahasa kebangsaan, iaitu dalam situasi bersifat rasmi dalam bidang pendidikan dan dalam konteks kenegaraan. Namun, ada tempat dan ketika bagi bahasa Inggeris di dalam mahupun di luar negara. Perhubungan antarabangsa sudah semestinya dalam bahasa Inggeris atau bahasa antarabangsa lain. Dalam konteks negara, situasi seperti persidangan antarabangsa dan diplomasi boleh menggunakan bahasa Inggeris.

Yang lebih utama ialah aspek emosi terhadap kedua-dua bahasa ini. Sepatutnya perasaan cinta akan dan berbangga dengan bahasa kebangsaan sendiri hendaklah dikaitkan dengan bahasa Melayu. Curahan perasaan seni dan kegiatan kebudayaan seboleh mungkin dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utiliti, bahasa untuk mencari ilmu pengetahuan dan untuk berhubung dengan dunia luar.

Penulis adalah Karyawan Tamu, Universiti Malaya

sumber berita harian

Ungku Aziz: Sains Dan Matematik Tidak Semestinya Diajar Dalam Bahasa Inggeris

Subjek Matematik dan Sains boleh diajar dalam mana-mana bahasa dan tidak semestinya hanya dalam bahasa Inggeris, kata Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini.

Beliau berkata kedua-dua subjek itu boleh dipelajari dalam mana-mana bahasa kerana tujuan utama ialah untuk mempelajari subjek tersebut dan bukan bahasa Inggeris.

“Anda boleh buat (belajar Sains dan Matematik) dalam bahasa Melayu agak baik, anda boleh buat dalam bahasa Cina juga sangat baik, anda boleh buat dengan baik dalam bahasa Jerman, tidak ada istimewanya mempelajari sesuatu subjek dalam bahasa tertentu,” katanya kepada pemberita selepas memberikan Syarahan mengenai ‘Mencari Kejayaan’ pada Siri Syarahan Anugerah Merdeka di sini.

Katanya ramai yang memperoleh pengetahuan malah dalam bahasa Melayu dan Matematik sebagai satu bahasa simbolik yang boleh dipelajari dalam mana-mana bahasa.

“Pada 1974, kita mengambil masuk pelajar Melayu di Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya.

Kini graduan Pusat Asasi Sains merupakan pakar dalam bidang masing-masing dan mereka mendapat gaji lebih RM40,000 sebulan dan mereka mempelajarinya semua dalam bahasa Melayu. Sehubungan itu, bahasa bukanlah isunya,” katanya.

Ungku Aziz berkata juga bahasa Melayu boleh menjadi alat untuk memastikan pencapaian perpaduan nasional.

“Anda hanya boleh mempunyai perpaduan nasional jika setiap orang boleh memahami seseorang dalam satu bahasa. Jika orang ramai boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil tetapi mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan ini kita tidak boleh ada perpaduan nasional,” kata beliau.

Beliau juga berkata sistem pelajaran negara tidak mempromosikan pemikiran kreatif dan selagi sistem mengamalkan pilihan pelbagai dalam peperiksaan, orang ramai tidak akan kreatif.

“Sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai satu subjek mengenai pemikiran sama ada pemikiran kreatif atau pemikiran sisian pada peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi,” kata beliau.

Syarahan ini adalah siri ketiga daripada enam siri Syarahan Anugerah Merdeka untuk 2008/2009 yang dianjurkan bersama Petronas, ExxonMobil dan Shell.

– BERNAMA

Sains, Matematik dalam BI: Kajian Unesco tidak dipeduli
LanH
Fri | Nov 24, 06 | 12:47:03 pm MYT
Pertukaran bahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu (2003), Dr Mahathir Mohamad, dilaksanakan tanpa sebarang kajian perintis (pilot study) atau perbincangan.

Iklan


Sehubungan itu, ia dikhuatiri akan menuju kegagalan sekalipun ada pihak mendakwa negarawan yang memperkenalkannya mempunyai prihatin iklas berhubung kemerosotan mutu bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas hampir empat tahun dilaksanakan, rakyat dan pemimpin Malaysia masih kabur mengenainya. Bayangkan di Parlimen baru-baru ini seorang wakil rakyat BN bertanya apakah kemerosotan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Wakil rakyat tidak buat 'homework'

Jelas sekali wakil rakyat ini tidak membuat 'homework'nya. Dia seolah-olah tidak meneliti perkembangan semasa sebelum melontarkan pertanyaannya kepada Menteri Pelajaran atau wakilnya. Dia juga hampir pasti tidak mempunyai anak di sekolah rendah, jika tidak masakan dia bertanyakan soalan itu. Jika dia ada anak di sekolah rendah, dikhuatiri dia tidak mengambil tahu perkembangan anak-anak di sekolah rendah.

Sebenarnya UPSR tahun ini tiada kaitan langsung dengan pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. UPSR tahun ini (dari segi penggunaan bahasa) adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi soalan wakil rakyat BN itu tidak relevan sama sekali.

Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, yang menjawab soalan itu berkata kemerosotan mutu UPSR tahun ini tidak ada kaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini kerana murid Tahun Enam yang mengambil ujian itu masih mengikuti mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah Cina dan Tamil.

Kumpulan murid pertama yang akan menduduki UPSR membabitkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris kini berada dalam Tahun Empat. Tahun depan (2007) mereka akan berada dalam Tahun Lima dan pada UPSR tahun 2008-lah mereka akan menduduki kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

Jika wakil rakyat BN itu membuat 'homework'nya, mungkin dia tidak akan bertanyakan soalan itu. Seorang guru atau bapa yang prihatin tentulah tahu bahawa subjek bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 2003 kepada murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Jadi kumpulan pertama dari sekolah rendah akan menduduki UPSR dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2008 manakala kumpulan pertama sekolah menengah menduduki PMR dengan subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tahun lalu (2005).

Kumpulan pertama di sekolah menengah itulah yang kini menghempas pula belajar bukan saja subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi juga subjek berkaitan seperti Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.

Berdasarkan artikel, surat pembaca dan laporan akhbar, sejumlah orang yang tidak peka tentang perkara ini turut mengulas isu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Contohnya pada 24 November, dalam sepucuk surat pembaca dalam Berita Harian dengan tajuk 'Usah pertikai kepentingan bahasa Inggeris', penulisnya antara mencatatkan: "Walaupun penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kini hangat diperkatakan, ia lebih menjurus kepada kemerosotan mata pelajaran berkenaan dan pencapaian murid yang menduduki UPSR tahun ini."

SMI bermula dengan murid Tahun Dua, Tingkatan Dua?

Rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia pada 12 November 2006 dengan tajuk 'Jangan separuh jalan' lebih teruk apabila beliau antara lain menulis: "Dasar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI) diperkenalkan tahun 2003, bermula dengan murid tahun dua bagi sekolah rendah serta tingkatan dua dan enam bagi sekolah menengah dan matrikulasi."

Bagaimana Ku Seman mendapat maklumat ini tidaklah diketahui. Hakikatnya SMI bermula pada tahun 2003 membabitkan murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Kalau fakta yang penting ini pun salah, bagaimana Ku Seman dapat berhujah dengan meyakinkan dalam rencananya itu.

Pada 'intro'nya beliau menulis: "Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dasar pengajaran SMI dikekal seperti dirancang. Eloklah selepas tidak ada pihak yang cuba membangkitkan isu dasar SMI yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Persoalannya siapa persetujui perkara ini? Seperti dinyatakan sebelum ini, ia adalah idea perdana menteri yang kini tidak lagi berkuasa. Banyak pihak menentangnya tetapi kebanyakannya tidak disiarkan akhbar berbahasa Melayu. Yang disiarkan ialah persetujuan pak turut dan kaki ampu pemimpin politik Umno, yang kini mulai sedar seperti yang dibuktikan melalui resolusi Umno Johor.

Berbanding rencana dan surat pembaca yang kurang kritis yang disiarkan akhbar berbahasa Melayu, pandangan pembaca bukan Melayu dalam akhbar bahasa Inggeris lebih rasional dan kritis.

Kajian Unesco

Dalam surat kepada pengarang di akhbar the Star, bertarikh 14 November 2006, penulisnya K Arumugam dari Petaling Jaya antara lain menulis: "After three years of implementation, questions are being raised if the language switch has been effective. There are now calls for the move to be reviewed.

"Everyone is free to discuss the issue. But one must comment with honesty and substantiate any argument with some base findings.

"WE ARE TALKING ABOUT OUR CHILDREN AND THE FUTURE GENERATIONS OF OUR COUNTRY. IT IS CERTAINLY NOT AN ARENA FOR POLITICAL MILEAGE AND PATRONAGE.

"Three years is too short to determine the full impact of the switch in primary schools. On the other hand, if we wait to realize the full impact of the move, it may be too late to remedy the situation.

"It will be a sad case of missed opportunities and a costly waste in HUMAN CAPITAL (modal insan?) and material. Unesco's findings include a comprehensive research review carried out for the World Bank in 1997.

"The most important conclusion drawn from this research says: "...when learning is a goal, including that of learning a second language, the child's first language (i.e. his or her mother tongue) should be used as the medium of instruction in the early years of schooling.

"The first language is essential for the initial teaching of reading, and for comprehension of subject matter. It is the necessary foundation for the cognitive development upon which acquisition of the second language is based.

"Unesco quotes from 'Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries (Staff Working Papers, New York, Unicef': "In a situation where the parents are illiterate...if the medium of instruction in school is a language that is not spoken at home the problems of learning in the environment characterized by poverty are compounded, and the chances of drop-out increase correspondingly."

Penulis K Arumugam mengemukakan hujahnya berdasarkan kajian Unesco, tetapi adalah amat malang sekali pemimpin negara dan kuncu-kuncunya termasuk penulis Melayu membuat sesuatu tindakan tanpa sebarang kajian. Selepas itu ia disokong bulat-bulat tanpa sebarang rujukan.

Kementerian Pelajaran melalui Menterinya, Hishammuddin Hussein selepas diasak oleh cendekiawan Melayu dan Umno Johor, berkata dasar SMI mungkin akan dikaji selepas kumpulan pertama pelajar UPSR menduduki peperiksaan itu pada 2008.

Tahun 2008? Ohh, tidak tahulah penulis betapa lambatnya Melayu bertindak. Jika prestasi bagus, dasar akan diteruskan; jika tidak, akan berpatah balik? Ohh, alangkah malangnya Melayu, hasil kajian Unesco sudah ada di depan mata tidak dipedulikan tetapi pemimpin Melayu bertindak berdasarkan rasa syok sendiri.

Kepilan artikel sebelum ini

Kembalikan penggunaan bahasa Melayu dalam Sains, Matematik

Sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003.

Ketika cuti raya baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.

Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang 'pass' kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.

Guru tergigil-gigil mengajar

Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.

Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk 'menajamkan' lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.

Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.

Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu 'dihapuskan sepenuhnya' dalam tempoh beberapa tahun lagi. Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka 'pakai hentam saja', asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.

Anak-anak Melayu makin ramai menuju ke 'longkang'

Masalah guru dan murid-murid yang 'merana' akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju 'ke longkang'.

Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.

Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas.

Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan.

"Akibatnya," kata guru berkenaan, "pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon."

Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang 'sekejap ada, sekejap tiada', ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.

Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.

"Bukan dia tak tahu nak jawab, cuma bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

"Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,"jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.

PM perlu bertindak segera selamat generasi muda

Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Kata mereka, jika Abdullah 'berani' menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir sebelum melaksanakan rancangan 'syok sendiri'nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, cuma berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.


sumber harakah daily

ISU BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar baru (yang tidak pula berdasarkan pindaan Akta Pendidikan) yang merombak dasar selama puluhan tahun dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun. - Prof Dr Awang Sariyan. Tatkala negara maju lain sedang berusaha memartabatkan bahasa masing- masing, kita menemukan formula songsang untuk memertabatkan bahasa kita sendiri. Pengunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik merupakan malapetaka besar yang melanda peradaban Melayu. Bapa kepada Adi Putra suatu ketika menitiskan air mata kerana sedih Bahasa Melayu diabaikan dalam Sains dan Matematik. Adi Putra, manusia genius berumur enam tahun umat Melayu meneggemparkan negara apabila mampu untuk menghasilkan formula dan menyelesaikan masalah matematik peringkat universiti. Bapanya mengatakan, Adi Putra menguasai matematik di peringkat muda itu bermula dengan belajar matematik dalam Bahasa Melayu, kemudian sahaja Adi Putra belajar melalui Bahasa Inggeris. Nah, terbukti Bahasa Melayu masih perkasa untuk memberdaya akal Adi Putra untuk memahami sekaligus membuat kejutan dalam matematik.


ISU BAHASA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA:
PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

oleh: Prof. Dr. Awang Sariyan

LATAR BELAKANG
Pada tahun 1993, Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Keputusannya itu bertentangan dengan pendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dengan tegas menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar utama untuk semua kursus di universiti.

Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawan yang faham dan masih kental semangat kebangsaannya mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusi dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan telah diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1996 dalam buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan Allahyarham Asraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih ada tenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadi penaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnya keputusan itu senyap begitu sahaja.

Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar baru (yang tidak pula berdasarkan pindaan Akta Pendidikan) yang merombak dasar selama puluhan tahun dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun. Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistem pendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasar pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan yang digagaskan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan kemudian diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 hingga diterapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru dilaksanakan dengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman Ya`kub (kini Tun Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untuk melaksanakan dasar yang menjadi acuan pembentukan generasi baru yang bersatu padu dan memperoleh ilmu serta sistem nilai melalui satu bahasa kebangsaan hanya dapat dimulakan berbelas-belas tahun kemudian.

Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistem pendidikan yang menekanakan aspek manusiawi, maka Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu membuat kajian dan menerbitkan kajian itu pada tahun 1979. Sebagai hasil rumusan dan syor jawatankuasa tersebut, dirancang pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyata bahawa permulaan pelaksanaan dasar dan sistem baru itu mengambil waktu lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988.

DASAR YANG MENIMBULKAN TANDA TANYA
Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sudah banyak ahli profesional dalam pelbagai bidang yang juga lahir daripada sistem pendidikan negara yang berteraskan bahasa kebangsaan. Adakah Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan telah gagal? Jika benar, manakah kajian yang dijalankan yang membuktikan kegagalan itu?

Selain tiada kajian yang dijalankan tentang Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan, dalam konteks penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama, tiada juga kajian yang dilakukan untuk melaksanakan dasar baru penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik. Tiada perundingan yang dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan, ahli-ahli bahasa dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Barangkali ada perundingan dengan pihak tertentu secara eksklusif yang tidak diketahui dengan pasti siapa dan apa inti pati perundingan itu, sedang bidang pendidikan merupakan bidang yang menentukan nasib semua rakyat. Bahkan tiada sama sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang baharu.

Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak diendahkan. Persatuan Linguistik Malaysia, misalnya, banyak menganjurkan forum, perbincangan, penyediaan memorandum, surat dan pernyataan media tentang isu tersebut tetapi tidak tampak reaksi dan respons yang positif daripada pihak berkuasa. Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Perdana Menteri pada waktu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya yang kini menjadi Perdana Menteri pada tahun 2002, dan juga pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Perdana Menteri baru pada tahun 2005, di samping beberapa pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan beberapa orang pemimpin lain tampaknya tidak menyebabkan sebarang perubahan dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun dipandang sepi. Malah beberapa hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh hanya tiga hari! Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing – suatu fitnah besar yang dilontarkan kepada para pejuang bahasa sebagai usaha menutup isu yang sebenarnya. Tiada seorang pun pejuang bahasa yang menafikan pentingnya penguasaan bahasa asing, malah mereka monyokong apa-apa langkah meingkatkan penguasaan bahasa yang dapat membantuk kemajuan bangsa dan negara. Isu yang dibangkitkan ialah peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahas ilmu dalam proses peningkatan pengusaan bahasa asing – hal yang tidak wajar berlaku kerana maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan tonggak tamadun bangsa tidak patut digadaikan atas alasan apa pun. Apabila Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Siri Bicara Bahasa (siri1 - 20) sebagai wadah membahaskan isu tersebut, ada arahan lisan yang “mengharamkan” terbitan itu daripada diedarkan.

IMPLIKASI KEPADA BANGSA DAN NEGARA
Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu telah menunjukkan tanda awal bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing.

Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu. Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu.

Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggerus. Kenyataan tersebut tergambar pada dapat kajian bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik kerana diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang dalam sains dan matematik jika diajarkan dalam bahasa Melayu. Kajian DBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar menunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kesediaan mereka belajar sains dan matemtik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains) dan 5% (untuk matematik).

Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM (2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup mencemaskan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa Melayu. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasa Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gred A) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi mata pelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripada sampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris pula, hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malang sekali apabila yang mencapai gred A dalam mata pelajaran bahasa Melayu hanya 18.7% dan 16.7% malahan gagal (mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan yang terjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihan yang mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut, iaitu guru sendiri menghadapi masalah yangbesar amat besar. Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan berlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru. Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu menerangkan konsep sians dan matematik dalam bahasa Inggeris. Satu kajian lain yang dijalankan pada tahun 2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72% mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains da matematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar lebih dapat menumpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Melayu.

Jelas bahawa proses pengajaran dan pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak dapat mencapai hasrat untuk meningkatkan pelajar kita dalam bidang-bidang tersebut, malah sebaliknya menurunkan penguasaan mereka dalam bidang-bidang berkenaan. Dalam jangka lima tahun pelaksanaan dasar baharu ini, dijangka ratusan ribu pelajar akan gagal atau tidak cemerlang pencapaiannya dalam sains dan matematik dan fenomena ini melibatkan majoriti pelajar di luar bandar yang jelas terdiri daripada anak-anak Melayu. Implikasi ini secara langsung menjejaskan keutuhan bangsa Melayu yang memang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang di negara ini. Bidang pendidikan yang diharapkan dapat melonjakkan citra dan martabat bangsa Melayu akan sebaliknya menjadi alat yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri.

Daripada segi sosial dan politik, kesan-kesan buruk daripada pelaksanaan dasar baharu ini akan menggoncang kestabilan sosial dan politik negara, disebabkan akan wujud ketidakseimbangan pencapaian akademik yang akhirnya melebarkan jurang antara kaum dan kelas masyarakat. Usaha kerajaan untuk menyeimbangkan pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan, dan seterusnya dalam bidang profesional akan terjejas dengan teruknya dan keyakinan orang Melayu kepada pemimpin dan parti teras pemerintah negra, iaitu UMNO akan merosot atau hilang. Kehilangan keyakinan itu akan melemahkan kekuatan politik Melayu yang diharapkan dapat menjamin keutuhan bangsa apabila, misalnya pengundi Melayu sendiri mengalihkan sokongan mereka kepada parti lain sebagai tanda protes. Sekali lagi pemimpin kita cukup bertolak ansur apabila sekolah kebangsaan diwajibka mematuhi arahan dasar baru tetapi pada waktu yang sama sekolah jenis kebangsaan diberi izin meneruskan penggunaan bahasa ibunda (di samping bahasa Inggeris) untuk mengajarkan sains dan matematik. Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri yang memang ditubuhkan untuk memajukan bahasa kebangsaan, menjelang pelaksanaan dasar baru itu telah dilarang menerbitkan buku teks pilihan dalam bahasa Melayu bagi sains dan matematik untuk kepentingan anak-anak Melayu di luar bandar. Mulia sungguh hati budi pemimpin Melayu!

Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula berlaku di Institusi Pengajian Tinggi Awam apabila semua universiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arah pengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, sebagai suatu kelanjutan logis daripada dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universiti tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterima merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris. Yang menghairankan ialah bahawa apabila Naib Canselor Universiti Putra Malaysia membuat pengumuman pada sekitar bulan Ogos 2004 bahawa universiti itu akan melaksanakan pengajaran dalam bahasa Inggeris bagi kursus-kursus sains dan teknologi, Timbalan Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan bahawa langkah itu bertentangan dengan dasar pendidikan negara. Dalam akhbar sekitar bulan Jun atau Julai 2005, tersiar pula dalam akhbar teguran kepada universiti awam yang lewat melaksanakan pengajaran kursus sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris. Apakah ertinya semua ini? Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan sebagai mercu tanda Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama, menurut sumber dalaman, telah sedia untuk melaksanakan dasar baru itu.
Akhirnya, kita akan menyaksikan kesan-kesan yang berikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama:

1. AKIBAT KEPADA BAHASA MELAYU

Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta yang telah mencecah hampir satu juta untuk ratusan bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa, dengan pelibatan beratus-ratus pakar bidang ilmu, tidak akan digunakan dan istilah baru tidak akan dicipta lagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelak bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar bagi kira-kira 20% sahaja, iaitu bagi mata pelajaran yang bukan tergolong dalam sains dan teknologi. Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran sahaja. Hakikatnya jauh berbeda.Yang berikut ini ialah unjuran yang dapat dirumuskan daripada perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran:

• Sekolah Rendah:

BM 60%; BI 40%

• Sekolah Menengah:

Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%
Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%
Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%
Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%
Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%
Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%
SPM: BM 29%; BI 71%
Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%
Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI 80%

• Peringkat Universiti:

BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI: Semua kursus lain

(Catatan: Malah ada kursus sastera di universiti tertentu yang diwajibkan dikuliahkan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris)


2. AKIBAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR MELAYU
Kesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripada sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian menunjukkan pelajar yang masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberikan gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah. Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampu menggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat, wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang tidak, atau sekurang-kurangnya belum terbukti berhasil di mana-mana di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.

3. AKIBAT KEPADA MEDIA MASSA BERBAHASA MELAYU
Tahun 60-an dulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik darjah. Akibatnya, hari ini ramai orang Melayu yang buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu dulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Kini Utusan Melayu dalam keadaan nazak, tidak lagi mampu menjadi wadah pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang akan berlaku kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-bidang ini dalam bahasa Melayu. Bolehkah akhbar hidup tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan sebagainya? Lihat saja Utusan
Melayu. Itulah gambaran masa depan akhbar arus perdana berbahasa Melayu. Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang kita cintai ini, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa Inggeris.

3. AKIBAT POLITIK KEPADA ORANG MELAYU DAN UMNO
Kemerosotan kedudukan bahasa Melayu, kelemahan pelajar Melayu menguasai ilmu-ilmu sains, teknologi dan matematik serta kemerosotan akhbar Melayu akan membawa padah politik yang cukup menggerunkan bagi UMNO dan umat Melayu. Bagaimanakah UMNO mahu mempengaruhi orang Melayu kalau akhbar arus perdana Melayu nanti sudah seperti Utusan Melayu hari ini – amat tipis, terbit hanya seminggu sekali, kecil jumlah edarannya dan tidak lagi berupaya menggembleng pemikiran orang Melayu? Dengan serangan globalisasi dan masuknya pelbagai aliran fahaman Islam dari luar, pandangan dan pegangan hidup umat Melayu pastinya akan bertambah rencam dan berserpihan. Dan pada waktu itu alat yang ampuh untuk mempersatukan pemikiran mereka, iaitu bahasa, sudah tidak bertenaga lagi untuk berbuat demikian.

Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa penghantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa durjana kepada bangsa Melayu. Inilah akibatnya apabila kita melompat sebelum berfikir panjang.

SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN

Pihak yang mendakwa dirinya kritis sering bertanya: Apakah penyelesaian terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pejuang-pejuang kebangsaan itu? Sebenarnya masalah yang sedang kita hadapi ini merupakan hasil ciptaan kita sendiri. Lain yang luka lain yang dibebat. Kita sudah mempunyai Dasar Pendidikan yang telah terbukti mantap. Ini tidak bermakna bahawa pelaksanaan dasar ini tidak mengalami masalah. Terdapat masalah mutu pendidikan sekolah kebangsaan, terdapat kelemahan disiplin, masih tidak cukup ruang untuk membuka minda pelajar menjadi kreatif dan dalam konteks isu yang sedang kita bincangkan ini, terdapat kelemahan yang ketara dalam hal penguasaan sejumlah pelajar dalam bahasa Inggeris.

Cara menyelesaikan masalah ini ialah dengan menentukan fokus dan membuat diagnosis yang betul. Kita harus memfokuskan perhatian untuk menyelesaikan masalah ini, bukan mengundang masalah baru dengan mencipta kaedah yang belum teruji di mana-mana pun. Antara yang perlu difikirkan dan disusuli dengan tindakan oleh kerajaan dalam menangani masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar termasuklah:

1. Dalam hubungan dengan isu yang sedang dibicarakan ini kita harus memfokuskan perhatian kepada masalah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di sekolah dengan menggunakan kaedah yang lebih kemas kini dan berkesan dan memberikan latihan yang sempurna kepada guru bahasa Inggeris. Hampir semua negeri di negara ini masih menghadapi kekurangan guru bahasa Inggeris yang terlatih. Sering dibangkitkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris sebahagian daripada guru bahasa Inggeris itu sendiri tidak memuaskan.

2. Mungkinkah pengajaran bahasa dijalankan dengan sempurna dalam kelas yang melebihi 40 orang, terutama pada peringkat darjah satu? Di negara yang maju, jumlah pelajar setiap kelas di sekolah rendah kecil sekali sehingga tidak sukar bagi guru mengawal kelas dan memberikan perhatian kepada setiap pelajarnya.

3. Di Amerika, tempat terdapatnya ramai pelajar berbahasa ibunda asing, bahasa Inggeris diajarkan secara tuisyen, satu pelajar satu guru bagi pelajar yang lemah. Kita mesti mengkaji dan menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan di tempat lain.

4. Prasarana pendidikan yang memungkinkan proses pengajaran dan pemelajaran berlangsung dengan berkesan peru diberi perhatian utama. Makmal bahasa, bekalan elektrik, bahan pengajaran dan pemelajaran bercetak dan elektronik dan yang lain-lain perlu segera dilengkapkan. Jurang kemudahan antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar perlu dikambus segera.

5. Mengadakan kursus bahasa Inggeris untuk keperluan khusus kepada lepasan sekolah dan universiti sebagai peneguhan penguasaan bahasa Inggeris untuk alam pekerjaan.

DOA DAN HARAPAN
Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak ada insan, kecuali nabi dan rasul, yang tidak berbuat silap. Kini waktunya kita semua merapatkan barisan untuk meneguhkan sikap dan perjuangan mempertahankan asas-asas kebangsaan dan kenegaraan, termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Segala pandangan para pejuang bahasa perlu direnung dengan saksama dan dengan berlapang dada. Mereka bukan musuh negara. Mereka bukan pengkhianat bangsa. Selama mereka masih mahu bersuara untuk memberitahukan yang benar, maka eloklah pandangan itu dinilai dengan bijaksana. Mereka sekadar memperjuangkan dasar negara yang sama-sama dibina dan diterima sejak sebelum kemerdekaan dan kemudian menjadi asas kenegaraan. Yang ada pada mereka hanya suara, bukan kuasa. Maka bersuaralah mereka; selaras juga dengan sabda Nabi bahawa baikilah sesuatu keadaan yang tidak betul dengan tiga cara – tangan, lidah dan hati.

Bersama-samalah kita terus berusaha dan berdoa semoga landasan kenegaraan yang telah diasaskan oleh para pemimpin terdahulu tidak dipinda dan dirobah tanpa berfikir panjang. Usahlah terjadi ”Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berceceran”.Berpadalah sudah kita dengan kerugian yang telah ditanggung oleh bangsa oleh baiknya dan mulianya hati kita melayan kehendak orang. Kepada Allah jua kita memohon pertolongan agar perjuangan kita diredhai dan diberkati-Nya.

RUJUKAN
Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Asraf (Ed.). 1996. Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. 2000. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 2002. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keranda 152, Bahasa Kita, Air Mata dan Maruah Kita. 2002. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Kumpulan Prihatin. 2005. Implikasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar Matrematik dan Sains. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Siri Bicara Bahasa Bil 1 – 20. 2002-04. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

sumber oleh: Prof. Dr. Awang Sariyan